MYDELICACIES LUASKAN EMPAYAR DENGAN MEMBUKA CAWANGAN TERBARU DI BUSANA MARA
MYDELICACIES LUASKAN EMPAYAR DENGAN MEMBUKA CAWANGAN TERBARU DI BUSANA MARA | Tempoh hari patik berkesempatan singgah ke Busana MARA yang terletak bersebelahan dengan pusat beli belah SOGO demi mencari cable wayar telefon patik. Sebenarnya patik jarang sangat untuk masuk kebangunan ini dan memandangkan kedai yang patik nak singgah tu didalam Busana MARA ni, jadi tersinggahlah yee.
Melangkah masuk kedalam bangunan ni, patik rasa bagaikan suasana nak menyambut raya sedang hangat berlsangsung. Mana tidaknya dengan jualan baju raya disana sini dan juga kuih raya memang tidak pernah kalah. Hehehehe
Apa yang patik diberitahu, terdapat lebih kurang 100 vendor yang bekerjasama dengan MyDelicacies dimana produk mereka yang ingin diletakkan disini perlu disaring sendiri oleh pihak MyDelicacies termasuklah rasa produk, keadaan produk serta cara pembungkusan produk semuanya diperiksa sebelum vendor diterima untuk masuk didalam senarai vendor MyDelicacies.
Pendek kata apa yang korang nampak di MyDelicacies ini memang jauh lebih baik daripada yang sedia ada dipasaran. Kiranya mereka meletakkan tahap peniaga yang meniaga didalam MyDelicacies setapak kehadapan berbanding peniaga lain diluar sana.

Bila sebut kuih raya dan juga kerepek-kerepek ni, patik tersinggah ke salah sebuah booth yang ada disana. Korang tengok laa dengan susunan makanan kering mereka yang penuh 1 booth dan memang membuatkan korang terpanggil untuk masuk kebooth ini. Patik tidak terkecuali untuk melihat apa yang menarik disini.
MyDelicacies by Suriniaga ini adalah lokasi yang patik tuju. Ya Allah kalau korang tengok sekeliling booth & shop lot mereka, korang bagai nak terkam semua sebab memang sangat geram tengok makanan kering yang tersusun indah diatas rak masing-masing.
PELANCARAN CAWANGAN TERBARU MYDELICACIES DI BUSANA MARA
Pada waktu yang sama, rupanya MyDelicacies rupanya telah melancarkan ruang niaga baru mereka yang terletak di Busana MARA jeee ni haaa. Kalau dahulu beliau hanya mempunyai booth perniagaan ditengah Busana MARA dan sekarang mereka telah mampu mempunyai sebuah ruang niaga tersendiri.
Majlis turut dimeriahkan dengan jemputan daripada anak-anak tahfiz untuk membuat sedikit bacaan yasin sebagai tanda syukur dan memohon supaya perniagaan mereka diberkati dan diselamatkan dari apa keburukan.
RANGAKAIAN PRODUK YANG ADA DI MYDELICACIES
Orang tanya patik apa yang ada di ruang niaga MyDelicacies ni? Jawapan dia SEMUA ADA. Korang sebut jee apa yang korang nak? Daripada makanan kering seperti kuih raya, kerepek, serunding dan sambal, semuanya ada dijual disini.
Apa yang patik diberitahu, terdapat lebih kurang 100 vendor yang bekerjasama dengan MyDelicacies dimana produk mereka yang ingin diletakkan disini perlu disaring sendiri oleh pihak MyDelicacies termasuklah rasa produk, keadaan produk serta cara pembungkusan produk semuanya diperiksa sebelum vendor diterima untuk masuk didalam senarai vendor MyDelicacies.
Pendek kata apa yang korang nampak di MyDelicacies ini memang jauh lebih baik daripada yang sedia ada dipasaran. Kiranya mereka meletakkan tahap peniaga yang meniaga didalam MyDelicacies setapak kehadapan berbanding peniaga lain diluar sana.
Apa yang menariknya, apa yang patik perasan adalah setiap ruang pameran produk mereka ini adalah sangat penuh dan sekaligus akan menarik perhatian pelanggan untuk datang melihat dengan lebih dekat apa yang dijual di MyDelicacies ini. Sungguh patik tidak tipu, kalau korang datang melihat sendri patik yakin mesti korang tidak akan pergi dengan tangan kosong.Hehehehe.
PENAMBAHAN TAPAK PERNIAGAAN SEMPENA RAMADHAN DAN HARI RAYA
Bersempena kedatangan bulan ramadhan dan juga hari raya yang bakal tiba, pihak MyDelicacies telah mengambil keputusan untuk meluaskan sedikit ruang niaga mereka sekaligus dapat memenuhi permintaan yang sangat menggalakkan terhadap makanan kering yang dijuals disini.
Nampak tak, patik dan rakan-rakan lain tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan produk mereka sebagai oleh-oleh untuk dibawa pulang nanti. Bagi patik harga yang tawarkan disini adalah yang berpatutan dan kualiti produk mereka memang pada tahap yang sangat dibanggakan. silap-silap produk jualan di MyDelicacies ini boleh dijadikan sebagai hadiah untuk menyambut hari raya nanti. Hehehe
Bagi korang yang ingin mendapatkan pelbagai jenis makanan ringan seperti kuih raya, kerepek dan pelbagai jenis sambal yang menyelerakan, korang boleh datang ke MyDelicacies yang terdapat disekitar Kuala Lumpur.
MYDELICACIES CAWANGAN BUSANA MARA
Lot No.01-03, Aras 1,
Busana @ Menara MARA
232 Jalan Tuanku Abdul Rahman
50100 Kuala Lumpur
MYDELICACIES CAWANGAN BUSANA MARA
PC 102, Busana @ Menara MARA (berhadapan Mc Donald)
232 Jalan Tuanku Abdul Rahman
50100 Kuala Lumpur
MYDELICACIES CAWANGAN JAKEL MALL
Lot G.04 (Ground Floor)
Signature A&B Lot 159,
Jakel Square Persiaran Capsquare
Off Jalan Munshi Abdullah
Comments
Post a Comment