INGINKAN KEDIAMAN ANDA MENJADI WARNA WARNI? LAMPU PINTAR PHILIPS HUE ADALAH JAWAPANNYA
INGINKAN KEDIAMAN ANDA MENJADI WARNA WARNI? LAMPU PINTAR PHILIPS HUE ADALAH JAWAPANNYA | Patik yakin setiap rumah akan menggunakan lampu putih sebagai pencahayaan rumah korang kan? Agaknya laa kan kalau ada lampu yang jenis pintar dimana korang hanya perlu menghidupkan dan mematikan lampu tersebut hanya menggunakan telefon pintar korang, korang suka ke tidak? hehehehe
Sebenarnya patik telah lama menginginkan kehidupan yang pintar dimana semua boleh kita kawal dengan menggunakan telefon pintar kita dan ianya telah berlaku dihadapan mata patik. Begitu juga dengan pencahayaan dirumah patik. Meh sini patik kenalkan dengan korang dengan barangan baru daripada Philips iaitu Philips Hue.
Bila sebut jenama Philips, patik yakin korang mesti akan kaitkan dengan kepelbagaian bentuk mentol dan produk lain untuk kegunaan dirumah. Terbaru Philips muncul dengan produk terbaru mereka iaitu perantti lampu pintar untuk semua penggunanya.
Philips Hue ini adalah sistem pencahayaan untuk kegunaan dirumah mahupun dimana saja yang korang perlukan. Tapi yang menariknya sistem daripada Philips Hue ini adalah ianya didatangkan dengan sistem pintar dimana korang boleh mengawalnya secara online dengan menggunakan aplikasi Philips Hue sendiri.
Perkara paling penting untuk menggunakan Philips Hue dimana, peralatan dan peranti yang diperlukan adalah:

- Philips Hue Bridge (wajib ada)
- Router yang disambungkan kepada jaringan internet (wajib ada)
- Philips Lightstrip Plus (pilihan)
- Philips Single Bulb A60 (pilihan)
Macam patik, patik telah memenuhi keperluan bagi senarai 4 diatas tu. Jadi patik sudah tidak sabar lagi untuk menunjukkan apa yang dimaksudkan dengan kesemua itu dan bagaimana ianya berfungi. Jom teruskan pembacaan korang.
Seperti yang patik terangkan diatas, untuk menggunakan sistem Philips Hue ini korang wajib mempunyai Hue Bridge. Yang mana sesuai dengan namanya, Hue Bridge adalah satu alat pengantara diantara aplikasi Philips Hue yang terpasang didalam telefon pintar kepada mentol-mentol dan lampu yang dipasang.
Selepas korang mempunyai alat pengantara (Hue Bridge) itu, maka korang sekarang ini perlukan lelampu yang akan menyinari rumah korang nanti. Patik telah memilih mentol Single Bulb A60 dan juga mentol jenis Philips Lightsrip Plus.

Ini adalah set mentol Single Bulb A60 yang akan patik gunakan nanti pula. Mentol ini bukan sebarang mentol yeee kawan-kawan sebabnya mentol ini berupaya untuk menyalakan dan mematikan menerusi aplikasi yang akan bersambung dengannya. Hebat bukan?!!
Satu lagi yang patik ada adalah mentol Philips Lightsrip Plus. Lampu jenis ini bersifat lampu bergetah yang fleksibel sepanjang 6 kaki bersama hujungnya mempunyai sambungan kepada kabel ber-plug. Lampu ini juga akan bersambung dengan aplikasi telefon apabila patik hendak menyalakan dan mematikannya nanti.
BAGAIMANA LAMPU PHILIPS HUE INI BERFUNGSI
Untuk permulaan, patik cadangkan korang pasang dahulu mentol-mentol yang korang ada pada tempat yang korang mahukan. Macam patik patik telah memasang mentol Single Bulb A60 pada bilik mandi dan juga pada ruangan tangga manakala lampu Philips Lightsrip Plus pula patik pasangkan dibelakang TV supaya pencahayaan ini sekaligus boleh menaikkan mood tatkala menonton TV.
Alat Hue Bridge ini memerlukan penyambungan dengan internet korang. Jadi rumah korang PERLLU, WAJIB untuk ada penyambungan internet bagi memasang semua peralatan ini. Tunggu sehingga kesemua lampu biru pada Hue Bridge menyala sepenuhnya.
Sambil menunggu alat Hue Bridge sedang membuat kerjanya, korang boleh memuat turun aplikasi daripada Philips Hue itu sendiri di Play Store. Untuk makluman korang, pilih aplikasi yang sebenar seperti yang patik tunjukkan diatas ini supaya sambungan korang adalah yang sebenar kerana terdapat banyak aplikasi yang MUNGKIN SAMA tapi tidak memberikan respon seperti yang akan patik terangkan seterusnya.
Bila semuanya sudah sedia dimana lampu sudah menyala, dan aplikasi sudah sedia, jom aktifkan lelampu yang ada ini.
Untuk menetapkan lelampu korang, korang perlu ke SETTING dan sedia untuk menentukan lampu yang mana korang perlu sediakan dibahagian LIGHT SETUP.
Apabila sudah melancarkan aplikasi, korang akan dapati lampu-lampu ini akan terus dikenalpasti oleh aplikasi dan korang boleh menamakan lampu-lampu korang dengan kedudukan korang inginkan.
Macam patik patik telah menamakan lampu ini sebagai DAPUR, LAMPU TANGGA dan juga HALL TV dimana lampu-lampu ini telah patik tempatkan. Memang sangat mudah dan lampu-lampu ini boleh korang kawalnya dengan menggunakan telefon korang.
BAGAIMANA KEADAAN PENCAHAYAAN LAMPU PHILIPS HUE
Apa bila semua telah sedia, korang boleh mengawal lampu korang dengan telefon korang. Menarik bagi lampu Philips Hue ini, lampu ini boleh memberikan pelbagai jenis warna mengikut kehendak korang.
Korang boleh tengok lampu TV patik yang boleh bertukar warna mengikut apa yang patik inginkan. Khabarnya mentol Philips Hue ini mampu memberikan warna lebih daripada 500 warna lampu pada 1 mentol dan semuanya dikawal dengan menggunakan aplikasi telefon korang. Hebat bukan !!
Ini baru lampu TV, belum lagi lampu tangga dan juga lampu dapur, kesemuanya mempunyai kesamaan fungi. Memang terbaik.
Selain kehebatan memberikan pelbagai jenis warna lampu, aplikasi ini juga boleh membantu sebagai penggera. Bukan penggera bunyi, tapi lampu ini korang boleh tetapkan masanya dan ianya akan bertindak apabila sudah sampai masanya.
Sebagai contoh korang boleh set masa untuk bangun pagi dimana lampu ini akan boleh memberikan penerangan yang tinggi sekaligus boleh mengejutkan korang.
Selain set alarm, korang boleh juga set lampu-lampu korang apabila korang keluar dan apabila korang pulang. Takde laa nanti korang balik bergelap mencari suis lampu dan semuanya selesai dengan menggunakan lampu dari Philips Hue.
Bagi korang yang ingin mendapatkan seperti mana yang patik ada ni, korang boleh dapatkan di LAZADA melalui Philips Lighting Lazada store. ataupun informasi lanjut di laman web rasmi mereka seperti berikut:

Comments
Post a Comment