NAK MAKAN RUSA PANGGANG & DURIAN? JOM KE BUFFET RAMADHAN 2018 DORSETT PUTRAJAYA
NAK MAKAN RUSA PANGGANG & DURIAN? JOM KE BUFFET RAMADHAN 2018 DORSETT PUTRAJAYA | Bulan Ramadhan 2018 telah menjelma. Kebiasaan bila tiba bulan puasa, banyak lokasi berpuasa yang boleh korang cuba pada harga tertentu mengikut kemampuan korang. Tapi untuk kali ni, patik nak berkongsi dengan korang lokasi berbuka puasa yang boleh korang cuba di Putrajaya.
Dorsett Putrajaya tidak kurang hebatnya apabila mereka juga mengadakan buffet berbuka puasa yang dipanggil #Bismillah Buka Puasa Feast di Citra Rasa Dorsett Putrajaya bermula 18 Mei - 13 Jun 2018.
Sebenarnya patik berpeluang untuk datang dan rasai sendiri menu-menu yang dihidangkan disana dan memang sedap dan memang kena dengan tekak patik. Biasalah kalau menu buffet ni patik secara jujurnya tidak sempat untuk merasai kesemua menu yang dihidangkan. Hanya beberapa yang patik berkenan dihati untuk patik jamah.

Di Dorsett Putrajaya mereka menghidangkan menu setiap hari lebih kurang sebanyak 500 jenis juadah untuk korang nikmati apabila berbuka puasa nanti bermula dari menu pembuka selesa, lauk pauk dan pelbagai jenis nasi dan juga menu pencuci mulut. Banyak bukan?
Antara menu yang menjadi pilihan patik adalah Nasi Kerabu, Laksam Kelantan, Pulut Pisang and Agar-agar Seri Kaya, Kerutup Daging, Udang Galah Percik, Sup Tulang Rusuk, Patin Tempoyak, Siput Sedut Goreng Cili dan Pucuk Ubi Masak Lemak. Sebenarnya banyak lagi menu yang sedap-sedap, tapi patik tidak mampu untuk rasa semua sebab memang terlalu banyak hidangan yang disediakan untuk pengunjung.
Uniknya buffet ramadhan di Dorsett Putrajaya berbanding lokasi-lokasi yang pernah patik pergi adalah 2 benda ni iaitu buffet durian dan juga rusa panggang.
Bila sebut buffet durian, patik pernah mencuba buffet durian disebuah lokasi ni tapi durian yang mereka janjikan tidak sesedap di Dorsett Putrajaya dan bagi patik ianya memang sangat puas hati. Mana tidaknya patik perasan ada pengunjung tu siap berdiri berhampiran dengan buffet ini dengan berulang-ulang. Ini bermaksud durian yang dihidangkan adalah durian yang baik.
Menjadi lumrah bila makan di buffet ramadhan, menu kambing panggang sudah menjadi kelaziman bukan? Tapi di Dorsett Putrajaya, mereka menghidangkan rusa panggang dan yaaa memang lain dari yang lain. Patik sempat mencuba kedua-dua menu yang menjadi tarikan bila berbuka disini. Durian & rusa panggang yang memang terbaik.
![]() |
Kredit foto: https://mousemommytreats.blogspot.my |
Sambil-sambil makan, korang juga akan dihiburkan dengan persembahan hebat daripada Isma & Sri Mawar Band akan diadakan setiap malam sepanjang bulan ramadhan ini. Kiranya sambil korang makan, korang dapatlah rasa mood untuk menyambut hari raya kan. Hehehe
Secara keseluruhan, patik berpuas hati dengan makanan yang patik makan dan tidak berpuas hati sebab patik tak sempat untuk mencuba semua menu yang dihidangkan. Banyak kawww sampai 500 menu nak ditelan semua kan. Hehehe.
Jadi bagi korang yang terfikir untuk berbuka puasa diluar atau mencari lokasi berbuka disekitar Putrajaya, korang boleh cuba datang ke Dorsett Putrajaya. Ni ada patik sediakan sedikit informasi untuk korang sebagai panduan sekiranya ingin berbuka puasa disini.

Harga:
RM138nett untuk dewasa
RM78nett untuk warga emas & kanak-kanak
Telefon:
+603 8892 8388
Email:
Comments
Post a Comment