ANUGERAH JUARA LAGU 32 MENGHIMPUNKAN LAGU DAN FESYEN

ANUGERAH JUARA LAGU 32

ANUGERAH JUARA LAGU 32 MENGHIMPUNKAN LAGU DAN FESYEN | Anugerah Juara Lagu 32 telah melabuhkan tirai pada Ahad lepas dimana semua sedia maklum lagu Jampi nyanyian Hael telah memenangi Juara Lagu. Lagu yang menjadi fenomena bagi semua rakyat Malaysia dengan keunikan lagu dan bait-bait lirik yang ada. 

ANUGERAH JUARA LAGU 32

Patik dan beberapa blogger lain telah bertugas sepanjang Anugerah Juara Lagu 32 berlangsung. Sebenarnya ini adalah kali pertama patik secara peribadi menonton Anugerah Juara Lagu yang telah masuk edisi ke 32 tahun ini. Rasa teruja memang ada kerana selalunya patik menontonya dirumah bersama keluarga. 

ANUGERAH JUARA LAGU 32

Kami telah memasuki Axiata Arena, Bukit Jalil seawal 7.30 malam lagi dimana kami ditempatkan diruangan khas bersama rakan media lain. 

ANUGERAH JUARA LAGU 32

Kedudukan kami yang berdekatan dengan pentas utama memberi bonus kepada kami rakan media membuat analisa sepanjang berlangsungnya persembahan AJL32. Bukan setakat dapat melihat secara langsung, kami juga melihat bagaimana produksi bekerja sepanjang AJL32 berlangsung bermula dari luar, Karpet Merah AJL32 sehinggalah akhir majlis. 

Melihat sebelum majlis berlangsung, pentas yang tersergam indah dengan pencahayaan yang hebat memang akan menaikkan mood penonton yang menonton tidak kira secara langsung di dewan mahupun di TV. 

ANUGERAH JUARA LAGU 32

Persembahan pembukaan pada malam itu adalah daripada Stacy yang menyampaikan 3 buah lagu Aku Stacy, Bosan dan Pakai Buang. Stacy yang agak sudah lama menyepi didalam dunia hiburan kembali dengan persembahan yang memukau. Sangat wowww bagi patik. 


FINALIS ANUGERAH JUARA LAGU 32

Berikut adalah senarai finalis yang akan berentap di pentas akhir AJL32 bagi menjuarai gelaran Juara Lagu 32. 

Akhirnya, Cinta - Salma (Ajai/Slen)

Aku Cinta - Syamel dan Ernie Zakri (Syamel)

Aku Yang Sebenar - Hazama & The Penglipur Lara (Datuk M Nasir/Ad Samad)

Amboi - Altimet (Navigator/Altimet)

Bayang - Khai Bahar (Alam Harry Khalifah/Patrick Anohada)

Jampi - Hael Husaini (Ezra Kong/Hael Husaini)

Lebih Sempurna - Syamel (Syamel/Edry Abd Halim/Boy Anaz)

Menahan Rindu - Wany Hasrita (Ibnu/Gouffran)

Sejati - Azmi Caliph Buskers (Faizal Tahir/Mike Chan)

Separuh Mati Ku Bercinta - Dayang Nurfaizah (Ajai)

Tergantung Sepi - Haqiem Rusli (Ibnu/Gouffran)

Warkah Untuk Mu - Ara Johari (Hang Nadim/Laq)


12 buah lagu yang mempunyai kehebatan masing-masing. Apa yang patik perasan, tahun ini konsep tirai, bayang-bayang banyak digunakan oleh kebanyakan peserta. Patik tidak tahu adakah kebetulan atau bagaimana. Tapi yang paling unik adalah persembahan daripada Altimate dengan lagu Amboi yang memang sangat berlainan daripada peserta lain. 


PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU 32

Kesemua peserta sudah menyampaikan yang terbaik, tapi mereka yang lebih berpotensi akan dinobatkan sebagai juara. Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Juara Lagu 32: 

ANUGERAH JUARA LAGU 32

Juara Lagu - Jampi - Hael Husaini (Ezra Kong/Hael Husaini)

Naib Juara - Sejati - Azmi Caliph Buskers (Faizal Tahir/Mike Chan)

Tempat ketiga - Tergantung Sepi - Haqiem Rusli (Ibnu/Gouffran)

ANUGERAH JUARA LAGU 32

Vokal Terbaik - Aku Cinta - Syamel dan Ernie Zakri (Syamel)

ANUGERAH JUARA LAGU 32

Persembahan Terbaik - Amboi - Altimet (Navigator/Altimet)

Akhir kata, patik ucapkan tahniah kepada semua pemenang dan telah memenangi bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Hanya sedikit ralat bagi patik dimana, Dayang Nurfaizah tidak membawa pulang apa-apa kategori untuk AJL32 kali ini. 

Jom layari tonton.com.my untuk menonton lebih program secara ekslusif yang tidak ditayangkan di TV3. 

Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN