TARIKAN BARU DI TAMAN TEMA LOST WORLD OF TAMBUN PERAK
TARIKAN BARU DI TAMAN TEMA LOST WORLD OF TAMBUN PERAK | Bila sebut Lost World of Tambun, didalam fikiran terbanyak taman tema yang sangat meriah yang lengkap dengan permainan dan juga kolam mandi mereka yang hebat. Kehebatan Lost World of Tambun ditambah lagi dengan adanya kolam air panas yang memang akan meriah bila tiba waktu malam.
Sejujurnya bila bercuti ke Perak, Lost World of Tambun akan menjadi lokasi wajib bagi patik bersama keluarga atau bersama rakan taulan. Tempoh hari patik dan rakan blogger daripada Projek Travel bekesempatan meluangkan masa datang sekali lagi untuk melihat tarikan baru yang ada di Lost World of Tambun.
GLAMPING DI ATAS AIR
Seperti biasa apabila patik dan rakan-rakan datang kesini, kami lebih tertarik untuk menginap secara glamping berbanding bilik hotel. Berlainan menginap secara glamping, korang boleh merasai pengalaman menginap didalam khemah tetapi berkeadaan glamour. Kalau korang nak tahu bagaimana seronoknya menginap secara glamping, korang boleh baca [DISINI].
Terbaru, Lost World of Tambun telah memperkenalkan glamping diatas air dimana mereka telah memperkenalkan kepada pengunjung yang ingin merasai pengalaman menginap didalam khemah yang diletakkan diatas air.
Keadaan didalam khemah glamping di atas air ini adalah sama seperti yang ada ditepian dan hanya membezakan kedudukan khemah adalah diatas air. Korang akan merasakan seperti menginap didalam bangunan tetapi sebenarnya ia hanyalah semua khemah glamour.
Haaa nampak ke tidak keseronokkan yang kami rasai apabila menginap secara glamping ini kerana korang tidak akan rasa seperti korang tinggal didalam khemah.
HIPPO KINGDOM
Kalau korang datang ke Lost World of Tambun, korang boleh ke tempat terbaru yang telah dibuka kepada umum iaitu Hippo Kingdom. Dah nama pun Hippo kan, so korang akan dipertontonkan dengan gelagat badak air betina yang sangat besar dipanggil Juwita.
Berlokasi di kawasan Lost World Adventure Park, korang akan melalui kawasan glamping dan seterusnya akan memasuki kawasan Hippo Kingdom. Memang cantik tempat baru ini.

Juwita adalah badak air betina yang menjadi penghuni di Hippo Kingdom. Sifatnya yang memang ramah dengan pengunjung menjadikan Juwita antara haiwan yang menjadi tarikan. Ditempat tinggal Juwita ini korang boleh
Selain Juwita, banyak haiwan lain yang ditempatkan disini termasuklah beberapa haiwan yang boleh kita dekati seperti rusa ini. Dekat kawasan Hippo Kingdom ini korang berpeluang untuk beramah mera dengan rusa ini dengan memberi makanan kepada mereka. Memang sangat seronok melihat gelagat mereka ini.
Selain dari badak dan rusa, ada juga beberapa lagi binatang kat sini seperti buaya, heyna (dubuk), flamingo dan emu pun ada kat sini. Ni kalau bawak anak-anak mai sini, mesti diorang suka sebab dapat tengok setiap binatang dengan dekat dan jelas. Kalau kena masa, boleh bagi makan jugak.
SARAPAN PAGI DI WETLAND
Tarikan terbaru adalah bersarapan pagi didalam wetland. Sebenarnya patik tidak pernah terbayangkan wujudnya pakej sarapan pagi yang cantik. Siapa sangka didalam Petting Zoo terdapat lokasi cantik yang dikelilingi oleh batu kapur dan kawasan berpaya yang dinamakan Power Breakfast Di Wetland.

Sumpah memang cantik sangat lokasi breakfast kami kali ni. Satu kawasan paya yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan hijau dan dikelilingi dinding batu kapur yang juga dilitupi tumbuh-tumbuhan hijau memang memukau pandangan.
Di tengah-tengah paya tu dibina pelantar kayu dan di situ la kami menikmati sarapan sihat ala western. Berkonsepkan back to nature, satu pengalaman yang sangat-sangat berharga bila dapat merasai pengalaman Power Breakfast di Wetland.

Korang jangan berangan nak ada nasi lemak, mee goreng dan segala apa menu yang kurang sihat ye. Dekat sini korang akan disajikan dengan menu berasaskan buah-buahan, roti, sayuran salad dan menu-menu yang sihat sahaja. Hehehe.

Korang boleh bayangkan, sarapan pagi yang sihat ditambah dengan pemandangan yang sangat canti dan memang tidak pernah terbayang lokasi secantik itu untuk bersarapan pagi. Apa pun tahniah kepada Lost World Of Tambun atas idea yang sangat menarik.
MAKAN MALAM DIDALAM TAMAN TEMA
Disini juga korang boleh meminta hidangan malam dalam bentuk BBQ dimana kesemua menu akan disediakan oleh pihak Lost World of Tambun. Bila dah berkonsepkan barbeque, apa lagi semua makan dengan berselera.
Makanan yang dihidangakan memang terbaik dan menyelerakan. Patik sendiri menambah banyak kali. Semua rakan lain memang berpuas hati dengan apa yang diberikan disini. Banyagkan yeee kita makan berkonsep BBQ dan bersebelahan dengan khemah glammping kita. Memang sangat rasa perasaan tu.
Lepas menikmati makan malam yang sangat sedap, masa untuk kami habiskan masa malam kami Lost World Hot Springs untuk melihat persembahan Flaming Percussion dan Tales Of The Tribe. Kehidupan malam disini memang sangat seronok dan berwarna warni. Ditambah pula dengan persembahan api dan sebagainya. Memang rugi kalau korang tidak luangkan masa untuk merasai semua ini.
Selesai segala persembahan, masa untuk berendam dalam air panas. Maklum la, semua keletihan lepas buat aktiviti petang tadi. Di Lost World Hot Springs ni, korang boleh berendam sampai pukul 11 malam.
Demikianlah kisah percutian singat kami di Lost World Of Tambun. Walaupun ianya percutian singkat tapi kami berpuas hati sangat sebab dapat melihat dan merasai sendiri tarikan terbaru yang menarik di Lost World Of Tambun.
Bagi korang yang ingin melihat dan merasai sendiri pengalaman disini, korang boleh dapatkan informasi seperti berikut.
>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM <<
Kredit foto: www.dikbee.com
Comments
Post a Comment