VOLKSWAGEN BEETLE 2017 TERBAHARU TAMPIL LEBIH HEBAT

VOLKSWAGEN BEETLE 2017

VOLKSWAGEN BEETLE 2017 TERBAHARU TAMPIL LEBIH HEBAT | Sebenarnya ini adalah kali kedua patik bekerjasama dengan kenderaan buatan Jerman ini iaitu Volkswagen. Untuk pertama kalinya patik telah diberi peluang oleh Volkswagen Malaysia mencuba Volkswagen Passat [BACA DISINI] dan ianya memang diperakui terbaik untuk kegunaan keluarga.

VOLKSWAGEN BEETLE 2017

Untuk edisi kali ini, patik sekali lagi telah diberi peluang oleh Volkswagen Malaysia untuk memilih kenderaan kesukaan patik dan sebenarnya patik telah lama mengidam untuk mencuba memandu kenderaan Volkwagen Beetle.

VOLKSWAGEN BEETLE 2017

Nak dijadikan cerita, rupanya Volkswagen Beetle telah mengeluarkan versi terbaharu iaitu Volkswagen Beetle 2017 dan akhirnya impian patik untuk mencuba Volkswagen Beetle ini menjadi kenyataan. Tak tahu bagaiana perasaanya perasaan patik bilamana kenderaan yang patik idamkan selama ini telah berjaya patik pandu walaupun hanya sekadar untuk bahan perkongsian kepada pembaca semua.


VOLKSWAGEN BEETLE 2017 TERBAHARU


VOLKSWAGEN BEETLE 2017

Ini merupakan edisi terkini model Volkswagen Beetle yang ikonik. Beetle baharu ditawarkan dari harga RM136,888 dan didatangkan dalam pilihan warna yang pasti dapat menceriakan pemiliknya iaitu warna putih (Pure White), merah (Tornado Red), biru (Blue Silk), tembaga (Dark Bronze), oren (Habanero Orange) dan perak (White Silver).

VOLKSWAGEN BEETLE 2017

VOLKSWAGEN BEETLE 2017

Antara penambahbaikan pada Beetle baharu termasuklah sistem pendingin hawa 2 zon Climatronic, dimana sistem ini memberi keselesaan kepada korang yang pemandu dan juga penumpang disebelah untuk mengawal susu penghawa dingin yang menghadap mereka kepada suhu yang korang inginkan secara berasingan. Jadi korang tidak perlu berebut untuk menentukan suhu yang sesuai untuk korang. Panel masing-masing, jadi tentukan pada suhu mana korang mahukan.

VOLKSWAGEN BEETLE 2017

Komposisi sistem media dengan paparan skrin sentuh bersama App-Connect membolehkan korang boleh menghubungkan sistem telefon korang terus kepada sistem media kenderaan ini. Selain itu tempat duduk dibalut kulit “Vienna” dan sokongan lumbar pada tempat duduk hadapan akan memberi keselesaan kepada korang yang memandu didalam jarak jauh.

VOLKSWAGEN BEETLE 2017

Yang lebih menarik lagi, Volkswagen Beetle ini dilengkapi pemasangan lampu utama jenis bi-xenon serta lampu nyalaan siang LED secara automatik menambahkan lagi kehebatan dan juga esklusifnya kenderaan ini.

VOLKSWAGEN BEETLE 2017

Gabungan enjin TSI 1.2L dengan pengecas turbo berkuasa 105PS dan transmisi automatik DSG 7 kelajuan bersama tork maksimum 175Nm memastikan pemanduan yang mengujakan. Pemanduan akan memberi suatu pengalaman yang sangat seronok. Patik sangat yakin !

VOLKSWAGEN BEETLE 2017

Bagi korang yang menggemari kenderaan kompak seperti ini, ianya didatangkan dengan dua jenis rekaan iaitu Design dan Sport. Korang boleh tengok spesifikasi lebih lanjut seperti gambar dibawah. 


VOLKSWAGEN BEETLE 2017

VOLKSWAGEN BEETLE 2017

ULASAN:

VOLKSWAGEN BEETLE 2017

Secara peribadi kenderaan ini sangat sesuai untuk korang yang golongan bujang, yang baru berkeluarga atau yang jenis sukakan kegiatan lasak. Bentuknya yang kompak dan sempoi sangat menunjukkan siapa korang dijalan raya. 

VOLKSWAGEN BEETLE 2017

Ruangan belakang yang agak luas membolehkan korang mengisi barang-barang sekiranya korang membeli belah. 

VOLKSWAGEN BEETLE 2017

Bermula dari korang membuka pintu sehinggalah korang memandu kenderaan ini, korang akan merasakan sebuah pengalaman yang sangat bermakna 

VOLKSWAGEN BEETLE 2017

Dekorasi dalaman yang sangat ekslusif ini menjadikan taraf kenderaan ini sesuai dengan jenamanya sendiri yang sangat gah didalam pembuatan kenderaan. Dengan sistem yang ada didalam Volkswagen Beetle ini menjadikan pemanduan lebih selesa, trendy, santai dan sangat selesa. 

VOLKSWAGEN BEETLE 2017
VOLKSWAGEN BEETLE 2017

Begitulah perkongsian pengalaman patik dalam mengendalikan jentera buatan Jerman, Volkswagen Beetle ini. Puas, bergaya dan sangat menepati kehendak anak muda bekerjaya mewah. 

VOLKSWAGEN BEETLE 2017

Bagi korang yang inginkan informasi lebih untuk kenderaan buatan Jerman ini, korang boleh dapatkan seperti informasi dibawah.


>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM <<


Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

MASJID 1000 SELAWAT MERCU TANDA PULAU PANGKOR