BUTIK PENGANTIN RINSSUZANA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN KELENGKAPAN PENGANTIN

BUTIK PENGANTIN RINSSUZANA

BUTIK PENGANTIN RINSSUZANA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN KELENGKAPAN PENGANTIN | Pejam celik tinggal beberapa bulan majlis patik dan Cik Tunang akan berlangsung. Sementara menunggu masa yang akan tiba, patik dan Cik Tunang tiba-tiba teringain buat sesi fotoshoot untuk pre-wedding. Tengok orang buat dan hasilnya cantik, jadi patik dan Cik Tunang sepakat untuk membuat sesi yang sama. 

Sebelum membuat tempahan jurugambar, patik dan Cik Tunang telah membuat kajian konsep apa yang akan kami gunakan, lokasi untuk mengabadikan kenangan tu dan jenis pakaian yang mungkn akan digunakan nanti. Fikir punya fikir, kami mendapat idea untuk mengenakan pakaian formal sepasang dan pakaian casual sepasang.

Bila memikirkan bab pakaian formal ni, patik sudah terbayangkan butik pengantin dan menjadi masalah kerana kebanyakkan butik pengantin menyediakan pakaian yang khas untuk pasangan pengantin dan patik rasa tidak sesuai untuk menggenakan pakaian berkonsepkan pengantin untuk sesi pre-wedding yang kami rangka. 

Sambil melayari instagram, patik ternampak BUTIK RINSSUZANA yang memaparkan pakaian untuk Cik Tunang yang sangat cantik. Jadi kami membuat keputusan untuk lihat sendiri pakaian yang dipaparkan diinstagram mereka. 

BUTIK PENGANTIN RINSSUZANA

Untuk pengetahuan korang, Butik Rinssuzana ini terletak di Ampang dan kalau korang nak datang kesini, gunakan aplikasi waze dan mencari 'Butik Rinssuzana' dan korang akan sampai kesini. Landmark yang boleh korang kenal adalah Bank Kuwait Finance House dan Butik Rinssuzana terletak diatas bank tersebut. 

BUTIK PENGANTIN RINSSUZANA

Memasuki ruangan butik, patik tergamam sebab bagaikan berada didalam sebuah taman yang dikelilingi pakaian yang indah-indah yang tersarung oleh pepatung putih dengan pelbagai posisi. 

BUTIK PENGANTIN RINSSUZANA

Ya Allah.. sangat banyak pilihan yang ada disini bagi korang yang akan bergelar pengantin tu haaa. Koleksi daripada songket, lace dan pelbagai koleksi turut disediakan disini. 

BUTIK PENGANTIN RINSSUZANA

Mereka disini selain menyediakan pakaian yang cantik, Butik Rinssuzana ini juga menyediakan kelengkapan untuk majlis perkahwinan korang termasuklah pelamin, meja makan beradab, fotobooth, walk way dan semua yang berkaitan dengan majlis korang. 

BUTIK PENGANTIN RINSSUZANA

Berbalik kisah patik yang tujuan utama adalah untuk melihat baju yang sesuai digayakan nanti, patik telah meminta Cik Tunang untuk mencuba pakaian yang memang patik jiwa dengan rekaan baju tersebut. 

BUTIK PENGANTIN RINSSUZANA

Sebenarnya baju yang digayakan ini adalah baju untuk pasangan mempelai yang tidak siap lagi. Dimana baju ini belum diserikan lagi dengan tampalan kain lace dan juga manik-manik lain. Tapi bagi patik baju ini sudah memadai dan memang mencukupi apa yang patik minat. Bagi macam ini ringkas pun sudah nampak cantik, apatah lagi baju yang sudah dinaikkan seri dengan tampalan kain lace dan juga manik-manik. 

Akhirnya kami sepakat untuk memilih rekaan ini dan mereka menasihatkan kami agar baju yang dikenakan tadi sebaiknya ditambah sedikit manik supaya seri pada baju itu naik sedikit. Apa pun kehendak butik, patik turutkan. Heheheh. 

BUTIK PENGANTIN RINSSUZANA

Selesai pemilihan, kami diambil ukuran sebenar dimana pakaian tadi akan dirapikan mengikut ukuran badan kita supaya ianya akan terletak pada badan apabila kita gayakan nanti.

BUTIK PENGANTIN RINSSUZANA

Untuk pakaian patik, ianya tidak jauh berbeza dengan rekaan normal pakaian lelaki dan pihak butik menasihatkan patik untuk mengenakan sepasang suit yang sama rona dan yeesss patik hanya menuruti nasihat pihak butik kerana ianya mungkin terbaik. 

Selepas seminggu kami akan datang semula untuk final fitting sebelum kami mengambil pakaian tersebut untuk tujuan fotoshoot pre-wedding nanti. 

BUTIK PENGANTIN RINSSUZANA

Selepas seminggu, kami kembali sekali lagi ke Butik Rinssuzana untuk melihat final fitting sebelum kami mengambil pakaian ini. Rasa hati tidak sabar melihat hasil selepas ditambah manik pada pakaian seperti yang diperkatakan tempoh hari. 

BUTIK PENGANTIN RINSSUZANA

Yeayyy.. apa yang patik bayangkan terpapar didepan mata. Veil yang panjang menjela disediakan oleh pihak butik dan memang sesuai untuk tujuan fotoshoot nanti. Apa yang dibayangkan oleh jurugambar dapat patik bayangkan. 

BUTIK PENGANTIN RINSSUZANA

Tadaaaa. ini adalah pakaian akhir yang telah tersedia untuk sesi fotoshoot pre-wedding kami yang akan patik ceritakan pada entri akan datang. Apa pun terima kasih kepada pihak Butik Rinssuzana atas bantuan, kesabaran melayan kami dan nasihat yang korang berikan sepanjang kita bekerjasama. 

Bagi korang yang mencari-cari butik pengantin untuk majlis korang, patik cadangkan supaya korang berkunjung ke Butik Rinssuzana dan melihat sendiri dan akhirnya membuat keputusan sendiri untuk pemilihan korang bagi majlis korang nanti. Untuk sebarang informasi, ni ada patik sediakan informasi mereka untuk memudahkan korang. 


BUTIK RINSSUZANA
No 8B, Persiaran Permata, 
Taman Permata 
53300 Kuala Lumpur


Telefon:
03-4147 1980
012-2161980


>> FACEBOOK | INSTAGRAM <<

Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN