ULASAN FILEM JUMANJI: WELCOME TO THE JUNGLE
ULASAN FILEM JUMANJI: WELCOME TO THE JUNGLE | Semalam patik sempat menonton filem yang pernah patik tonton 15 tahun yang lalu pada tahun 1995 iaitu JUMAMJI dimana ianya menceritakan tentang permainan ajaib dimana didalamnya terdapat binatang-binatang yang akan muncul apabila tertera nama binatang pada papan permainan itu. Permainan hanya akan tamat jika salah satu dari pemain tiba pada titik Jumanji. Memang filem
Untuk tahun 2017 selepas 15 tahun, JUMAJI kembali lagi dengan sikuel terbaru bertajuk JUMANJI: WELCOME TO THE JUNGLE. Patik sangat teruja untuk menontonnya kerana ada watak yang nak sangat patik tengok iaitu The Rock. Hahaha. Jom patik kongsikan.
SINOPSIS FILEM JUMANJI: WELCOME TO THE JUNGLE
Filem Jumanji : Welcome to the Jungle bercerita tentang empat orang anak muda iaitu Spencer (Alex Wolff), Fridge (Ser’Darius Blain), Bethany (Madison Iseman) dan Martha (Morgan Turner), yang menemukan sebuah permainan video game tua dengan permainan yang belum pernah mereka dengar bernama ‘Jumanji’.
Mereka secara tidak sengaja telah tersedut ‘masuk’ ke dalam permainan dan menjadi karaktor yang mereka pilih. Ketika mereka memilih karakter permainan dan menekan butang ‘start’, mereka tersedut ke dalam permaian dan mucul di hutan liar Jumanji. Mereka rupanya terperangkap di dalam tubuh karakter yang mereka pilih. Maka bermulalah permainan.
Spencer tiba-tiba menjadi Dr.Smolder Bravestone (Dwayne Johnson), Fridge berubah menjadi Franklin ‘Moose’ Finbar (Kevin Hart). Martha terperangkap dalam tubuh Ruby Roundhouse (Karen Gillan), dan yang paling aneh si cantik Bethany menjadi professor Shelly Oberon (Jack Black)
Untuk mengalahkan permainan dan kembali ke dunia nyata, mereka harus melalui halangan paling berbahaya dalam hidup mereka dan menemukan apa yang Alan Parrish tinggalkan 20 tahun yang lalu.
Adakah mereka berjaya untuk keluar daripada permainan itu? Apa kata korang boleh datang terus ke pawagam terdekat untuk menyaksikan pengakhiran filem Jumanji: Welcome To The Jungle ini.
Comments
Post a Comment