NAK CANTIK DAN SIHAT? STEA PRODUK BERASASKAN TEH HIJAU ADALAH JAWAPANNYA

STEA MALAYSIA

NAK CANTIK DAN SIHAT? STEA PRODUK BERASASKAN TEH HIJAU ADALAH JAWAPANNYA | Sebenarnya kebaikan teh hijau memang tidak dapat disangkal lagi. Teh hijau dikatakan baik untuk kesihatan dan juga kulit kita. Jadi dengan itu STEA MALAYSIA HQ telah muncul bagi membantu semua pengguna diluar sana untuk merialisasikan istilah cantik dan sihat didalam kamus kehidupan masing-masing. 

PELANCARAN PRODUK STEA

STEA MALAYSIA

Bersempena pelancaran produk STEA ini, patik telah sma-sama memeriahkan majlis ini yang telah diadakan di Hotel Concorde Shah Alam yang telah dihadiri ramai rakan blogger dan juga pengasasnya sendirinya iaitu Puan Mastura. Majlis telah diadakan dengan cukup meriah yang diacarakan oleh pengacara yang pandai menaikkan mood majlis. Tidak kering gusi kami dengan usikan mesra beliau. 

STEA MALAYSIA

Pada majlis ini, Puan Mastura sempat menceritakan bagaimana beliau mencetuskan idea untuk memulakan perniagaan ini dan juga tips kesihatan juga turut dikongiskan oleh beliau. Patik juga sempat melihat beberapa tetsimoni pengguna yang telah menggunakan produk STEA ini dan semuanya positif. 

Bagi memeriahkan lagi majlis, beberapa hadiah telah disediakan untuk mereka yang berjaya menjawab soalan kuiz berdasarkan produk STEA ini dan juga hadiah untuk cabutan bertuah juga turut disediakan. Alhamdulillah patik bertuah kerana telah mendapat hadiah bagi soalan kuiz yang disediakan. 

Sejujurnya patik telah lama mengetahui kebaikan teh hijau ini dan dengan sesi perkenalan ini, patik tidak sangsi lagi untuk mencuba dan akan berkogsikan kebaikan kepada orang ramai tentang kelebihan produk ini berbanding produk lain. 

STEA MALAYSIA

Pengenalan produk sudah, soalan kuiz dan juga cabutan bertuah pun sudah. Kami turut dihiburkan dengan penyanyi yang dikenali bakatnya iaitu Amylea AF. Suaranya masih seperti dulu dimana patik sendiri salah seorang peminatnya semasa zaman AF3. Rupanya beliau juga turut menggunakan produk STEA Teh Hijau untuk minuman harian beliau dan kini beliau sudah membuktikan produk ini mampu memberikan kebaikan dan kecantikan padanya.

Produk STEA adalah produk yang berasaskan teh hijau ini didatangkan dalam 2 produk lain iaitu STEA Teh Hijau dan yang terbaru adalah STEA Beauty dimana ianya mengandungi 2 produk iaitu dabun dan serum didalamnya yang fokus kepada kesihatan wajah korang. 

STEA MALAYSIA

Kejap lagi patik akan ceritakan apa kebaikan produk daripada STEA ini dengan lebih lanjut. Sebenarnya patik sedang dalam proses untuk mengurangkan berat badan dan apabila produk ini muncul, patik tidak teragak-agak untuk terus mencuba dan tidak sabar untuk melihat hasilnya dengan penggunaan teh hijau dalam kehidupan patik. 

STEA TEH HIJAU

STEA TEH HIJAU

Teh Hijau keluaran STEA ini adalah teh hijau yang asli yang dibawa dari Negara Jepun. Ianya dihasilkan oleh pakar-pakar hebat bagi menghasilkan rasa yang berkualiti tinggi untuk kita sebagai pengguna. 

Yang menariknya untuk STEA Teh Hijau ini, didalam setiap uncang, terdapat serbuk teh yang disebut 'matcha' dimana matcha ini diketahui mempunyai kebaikan untuk kesihatan dan juga kecantikan. Apabila korang minum matcha, korang akan menikmati keseluruahan daun teh dan mendapat 100% kebaikan teh hijau itu sendiri. 

Matcha dikatakan mempunyai 137kali kebaikan berbanding daripada teh hijau biasa dimana antara kebaikannya adalah seperti berikut:

  1. Agen anti penuaan
  2. Tinggi dengan anti oksida
  3. Boleh menambahkan tenaga
  4. Menghalang pengumpulan lemak
  5. Melawaskan proses pembuangan
  6. Mengawal berat badan
  7. Mengurangkan kolestrol
Jadi korang boleh menikmati STEA Teh Hijau ini bersama keluarga dan mengamalkan sebagai minuman harian korang. 

STEA BEAUTY 

STEA Beauty

STEA Beauty ini adalah produk perawatan wajah dimana didalamnya terdapat 2 produk lain iaitu sabun dan serum yang mana produk ini diformulasi dengan teh hijau.

Yang menariknya didalam sabun STEA Beauty ini terdapat serat-serat teh hijau yang bertidak sebagai skrub semasa korang memcuci wajah korang. Serat teh hijau ini akan membantu menanggalkan kulit mati dan juga menageluarkan kotoran didalam pori kulit korang.

Manakala Serum STEA Beauty pula bertidak sebagai agen merawat kulit korang yang mengalami kerosakan. Didalam serum ini mengandungi extact teh hijau, aleo vera, kologen, stem cell apple dan banyak lagi bagi memberikan kesan yang terbaik untuk kulit korang.

Untuk produk STEA Beauty ini terdapat banyak kebaikan sekiranya korang mengamalkan penggunaan produk ini. Antaranya:

  1. Antikoksida yang tinggi bagi merawat wajah
  2. Mengecutkan jerawat dengan singkat
  3. Memudarkan jeragat dan parut jerawat
  4. Mengecilkan pori-pori
  5. Menghilangkan kulit kusam
  6. Meratakan tona kulit menjadi sekata
  7. Mencerahkan kulit
  8. Mengurangkan kedutan pada wajah
Ya Allah..banyak rupanya kebaikan yee teh hijau ini terhadap kesihatan badan danjuga kulit yeee. STEA Beauty akan membantu merawat wajah korang tidak kira apa jua keadaan kulit korang. InsyaAllah. 


STEA

Bagi korang yang tertanya-tanya berapa harga agaknya produk STEA Teh Hijau dan STEA Beauty ini kan. Harga produk ini adalah seperti berikut dan semuanya boleh didapati secara ONLINE SAHAJA:

STEA Teh Hijau - RM60
STEA Beauty - RM89

Untuk maklumat lanjut atau sebarang persoalan, patik cadangkan korang boleh terus menghubungi pihak STEA sendiri dengan menggunakan informasi yang patik telah sediakan ini. 



>> WEBSITEFACEBOOK | INSTAGRAM <<



Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN