SAMBUTAN ULANG TAHUN KE 261 KOTA ISTIMEWA YOGYAKARTA MERIAH
SAMBUTAN ULANG TAHUN KE 261 KOTA ISTIMEWA YOGYAKARTA MERIAH | Setiap tahun bagi setiap tempat pasti akan ada hari ulang tahun mereka masing-masing bukan? Sama seperti Kota Istimewa Yogyakarta dimana mereka telah menyambut Hari Ulang Tahun ke-261.
Kemuncak dengan sambutan #HUT261 ini, turut diadakan adalah Wayang Jogja Night Carnival. Patik berpeluang untuk melihat sendiri karnival yang diadakan sebagai acara tahunan. Terima kasih kepada Tourism Yogyakarta kerana menerbangkan patik dan blogger lain dari Kuala Lumpur dengan tujuan merasai pengalaman berada di Kota Yogyakarta.
Wayang Jogja Night Carnival merupakan kemuncak bagi sambutan Ulang Tahun Kota Yogyakarta dan untuk tahun ini Kota Istimewa Yogyakarta telah menyambutnya untuk kali ke 261. Ianya akan diadakan setiap 7 Oktober setiap tahun.
Pada tahun ini seperti yang patik diberitahu, sambuatannya tidak banyak beza seperti tahun-tahun lepas dimana bagi patik karnival ini lebih kurang sambutan Citrawarna Malaysia yang selalunya diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.
Seawal 6.00 petang jalan di sekitar kota telah ditutup secara berperingkat sebagai tanda sambutan karnival ini diadakan. Memang ramai penduduk Kota Yogyakarta turun padang bagi menyaksikan persembahan ini.
Sambutan Wayang Jogja Night Carnival ini diadakan di Tugu Pal Putih yang merupakan ikon dari kota Yogyakarta. Kiranya ini adalah mercu tanda bagi Kota Istimewa Yogyakarta.
Khabarnya persembahan ini mengangkat tokoh-tokoh seperti Nakula Sadewa, Karno, Drupadi, Puntadewa, Kumbokarno, Petruk dan ramai lagi. Jujur patik katakan patik tiada idea apa yang akan dipersembahkan nanti. Jadi patik hanya menunggu apakah yang akan mereka lakukan sepanjang malam ini.
Turut hadir pada malam itu bagi menyaksikan persembahan Wayang Jogja Night Carnival adalah pembesar kota seperti Gabenor Kota Yogyakarta serta pembesar lain. Patik sangat teruja kerana dapat melihat pembesar kota ini secara dekat. Maklumlah biasanya jarang majlis yang patik hadiri melibatkan pembesar kota yang besar-besar. Hehehee.
Majlis dimulakan dengan pancaran cahaya pada Tugu Pal Putih dimana ianya menceritakan segala keistimewaan yang dikecapi dan dialamai oleh Kota Yogyakarta. Memang menarik dan sedikit sebanyak patik dapat tahu keistimewaan disana.
Selesai ucapan perasmian daripada Gabenor Kota Yogyakarta, maka bermulalah Wayang Jogja Night Carnival.
Sebanyak 14 pesembahan yang dipersembahkan mewakili 14 daerah kecil didalam Kota Yogyakarta dan secara keseluruhan persembahan melibatkan sejumlah 1200 peserta. Wowww memang meriah persembahan dari 1 daerah ke 1 daerah lain. Penuh dengan budaya dan warna-warni.
Secara seluruhan patik sangat seronok dengan persembahan yang dipersembahkan pada malam Wayang Jogja Night Carnival itu. Boleh patik katakan ianya sebuah perarakan yang meriah seperti kemeriahan Citrawarna Malaysia di Malaysia.
Persembahan warna-warni yang datang dari segi tarian, persembahan kereta berhias dan pergerakan unik memaparkan menariknya kehidupan di Kota Yogyakarta.
Pengunjung yang datang memang sangat ramai dan seperti kebiasaannya, persembahan bunga api mengakhir malam Wayang Jogja Night Carnival ini.
Sekali lagi terima kasih kepada Tourism Yogyakarta diatas jemputan dan semua kemudahan yang diberikan sepanjang kami berada disana. Sehingga jumpa lagi Kota Yogyakarta yang begitu mengasyikan.
Comments
Post a Comment