JOM JADI RAKAN KEPADA KPDNKK

FRIENDS OF KPDNKK

JOM JADI RAKAN KEPADA KPDNKK | Sejak menjadi chef memasak dirumah, patik adalah orang yang paling prihatin dalam penyediaan makanan dirumah sekaligus keprihatinan patik berkenaan harga-harga barangan dipasaran juga meningkat. Lagi-lagi benda yang berkaitan dengan harga.

Tesco, Econsave, Super7, Speedmart adalah beberapa pasaraya yang menawarkan harga yang murah dan patik perasan dikalangan mereka, mereka cuba menawarkan harga yang paling murah supaya pelanggan akan datang ke pasaraya mereka. Patik sendiri kalau boleh akan mencari pasaraya yang menawarkan barangan pada harga yang paling rendah. Itu sudah semestinya sebagai langkah penjimatan.

Kadangkala patik perasan ade sesetengah pasaraya menjual barangan pada harga yang tinggi dan tidak sama dengan harga yang telah diberikan oleh pihak kerajaan. Tindakan ini memang sangat tidak wajar dan perlu diambil tindakan. Tapi bagaimana kita sebagai pelanggan untuk mengadu perihal isu ini?


FRIENDS OF KPDNKK


Friends of KPDNKK

Haaa mari sini patik beritahu kepada korang apa yang perlu korang lakukan sekiranya berlaku kenaikan harga barang yang kadang kala kita rasa sangat tidak rasional dan keterlaluan dan bagaimana laluan yang perlu kita salurkan aduan kita ni haaa. 

Friends of KPDNKK adalah sebuah platform untuk korang sertai dimana disini korang bleh mendaftar sebagai Friends of KPDNKK secara PERCUMA [DISINI] dan korang bertindak sebagai mata-mayta bagi pihak KPDNKK untuk memantau harga barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada umum.

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, patik sendiri kadang tu tidak tergamak menunggu pihak KPDNKK memantau segala harga yang ada dipasaran, tetapi kita sebagai rakyat yang prihatin seharusnya membantu pihak KPDNKK dalam memantau dan meberikan maklumat kepada pihak berkuasa. 

Sejujurnya dengan menjadi Friends of KPDNKK ini korang sudah layak untuk menjadi "mata-mata" kepada KPDNKK selayaknya menikmati beberapa faedah sebagai 'ganjaran' kepada bantuan yang diberikan. 


APA TUGAS FRIENDS OF KPDNKK ??


Friends of KPDNKK

Seperti yang patik ceritakan tadi, selepas korang mendaftar sebagai ahli Friends of KPDNKK, korang bertindak sebagai 'mata-mata' kepada KPDNKK dimana:

  1. Korang boleh memantau trend harga dan isu kepenggunaan dikawasan tempat korang
  2. Menyebarkan maklumat pengguna kepada penduduk dikawasan tempat tinggal
  3. Menjadi pemangkin unutk gaya hidup lestari dan pencinta alam sekitar
  4. Turut serta dalam mengendalikan program / aktiviti kepenggunaan
Haaa nampak mudah bukan. Korang yang mempunyai kad ahli ini secara langsung telah dilantik oleh pihak KPDNKK sebagai 'orang kuat' mereka dalam membantu dalam memberi maklumat memantau harga barangan dan perkhidmatan yang ada dipasaran. 



APA FAEDAH YANG DIPEROLEHI SEBAGAI FRIENDS OF KPDNKK?


Friends of KPDNKK

Sebagai ahli Friends of KPDNKK rupanya banyak faedah yang akan korang dapat apabila menyertai sebagai ahli. Antaranya:

  1. Dapat membantu masyarakat dalam meningkatkan perlindungan pengguna bagi kesejahteraan masyarakat
  2. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pengguna mengenai trend harga barangan dan perkhidmatan di pasaran
  3. Berkhidmat kepada masyarakat pengguna dengan memberi informasi dan maklumat melalui aktiviti pemantauan
  4. Maklumat yang diberikan dapat membantu KPDNKK mengambil tindakan dengan cepat
  5. Diberi peluang untk menyertai seminar atau bengkel yang dianjurkan oleh KPDNKK
  6. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan penguna mengenai trend harga barangan dan perkhidmatan di pasaran


KEISTIMEWAAN KAD FRIENDS OF KPDNKK


Friends of KPDNKK

Kad Friends of KPDNKK adalah kad diskaun (loyalty card) yang dikeluarkan oleh Bank Rakyat kepada korang yang menjadi ahli Friends of KPDNKK. Fungksi kad ini adalah seperti berikut:

  1. Kad Diskaun
  2. Kad Loyalti
  3. Kad Pengenalan Diri Sebagai Anggota Friends of KPDNKK
Sebagai pemegang kad Friends of KPDNKK, anda boleh menikmati diskaun istimewa ke atas produk / perkhidmatan yang ditawarkan oleh premis yang mengambil bahagian (Rakan Dagang Bank Rakyat) yang menyertai program keistimewaan ini.

Senarai Rakan Dagang Bank Rakyat yang menyertai progam ini, korang boleh lihat [DISINI] haaa. Rupanya memang banyak rakan dagang yang turut serta didalam program ini. Memang terlalu banyak rakan dagang yang menyertai progam ini. Jadi korang tidak perlu risau kerana dengan kad ini korang boleh menikmati faedah yang diberikan. 

Friends of KPDNKK

Patik sudah mendaftar. Jadi apa tunggu lagi. Jom jadi rakan kepada KPDNKK dengan mendaftar sebagai Friends of KPDNKK [DISINI] dan korang akan menjadi mata dan telinga kepada pihak KPDNKK dalam membantu pihak ini memantau harga barangan dan perkhidmatan yang ada di pasaran. 

Semoga perkongsian patik ini sedikit sebanyak dapat membantu korang dalam menyelesaikan masalah menggunaan harga barangan dan perkhidmatan yang melampau di pasaran dengan menjadi rakan / ahli Friends of KPDNKK ini. 



Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN