PENGALAMAN MENGINAP DI THE SETTLEMENT HOTEL MELAKA
PENGALAMAN MENGINAP DI THE SETTLEMENT HOTEL MELAKA | Kalau sebut Negeri Melaka, patik yakin korang mesti selalu kesana kerana disana bagi patik punyai banyak tarikan. Sejujurnya patik gemar kesana untuk berehat; keluar daripada kawasan yang patik sudah biasa.
Sambil melawat tempat orang dengan menikmati pelbagai jenis makanan yang unik di Melaka, patik yakin korang akan mencari tempat penginapan yang menarik di Negeri Melaka tidak kiralah jenis hotel backpacker ke, butik hotel ke, hispter hotel dan hotel mewah. Hehehehe.
Bila sebut hotel di Melaka, patik ingin kongsikan sebuah hotel yang bagi patik agak menarik dengan keunikan yang ada disini. Hotel yang patik maksudkan adalah The Settlement Hotel Melaka yang terletak di Jalan Sungai Ujong.
Sebuah hotel moden yang disuntik elemen tradisional etnik didalamnya menjadikan ianya sebuah hotel yang ekslusif terletak ditengah Bandaraya Melaka. Patik telah mencuba 2 jenis bilik untuk 2 malam sepanjang berada di Melaka. Nak tengok jenis bilik yang patik rasai sepanjang berada disana? Jom teruskan bacaan korang.
Untuk penginapan kali ini, patik telah berpeluang untuk menginap di bilik jenis Deluxe Twin Room dimana menempatkan 2 buah katil didalam 1 bilik. Untuk bilik jenis ini, ianya terletak dibangunan utama The Settlement Hotel Melaka. Selain bilik jenis Deluxe Room Twin, mereka juga mempunyai Deluxe Room Queen dan Junior Suite Room.
Apa yang boleh patik katakan tentang bilik ini, bilik ini adalah SEKSI. Kenapa patik katakan demikian? Korang boleh tengok keadaan bilik yang patik menginap ini. Dengan keadaan bilik dan juga keadaan bilik mandi yang patik rasa memberikan elemen yang seksi yang sesuai untuk mereka yang ingin berbulan madu.
Keunikan villa ini adalah terletak pada seni bina villa ini sendiri kerana apa yang diberitahu, struktur bangunan villa ini adalah asli daripada Palembang, Indonesia. Pemilik hotel ini telah membawa masuk struktur villa ini ke The Settlement Hotel Melaka dan menjadikan sebagai sebuah villa untuk penginapan orang ramai.
Korang boleh lihat bahagian dalamannya yang begitu penuh dengan konsep tradisionalnya. Patik yakin korang mesti suka dengan konsep tradisional yang mewah.

DELUXE ROOM TWIN

Patik sempat mengabadikan gambar didalam bilik mandi yang sangat cantik dan bagi patik sangat suka dengan konsep bilik mandi disini.
Menariknya apabila menginap disini, korang akan dilayan secara peribadi dimana korang akan diberikan sebuah patung sekiranya korang menginap selama 2 malam disini.
LUXURY VILLA
Untuk malam kedua, patik juga berpeluang untuk merasai bilik yang lain dari kebiasaan. Sebuah villa yang berkonsep tradisional yang teletak bersebelahan dengan bangunan hotel.
Keunikan villa ini adalah terletak pada seni bina villa ini sendiri kerana apa yang diberitahu, struktur bangunan villa ini adalah asli daripada Palembang, Indonesia. Pemilik hotel ini telah membawa masuk struktur villa ini ke The Settlement Hotel Melaka dan menjadikan sebagai sebuah villa untuk penginapan orang ramai.
Korang boleh lihat bahagian dalamannya yang begitu penuh dengan konsep tradisionalnya. Patik yakin korang mesti suka dengan konsep tradisional yang mewah.
Patik suka dengan konsep katil kelambu ni haaa. Memang patik dah lame teringin untuk tidur atas katil yang berkelambu macam ni. Baru laaa seksi dimalam hari kan. Hahahaha.
Oh yaaa bagi korang yang inginkan suasana romantik, konsep villa ini bagi sangat sesuai untuk korang yang datang untuk berbulan madu bersama pasangan korang masing-masing.

Selain konsep bilik sangat romantik, villa ini juga menyediakan pakej konsep mandi bunga didalam bathtub yang sangat tradisional konsepnya.
FASILITI LAIN DI THE SETTLEMENT HOTEL MELAKA
Selain bilik yang bagi patik cukup selesa dan juga unik, kemudahan lain yang ada disini adalah seperti kolam mandi, spa dan juga beberapa lokasi cantik yang boleh korang abadikan didalam gambar kenangan korang.
Oh yaaa sekiranya korang menginap disini, korang juga disediakan sarapan pagi yang memang menghidangkan bermacam-macam menu untuk pilihan korang. Memang puas hati dengan harga yang korang bayar.
Sekiranya korang inginkan sebuah percutian dengan penginapan yang selesa dan juga sedikit mewah, korang boleh cuba menginap di The Settlement Hotel Melaka ini yee.
Comments
Post a Comment