MAJLIS SUAI KENAL PELAJAR BARU 2017/2018 JABATAN KESIHATAN PERSEKITARAN DAN PEKERJAAN
MAJLIS SUAI KENAL PELAJAR BARU 2017/2018 JABATAN KESIHATAN PERSEKITARAN DAN PEKERJAAN | Musim pelajar baru mendaftar sedang hangat berlangsung untuk setiap universiti di Malaysia. Begitu juga dengan pelajar yang mendaftar dengan jabatan patik.
Patik sebenarnya agak terkejut ramai diantara mereka semua memilih Bechelor Sains Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan sebagai kursus pilihan pertama diorang untuk menyambung pengajian.
Seramai 47 orang pelajar baru yang mendaftar dan seperti biasa pelajar perempuan adalah yang teramai bagi setiap sesi pengambilan.
Seperti biasa patik sudah semestinya akan dilantik menjadi pengacara majlis dan itu adalah makanan patik kalau membuat majlis. Sebenarnya patik memang gemarkan sesuatu yang boleh menonjolkan diri dihadapan orang dan sekaligus boleh melawat perasaan malu dan segan dihadapan orang.
Seperti biasa sebelum majlis berlangsung, patik lebih suka menyendiri buat seketika dan mula mengumpul mood sebelum majlis berlangsung. Orang kata perasaan gementar tu biasa dan patik agak suka perasaan gementar seperti ini. Sebabnya perasaan ini akan menjadikan patik lebih menonjol dikhalayak.
Mengadap 47 pelajar baru dan juga rakan sekerja lain menjadikan patik seorang lain buat patik. Sebenarnya patik sangat suka bila musim pengambilan pelajar baru dimana patik dapat lihat wajah-wajah yang sangat bersemangat dan beriya.
Sebenarnya patik sudah bekerjasama dengan penyelia baru ini sudah masuk setahun selepas patik bekerjasama dengan penyelia lama patik sudah hampir 4 tahun. Orang kata lain bos, lain konsep yang dibawanya dan kita sebagai anak buah akan cuba memberikan yang terbaik untuk sama-sama membantu bagi kelancaran semua proses di peringat jabatan.
Seperti biasa bila masa Ketua Jabatan patik datang berucap,pelbagai nasihat dan peringatan diberikan untuk adik-adik patik yang baru memasuki satu lagi dunia baru.
Wajah-wajah pelajar baru yang akan mengikuti pengajian di jabatan patik selama 4 tahun kini bermula. Semoga mereka yang seramai 47 orang ini akan berakhir dengan jumlah yang sama iaitu 47 orang selepas 4 tahun nanti.
Rakan sekerja patik yang terdiri daripada Pegawai Akademik dan juga Pegawai Sokongan sebagai orang kuat didalam menjalankan semua urusan melibatakan jabatan.
Apa pun patik ucapakan Selamat Datang dan Selamat Belajar kepada semua pelajar baru untuk sesi kemasukkan 2017/2018 untuk tahun ini. Semoga semuanya akan sukses.
Comments
Post a Comment