RADIO ZAYAN FM HIDANGKAN HALWA TELINGA BERBENTUK GAYA HIDUP MUSLIM KONTEMPORARI

RADIO ZAYAN FM

RADIO ZAYAN FM HIDANGKAN HALWA TELINGA BERBENTUK GAYA HIDUP MUSLIM KONTEMPORARI | Sebenarnya patik baru mengenali radio terbaru Radio Zayan ini pagi tadi semasa memandu dari pejabat ke restoran untuk minum pagi. Pertama kali mendengar ianya seperti kearah sebuah stesen radio berbentuk islamik. Tetapi lama kelamaan baru patik rasakan kelainan mereka dari segi penyusunan lagu yang dimainkan. 

Sesampai pejabat patik membuat carian di Google dan mendapati ianya adalah sebuah stesen radio baru yang baru beroperasi pada 2 Oktober 2017 lalu dibawah kendalian Astro Radio Sdn. Bhd

Melihat pada frekuensinya iaitu 104.9 FM, ianya dahulu adalah milik Radio Red FM tetapi telah dirombak dan terhasilnya Radio Zayan FM.

Walaupun sebuah radio stesen baru, mereka nampaknya sudah bersedia untuk bersaing dengan stesen radio yang sedia ada. Kalau korang tengok segmen mereka, mereka meletakkan penyampai yang memang sudah biasa dengan dunia penyiaran. Jadi tiada masalah bagi mereka. 

Segmen Pagi, ‘Salam Bros’ - Mawi dan Anas (6 hingga 10 pagi) 
Segmen ’#ZOTD’ - Lin Ariffin (10 pagi hingga 3 petang)
Segmen ‘Zayan Valet’ - oleh Raqib (3 petang hingga 7 malam)
Segmen ‘Zayan CafĂ©’ - Falyq ( 8 malam hingga 12 tengah malam)

Secara peribadi patik suka dengan pendekatan yang cuba disampaikan oleh Radio Zayan FM ini yang memberikan satu lagi alternatif untuk pendengar memilih untuk halwa kita. Panduan-panduan positif yang diberikan juga sangat membantu dalam mengharungi hari-hari kita. 

Selain itu, susunan lagunya juga sedikit berlainan. Suntikan lagu-lagu moden dan juga diselitkan lagu kearah kerohanian menjadikan kita sedikit mengingati siapa diri kita. 



RADIO ZAYAN FM

Dengan menggunakan tagline #IndahDihati, diharap dengan garapan yang diberikan oleh mereka ini dapat memberikan sesuatu yang positif untuk semua pendengar Radio Zayan FM. Semoga terus maju dan terus berikan sesuatu yang positif yaaa.

Jadi korang diluar sana yang mungkin ingin mencuba mencari alternatif bagi halwa telinga korang, patik cadangkan korang mendengar Radio Zayan FM yang semestinya #IndahDihati.


>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM <<



Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

MASJID 1000 SELAWAT MERCU TANDA PULAU PANGKOR