KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA PERSEMBAHKAN KONSERT WARNA

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA PERSEMBAHKAN KONSERT WARNA

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA PERSEMBAHKAN KONSERT WARNA | Bila sebut Koir Kebangsaan Malaysia, patik sudah tidak senang duduk lagi-lagi bila patik tahu mereka akan menganjurkan Konsert WARNA. Menyinggah ke instagram dengan menggunakan #KoirKebangsaanMalaysia, banyak video disebalik mereka berlatih. Gabungan suara mereka memang tidak dapat disangkal lagi. Memang hebat !

Sebenarnya patik ni memang suka sangat dengan persembahan pentas tidak kira pementasan teater, tarian dan juga persembahan koir. 

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA PERSEMBAHKAN KONSERT WARNA

Terbaru patik baru sahaja menonton persembahan Konsert WARNA yang melibatkan kumpulan Koir Kebangsaan Malaysia. Terima kasih kepada Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara atas jemputan untuk menyaksikan persembahan suara emas ini. 

Untuk pengetahun korang, untuk kali ini, JKKN telah bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam penganjuran konsert ini. Pertama kali melangkah masuk kedalam Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka ini patik dapat melihat ramai penonton sudah memenuhi tempat duduk. Rupanya memang ramai peminat terhadap kumpulan Koir Kebangsaan Malaysia ini yeee. 

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA PERSEMBAHKAN KONSERT WARNA

Untuk konsert kali ini, mereka membawa sedikit kelainan dimana mereka pertama kalinya mempersembahkan lagu-lagu tempatan, hindi dan juga dangdut sebagai memenuhi permintaan peminat yang begitu setia dengan Koir Kebangsaan Malaysia

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA PERSEMBAHKAN KONSERT WARNA

WARNA bermaksud memancarkan ekspresi keceriaan dan keriangan yang dapat didengari serta dirasi dalam lagu hindi, dangdut dan tempatan. Lagu-lagu yang dipilih bagi persembahan ini adalah lagu malar segar dimana lagu yang menjadi suilan dari dahulu sehingga kini.

Untuk konsert kali ini Koir Kebangsaan Malaysia menghimpunkan seramai 24 orang ahli kumpulan dibawah pimpinan Cik Syafinaz Selamat dan akan menampilkan sebanyak 27 buah lagu kesemuanya. 

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA PERSEMBAHKAN KONSERT WARNA

2 segmen telah disusun pada malam itu iaitu segmen lagu-lagu hindi dan juga segmen lagu-lagu tempatan dan dangdut.

Lagu-lagu hindi yang dipersembahankan pada malam itu antaranya Tujhe Dekha, Kucj Kuch Hota Hai, Dil To Pagal Hai, Bole Chudiyan, Mujhe Rangde, Jiya Jale, Main Shayar To Nehin, Main Nagin Tu Sapera Main Teri Dushman, Mere Dhoina Sun, Deewani Mastani, Shoom Again, Shiela Ki Jawani dan BholRadha Bhol. 

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA PERSEMBAHKAN KONSERT WARNA

Penampilan khas Cik Syafinaz Selamat selaku Pengarah Artistik, Persembahan dan Vokal turut mengalunkan suara dengan lagu hindustan. Tampil secara seorang dengan diiringi penari memang sangat memukau. Untuk segmen pertama, patik sangat berluas hati. Sangat-sangat teruja dan terhibur. 

Untuk segmen kedua dimana segmen yang menggabungkan lagu-lagu dangdut dan juga lagu melayu tempatan. 

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA PERSEMBAHKAN KONSERT WARNA

Lagu seperti Ingin Bersua, Wajah Kesayangan Hamba, Semakin Hari Semakin Sayang, Kata Pujangga, Goyang Inul, Kereta Malam, Gerimis Melanda Hati, Asyik, Senggol-senggolan Cubit-cubitan, Sedang-sedang Saja, Panasan, Angkat Kaki, Selamat Jalan Romeo, Cek Mek Molek, Gila Judi dan Kopi Dangdut.

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA PERSEMBAHKAN KONSERT WARNA

Persembahan yang berlangsuang selama 2 hari memang khabarnya mengundang kesesakan bila ramai rupanya peminat Koir Kebangsaan Malaysia ini datang ramai-ramai sebagai tanda menyokong dan memeriahkan konsert ini. 

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA PERSEMBAHKAN KONSERT WARNA

Apa pun sekali lagi tahniah buat kumpulan Koir Kebangsaan Malaysia atas persembahan yang sangat hebat dan juga Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara yang tidak jemu-jemu dalam mencari warisan negara agar tidak hilang dek zaman. 

>> FACEBOOK KKM | FACEBOOK JKKN <<

>>  INSTAGRAM JKKN <<


Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN