GAMAT PULAU PANGKOR ANTARA GAMAT TERBAIK DI MALAYSIA

GAMAT PULAU PANGKOR

GAMAT PULAU PANGKOR ANTARA GAMAT TERBAIK DI MALAYSIA | Bila sebut gamat je, patik yakin korang mesti teringat Pulau Langkawi yang mana banyak menghasilkan produk berasaskan gamat. Ni haaa sebenarnya ada lagi pulau selain Pulau Langkawi yang mengeluarkan produk berasaskan gamat dan ianya antara terbaik di Malaysia.

GAMAT PULAU PANGKOR

Menyinggah ke Pulau Pangkor, baru patik tahu yang Pulau Pangkor juga menghasilkan produk berasaskan gamat iaitu Air Gamat. Apa kebaikan air gamat berbanding minyak gamat yang menjadi kebiasaan bagi ramai masyarakat Malaysia? Meh sini patik kongsikan. 

GAMAT PULAU PANGKOR

Gamat seperti yang kita tahu memang tinggal didalam air masin dan badannya akan mengembang memenuhi air apabila ianya terendam didalam air. Ianya memang mempunyai banyak kebaikan. Antara kebaikan yang ada pada Gamat 

Khasiat air gamat:

- Meningkatkan kesihatan badan
- Mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalaman
- Mengurangkan rasa sakit sendi, badan dan lenguh otot
- Menghindari masalah alahan dan lelah
- Melawan radang dan meredakan bengkak
- Melancarkan pengaliran darah
- Memulihkan sistem peranakan selepas bersalin
- Mencantikkan kulit dan awet muda
- Meningkatkan metabolisma dan mengurangkan masalah keletihan
- Menguatkan tenaga batin
- Mengurangkan tekanan darah tinggi
- Mengawal diabetes / kencing manis

Cerapan Biopotensi Yang Pernah Dilaporkan 

- Melancarkan aliran darah
- Menghalang pembentukan kolestrol pada saluran darah
- Memudahkan fungsi ginjal
- Meningkatkan kadar metabolisma
- Mengurangkan serangan asma / lelah

Daripada lawatan patik tempoh hari, barulah patik tahu bagaimana membuat Air Gamat yang berkhasiat yang boleh membantu mengubati beberapa penyakit. Jom patik kongsikan bagaimana penyediaan Air Gamat ini satu persatu. 

GAMAT PULAU PANGKOR

Gamat kalau kita pegang seperti ini akan kelihatan berlindir dan lama kelamaan gamat ini akan mengecut disebabkan padan gamat ini mengandungi air laut. 

GAMAT PULAU PANGKOR

Kemudian, gamat tadi akan dibelah tengah untuk dibuang bahagian tengahnya. Kiranya kotoran bahagian dalaman gamat yang akan dibersihkan sebelum direbus dengan air. 

GAMAT PULAU PANGKOR

Selepas gamat tadi dibersihkan, gamat akan direbus sehingga mendidih dan kemudian ianya akan diperam selama 6 bulan sebelum dipasarkan kepada umum. Barulah patik tahu rupanya agak susah untuk menghasilkan Air Gamat seperti ini. 

GAMAT PULAU PANGKOR

Tadaaaaaa. Air Gamat yang telah sedia untuk dipasarkan. Untuk pengetahuan korang, gamat yang ada di Pulau Pangkor ini adalah antara gamat yang terbaik di Malaysia. Jadi sekiranya korang inginkan minyak gamat, korang boleh carinya di Pulau Langkawi dan inginkan Air Gamat, korang boleh dapatkannya di Pulau Pangkor. 


Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

MASJID 1000 SELAWAT MERCU TANDA PULAU PANGKOR