KOLEKSI TARI SERUMPUN ANJURAN JKKN DENGAN KERJASAMA MATIC MERIAH
KOLEKSI TARI SERUMPUN ANJURAN JKKN DENGAN KERJASAMA MATIC MERIAH | Sebenarnya patik sangat menggemari benda-benda yang kearah kebudayaan ni termasuklah tarian dan pementasan.
Tempoh hari patik dan beberapa rakan blogger lain telah berpeluang untuk memeriahkan persembahan Koleksi Tari Serumpuan anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama MaTic Kuala Lumpur.
Persembahan Koleksi Tari Serumpun ini telah diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, MaTic, Kuala Lumpur yang dihadiri oleh ramai tetamu yang gemarkan tarian kebudayaan.
Permulaan persembahan dimulakan dengan tarian pembukaan Tarian Meracap Inai. Tarian Meracap Inai merupakan tarian yang berasal daripada tarian istana. Selalunya tarian ini ditarikan dihadapan Sultan dan pembesar negara.
![]() |
Meracap Inai |
Tarian ini dipersembahkan dengan menggunakan peralatan alat tari menyerupai bunga emas dan diterangi dengan pelita kecil yang melambangkan kebahagian. Selalunya tarian ini ditarikan dengan jumlah yang ganjil dan secara berpasangan lelaki dan perempuan. Persembahan ini ditarikan oleh pelajar daripada UPSI, Aswara dan Pe-Zapin.
========
Selesai persembahan pembukaan, untuk set pertama kami disajikan dengan 3 tarian rumpun Melayu yang sinkretik dan teradun dengan unsur ritual atau kepercayaan iaitu Rodat, Dabus dan Kuda Kepang.
Rodat adalah salah satu tarian tradisional dari Negeri Terengganu. Ada yang mengatakan bahawa tarian ini datang dari tanah Arab. Perkataan "Rodat" berasal daripada gabungan "Madrah"dan "Baghdad".
![]() |
Rodat |
Gabungan muzik, tarian dan lagu menjadikan Rodat di Terengganu mengalami perubahan lebih-lebih lagu didalam perubahan pergerakan tarian. Pergerakan asas bagi tarian ini melibatkan duduk melutut, bertinggung dan juga berdiri melibatkan penari lelaki yang akan menarikan tarian ini.
Persembahan tarian seterusnya adalah Dabus. Tarian Dabus ini agak popular disesetengah kawasan terutamanya di Negeri Perak dan dikatakan pertama kali dipersembahkan di Pasir Panjang, Setiawan.
![]() |
Dabus |
Mengikut kepercayaan,tarian ini dikatakan boleh menyembuh dan menghidari daripada penyakit daripada merebak. Tarian ini menggabungkan nyanyian, tarian dan kebolehan penggunakan "anak dabus" iaitu sejenis alat tajam yang mempunyai loceng diatasnya. Didalam tarian ini penari akan menggunakan "anak dabus" untuk mencederakan diri sendiri tetapi tiada kecederaan kelihatan.
Tarian terakhir yang menonjolkan unsur ritual dan kepercayaan adalah tarian Kuda Kepang. Kuda Kepang ini ditarikan dengan menggunakan peralatan kuda yang diperbuat daripada mengkuang lalu dibentukkan menjadi seperti seekor kuda.
![]() |
Kuda Kepang |
Penari akan meletakkan replika kuda tadi diantara kaki penari dan mula menari seakan-akan menunggang kuda. Tarian ini dibawa ke Tanah Melayu oleh orang Jawa yang terhijrah kesini dan akhirnya meresap kedalam kebudayaan Melayu.
=========
Persembahan set kedua seterusnya ini adalah tarian yang dibawakan khas dari Indonesia dimana tarian ini adalah terkandung dalam Ronggengan Melayu di Nusantara. Untuk sesi ini terdapat 3 jenis tarian yang ditarikan oleh kumpulan Sanggar Tari Hang Tuah, Medan, Indonesia.
![]() |
Sanggar Tari hang Tuah, Medan Indonesia |
=======
Untuk set ketiga dimana segala jenis zapin di Kepulauan Borneo dipersembahkan. Sebenarnya ini adalah kali pertama patik mengetahui rupanya zapin juga terdapat ditempat lain selain Negeri Johor. Zapin yang korang akan saksikan ini adalah Zapin Sebat, Zapin Tenglu, Zapin Brunei dan Jepin Suara Siam.
Zapin Sebat berasal dari Kampung Sebat, Daerah Kecil Sematan, Lundu dan merupakan tarian Melayu Sarawak yang dibentuk dengan satu bentuk tarian yang mengekalkan asas-asas gerak langkah seperti sembah mula, mula langkah, mula langkah pusing, mabuk kemenyan, langkah tiga, tumpah madu, bermain gelombang, meniti gigi air, gigit lembadak, berdayung dan langkah sebaya.
![]() |
Zapin Sebat |
Zapin Sebat mempunyai sebelas ragam gerak. Zapin Sebat mempunyai pergerakan beralun yang terkawal seperti mengikut ombak laut yang tenang. Kebiasaannya tarian dari masyarakat Melayu ini ditarikan pada malam berinai sebelum persandingan.
Sekarang, Zapin Sebat bukan sahaja dipersembahkan di majlis perkahwinan malah dipersembahkan di majlis-majlis rasmi kerajaan dan juga persembahan pentas. Tarian zapin mempunyai kaitan dengan kedatangan Islam ke Sarawak pada abad ke-15 terutamanya suku kaum Melanau, Bisaya dan Kedayan.
Zapin Tenglu ini merupakan salah satu tarian zapin yang terdapat di Mersing, Johor. Zapin Tenglu dipengaruhi oleh pergerakan dari Zapin Pekan (Pahang) dan Zapin Banjar (Banjarmasin, Indonesia).
Menurut pewaris kepada pengasas tarian ini, Puan Habsah Mohamed yang berasal dari Kampung Tenglu, Jalan Haji Omar, Mersing, tarian ini dipelajari daripada seorang guru tari yang berasal dari Banjarmasin ketika beliau berusia 14 tahun.
![]() |
Zapin Tenglu |
Tarian ini mempunyai asas gerak tari pada langkah tiga, dari langkah tiga ke langkah satu dan seterusnya. Terdapat juga gerak tari yang dipanggil Susur Titi, Langkah Pusing Melayang dan Langkah Susur Ayam Patah.
Keunikan tarian ini, tangan kiri menyinsing kain dan tangan kanan berkayuh sementara bahu akan digerakkan sekali-sekala. Pada zaman dahulu, tarian ini ditarikan di atas tikar mengkuang bagi mengukur kemahiran seseorang penari agar alasnya tidak berubah tempat daripada kedudukan asal dan tidak berlipat-lipat.
Zapin Brunei ini dipersembahkan oleh orang Melayu Brunei yang tinggal disekitar Labuan dan sebahagian daripada Negeri Sabah. Tarian ini menggambarkan budaya masyarakat Brunei.
![]() |
Zapin Brunei |
Zapin Brunei ini menonjolkan pengaruh islam dan kadang kala dipersembahkan bersama penyanyi didalam sebuah majlis seperti majlis perkahwinan. Lagu yang digunakan adalah seperti Umang Ting Ting, Adai-Adai dan Sayang Salmah.
Zapin Suara Siam atau lebih dikenali sebagai Zapin Suara Sembilan atau Zapin Tidung ini sinonim dengan Masyarakat Tidung di Sabah. Tarian ini diasaskan oleh Arwah Ahim Bin Ayob sekitar tahun 1960 an di Kampung Muhibah Raya.
![]() |
Zapin Suara Siam |
Tarian ini kemudiannya ditarikan oleh masyarakat Tidung di Felda Umas, Tawau. Pada tahun 2008, Zapin Suara Siam telah diperkenalkan dan dipersembahkan pada Festival Zapin Nusantara II di Johor. Keunikkan tarian ini adalah pada langkah tari yang berbanding daripada tarian zapin lain.
==========
Untuk set keempat ini pula akan mengetengahkan tarian berelemen cerita rakyat. Tarian ini termasuklah Serng Krapo, Tempurung & Tumbuk Kalang, Jong-Jong Inai dan Wau Bulan.
Serng Krapo adalah tarian rakyat masyarakat Thailand dimana "Krapo" adalah perkataan Thailand bermaksud tempurung. Tarian ini menggambarkan aktiviti masyarakat dimana penari memegang 2 tempurung kelapa dimana pergerakkannya melibatkan melambung, menggoncang dan mengetuk tempurung dengan sopan.
Selalunya tarian ini akan ditemani dengan bunyian pong lang, iaitu sebatang kayu yang dihentak secara berturutan menghasilkan bunyian yang seirama.
Tarian Tempurung dan tarian Tumbuk Kalang direka oleh Md. Ali Iskak (Alias Danny) sekitar tahun 1974 untuk Kompleks Kebudayaan Kebangsaan. Inspirasi tarian ini adalah daripada irama Tumbuk Kalang daripada Negeri Sembilan dan beliau menghasilkan Tarian Tempurung sebegai pelengkap bagi bunyian alatan pulukan alu dan lesung, pukulan buluh dan hulu. Penari akan akan membuat pergerakkan mengikis dan
![]() |
Tempurung & Tumbuk Kalang |
Penari akan membuat ketukkan pada tempurung dan ada juga penari yang membuat ketukan pada buluh dan hulu maka terhasillah irama yang menarik. Tarian yang boleh dikatakan berirama laju ini akan ditarikan oleh penari lelaki dan wanita.
Tarian Jong-Jong Inai ini adalah sebuah tarian kegembiraan selepas menuai. Kebiasaanya orang dahulu akan meraikan selesainya sesi menuai padi. Adaptasi daripada aktiviti menuai ini maka terhasillah Tarian Jong-Jong Inai ini.
![]() |
Jong-Jong Inai |
Tarian keramaian ini memang sangat meriah dan koreografinya memang akan mengundang untuk sama-sama menari. Lagu Jong-Jong Inai ini juga merupakan lagu rakyat yang memang popular sejak dari dahulu lagi.
Bagi Tarian Wau Bulan, tarian ini menggambarkan pergerakan sebuah layang-layang gergasi (Wau Bulan) yang terbang semasa selepas selesainya aktiviti menuai.
![]() |
Wau bulan |
Pergerakkan seperti menarik, melepas dan melukis diatas layang-layang juga digambarkan didalam tarian ini. Boleh dikatakan tarian ini adalah melambangkan semua aktiviti yang berkaitan dan permainan wau dikawasan sawah bendang.
Apa pun patik seronok dan dapat juga mengetahui tarian yang belum patik kenali seperti tarian zapin yang luar dari Negeri Johor. Apa pun tahniah untuk semua penari yang menjayakan persembahan Koleksi Tari Serumpun.
Terima kasih kepada pihak Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara atas jemputan ini dan diharap agar akan ada lagi persembahan yang bercorak kebudayaan seperti ini. Bagi korang yang ingin tahu perkembangan berkenaan apa jua program, ni haa patik sediakan link yang boleh membantu korang nanti.
>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTARGAM <<
Kredit foto: www.dikbee.com & www.mekonie.com
Comments
Post a Comment