BAJU FATHIA LATIF SOLAT DALAM KERETA REKAAN DARIPADA BUTIK MAWARRED
BAJU FATHIA LATIF SOLAT DALAM KERETA REKAAN DARIPADA BUTIK MAWARRED | Tempoh hari kecoh apabila seorang artis telah melalukan solat didalam kereta. Sebenarnya patik pun melihat berita tersebut dan perbuatan beliau sedikit kecoh diperkatakan dimedia sosial.
Siapa tidak kenal dengan artis Fathia Latif yang sering membuat kenyataan pelik dan kadangkala memakan diri beliau sendiri. Apa yang patik perasan, Fathia Latif seorang yang tidak ambil pusing dengan apa yang terjadi.
![]() |
Kredit: www.myartis.com |
Berbalik kisah beliau solat didalam kereta dengan memakai pakaian jubah merah ini membuatkan semua tertanya, busana rekaan siapa yang begitu cantik dengan drapping dihadapan dan menggunakan material berkonsepkan kain sari.
Cari punya cari akhirnya patik berjaya dapatkan milik siapakah baju tersebut. BUTIK MAWARRED adalah sebuah jenama baru yang khabarnya baru dalam setahun dua didalam arena industri fesyen.
Menjengah masuk ke Butik MawarRed yang terletak di Wisma Azalea Seksyen 14 Shah Alam, korang akan dijamu mata dek koleksi pakaian yang sangat cantik termasuklah koleksi jubah atau long dress yang pernah dipakai oleh Fathia Latif tempoh hari.
Untuk pengetahaun korang yang masih belum mengenali Butik MawarRed ini, butik ini telah bertapak selama 2 tahun dimana ianya dimiliki oleh seroang anak muda yang telah meninggalkan profesion beliau sebagai peramugari disalah sebuah syarikat penerbangan di Malaysia.
Beliau mengambil keputusan untuk fokus dalam penghasilan pakaian yang material yang digunakan adalah daripada material sari yang dibawa masuk teris dari India.
KOLEKSI BUTIK MAWARRED SEMPENA HARI RAYA
Seperti yang patik ceritakan diawal tadi, koleksi Butik MawarRed hanya menggunakan material sari yang dibawa masuk dari India. Yang menariknya material yang dipilih ini adalah hasil cetusan idea pemilik ini sendiri dimana jenis kain dan jenis warna yang diinginkan telah direka sendiri dan pemilik butik ini sendiri. Ini bermakna warna dan kain yang yang ada dibutik ini adalah terhad dan ekslusif.
Untuk koleksi terbaru, terdapat 11 koleksi yang ditawarkan untuk semua penggemar kain sari sempena kedatangan bulan syawal nanti. Sebenarnya patik sangat berkenanan dengan rekaan mereka sebab keseluruhan koleksi mereka menggunakan fabrik daripada sari.
Kalau korang tengok material yang dijual disini, korang akan nampak material mereka agak berat, tapi bila korang pakai dan rasai sendiri, material sari mereka memang bermutu tinggi dan memang sangat ringan.
Patik sempat menemu bual dengan pemilik Butik MawarRed ini yang begitu anggun dengan persalinan daripada koleksi mereka sendiri yang penuh dengan sekuin memenuhi seluruh pakaian tapi tidak berat dan sangat selesa untuk dipakai.
Ini adalah antara rekaan mereka yang memang 100% menggunakan material dan fabrik daripada kain sari yang dibawa masuk dari India. Sangat cantik dan sudah tentu ianya limited untuk setiap rekaan bagi menggelakkan korang memakai koleksi yang sama dimajlis yang sama. Hehehe.
Jadi mereka mengeluarkan helaian yang terhad untuk setiap rekaan dan warna mereka.
Ini adalah antara rekaan yang menjadi jualan paling hangat untuk Butik MawarRed dimana ramai yang memilih untuk serupa dengan long dress yang dipakai oleh Fathia Latif tempoh hari. Kesemua koleksi mereka memang sangat cantik dan patik yakin korang pasti akan menyukai bila berada di butik mereka dan melihat koleksi-koleksi mereka.
Jadi apa tunggu lagi, jomm datang ke Butik MawarRed yang terletak di Plaza Azalea, Shah Alam dan korang akan dilayan oleh staf mereka yang sangat peramah dan sangat membantu didalam membuat pemilihan rekaan mana yang sesuai.
Bagi korang yang tertanya dimana lokasi sebenar dan inginkan informasi lebih berkenaan Butik MawarRed ini, ni haa patik sediakan sedikit info untuk rujukan korang.
BUTIK MAWARRED
No.10-08, TIngkat 10
Plaza Azlea, Seksyen 14
43000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Comments
Post a Comment