DRAMATARI LATANA THE BOBOHIZAN TONJOL KEPERCAYAAN MASYARAKAT KADAZAN DUSUN
DRAMATARI LATANA THE BOBOHIZAN TONJOL KEPERCAYAAN MASYARAKAT KADAZAN DUSUN | Sebenarnya patik ni memang penggemar pementasan apa jua teater dan secara kebetulan sudah lama tidak rasanya patik tidak menonton persembahan teater. Baru-baru ini patik telah berpeluang menonton persembahan dramatari Latana The Bobohizan.
Pementasan dramatari ini adalah penilaian kepada pelajar tahun akhir bagi pelajar Fakulti Pengurursan Seni Budaya ASWARA. Sebenarnya ini adalah kali pertama patik sampai ke ASWARA setelah berkali-kali jemputan daripada pihak mereka yang patik terima.
Bertempat di Panggung Experimen Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) patik dan beberapa rakan blogger lain berkesempatan menonton pementasan drama tari ini dimana keseluruhan produksi ini menampilkan para pelajar dan alumni fakulti tari dan teater Aswara.
SINOPSIS DRAMATARI LATANA THE BOBOHIZAN
Beliau dibesarkan oleh neneknya iaitu Odu Lijah yang merupakan seorang Bobohizan. Pelbagai konflik yang berlaku dalam hidup Latana dipersembahkan dalam drama tari ini. Dari kematian neneknya yang mana Latana telah dilantik menjadi seorang bobohizan hinggalah Latana terpaksa mengorbankan dirinya bagi mengembalikan keamanan kampungnya.
Melalui pembacaan patik, Bobohizan merupakan gelaran bagi golongan rahib wanita dalam tradisi kebudayaan Kadazan-Dusun. Bobohizan memainkan peranan penting dalam perayaan Tadau Kaamatan bagi menyemah tapak tanaman bagi memastikan tanaman yang berjaya untuk tahun hadapan.
Bobohizan pertama dipercayai diajar oleh jelmaan semangat Huminodun, iaitu Unduk Ngadau, jampi serapah yang diamalkan sehingga sekarang.
Didalam persembahan, kebanyakan bobohizan ini terdiri daripada kaum perempuan tapi ada sebilangan kaum lelaki di pilih bagi menguatkan lagi persembahan atau upacara yang diadakan. Dikhuatiri semangat yang datang tidak dapat ditangkis.
Dalam upacara yang diadakan adakalanya paluan gong digunakan bagi menyusuri upacara yang diadakan bagi memanggil semangat-semangat yang tertentu. Selepas itu bobohizan akan mengucapkan rinait (mentera) serta bermainkan Kombuongo atau peralatan menyatukan dua alam
Bagi memulakan upacaranya. Setelah dirasuki oleh semangat tersebut bobohizan sepertinya bercakap dengan seseorang iaitu semangat yang dijumpainya. Adakalanya semangat tersebut berkehendakan persembahan atau korban dalam bahasa Kadazan sogit.
Korban yang selalu diminta bagi upacara tersebut adalah darah ayam kampung, seekor kerbau atau haiwan berdarah panas, 10 biji telur rebus,dan nasi kunyit. Selepas itu bobohizan itu menyerahkan korban tersebut bagi memulihkan atau membuang sial seseorang itu.
Itu adalah hasil daripada bacaan patik mengenai apa itu Bobohizan dan bagaimana Bobohizan wujud dikalangan Masyarakat Kadazan Dusun.
Didalam pementasan dramatari Latana The Bobohizan ini, korang akan dipersembahkan dengan 7 babak bermula dengan babak kelahiran Latana, pelajaran ilmu ritual, perkahwinan, tolak bala, kematian, ritual dan alam ghaib dan juga magavau. Dari kesemua babak ini kita dapat mengenali sedikit sebanyak adat dan kepercayaan masyarakat yang berkait rapat dengan Bobohizan ini.

>> FACEBOOK | INSTAGRAM <<
Kredit foto: www.dikbee.com
Comments
Post a Comment