DISEBALIK TABIR FOTOSHOOT PRE-WEDDING BERSAMA SWEETPICTURES

PRE-WEDDING BERSAMA SWEETPICTURES

DISEBALIK TABIR FOTOSHOOT PRE-WEDDING BERSAMA SWEETPICTURES | Sebenarnya patik terlalu excited untuk patik kongsikan pengalaman patik bersama team SweetPictures ni haaa.  Tak tahu bagaimana dan dari mana patut patik ceritakan kisah belakang tabir untuk fotoshoot pre-wedding yang patik lakukan dengan Cik Tunang tempoh hari.

Ok camni laaa jom kita mulakan kisah ini. Selepas episod perbincangan dengan team SweetPictures berkenaan pakej yang mereka ada untuk konsep yang patik inginkan [BACA DISINI], kami telah bersetuju untuk membuat konsep tepi pantai yang air telah surut dan dikelilingi oleh pohon2 yang tinggal tunggul.

Rupanya photographer mereka memang telah ada tempat yang bagi mereka akan memenuhi kehendak apa yang patik inginkan. Lokasi yang dimaksdkan adalah di Pantai Klanang, Banting.

Masa dan tarikh yang ditetapkan pun tiba. Patik dan Cik Tunang telah siap membawa pakaian yang akan kami gunakan daripada Butik RinsSuzana [BACA DISINI] dan juga pakaian kasual kami sendiri ketempat yang ditujui. Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam dari Bangi ke Pantai Klanang.

PRE-WEDDING BERSAMA SWEETPICTURES

Setiba dilokasi yang dimaksudkan, patik bagaikan terpegun dengan lokasi yang diberitahu semasa perbincangan dulu. Dengan pasir yang putih bersih, tunggul kayu yang memang sangat cantik untuk diabadikan didalam gambar. Yaaa memang sangat tepat pemilihan lokasi ini. Cuma keadaan pantai waktu ini masih berair dan menunggu masa untuk air surut dan kemudian kami akan memulakan sesi fotoshoot kami dikawasan ini.

PRE-WEDDING BERSAMA SWEETPICTURES

Jadi patik, Cik Tunang dan juga team SweetPictures sendiri duduk sementara menunggu air surut sepenuhnya. Untuk pengetahuan korang, masa tiba kami masa ini adalah lebih kurang jam 10.30 pagi dan cuaca pada masa ini agak cerah dan kearah masuk panas. Korang bayangkan laa yee keadaan panas ditepi pantai macam mana yee? Sangat bahang. Tapi demi pencahayaan yang semulajadi dan demi menghasilkan gambar yang cantik, kami semua akan bertahan untuk beberapa jam.

PRE-WEDDING BERSAMA SWEETPICTURES

Sebelum memulakan pengambaran, mereka telah siap sedia dengan konsep yang mereka sendiri sudah bayangkan didalam otak mereka. Sebenarnya patik tidak minta apa-apa lebih dari mereka. Sekali mereka datang dengan konsep yang bagi patik WOWWWWWW dan tidak sabar melihat hasil daripada hasil tangkapan mereka. 

Kalau korang tengok ganbar diatas ni pon, patik yakin korang sudah boleh bayangkan bagaimana keadaan hasilan gambarnya nantikan. Patik apatah lagi kann. 

PRE-WEDDING BERSAMA SWEETPICTURES

Pengambaran pun bermula. Korang bayangkan yee didalam keadaan panas mentari, mereka masih memberikan kerja yang terbaik. Tiada sedikit keluhan atau nada marah yang patik dengar keluar dari mulut mereka berdua. Itu yang membuatkan patik senang dan selesa bekerja dengan mereka. 

Terima kasih kepada Yun & Lukman yang sangat sabar dan tahan dengan keadaan ini. Patik yakin mereka sudah biasa menghadapi keadaan sebegini dan patik sangat respect dengan kegigihan mereka. 

PRE-WEDDING BERSAMA SWEETPICTURES

Selesai dengan bermain disekeliling tunggul pohon, tibalah konsep yang sedikit kasual dan konsep ini juga adalah cetusan idea daripada mereka dan untuk pengetahuan korang, props yang korang lihat pada gambar ini adalah hasil tangan jurugambar SweetPictures sendiri. Memang kreatif sungguh mereka ni haa. 

PRE-WEDDING BERSAMA SWEETPICTURES

Korang bayangkan yeee, bermula fotoshoot dari 11.30 pagi sehinggalah jam 3.30 petang dan banyangkan sekali lagi keadaan ditengah-tengah kawasan pantai pada tengahari buta yang rembang. Dia punya panas ya Allah tak dapat bayangkan tapi hasil gambar katanya memang terbaik. Tak sabar patik nak kongsikan dengan korang hasil tangkapan gambar daripada team SweetPictures ni haaa. 

PRE-WEDDING BERSAMA SWEETPICTURES

Secara keseluruhannya, patik sangat berpuas hati bekerjasama dengan team SweetPictures bermula dari sesi perbincangan sehinggalah hari yang dimaksudkan ini. Cuma yang menjadi masalah adalah patik menjadi semakin gelap bagai disalai ditengah panas. hehehee. 

Sekarang ni patik dah tak sabar untuk kongsikan dengan korang hasil gambar-gambar yang ditangkap oleh team SweetPictures ni haaa. TQ SweetPictures !!

Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN