SAMBUTAN HARI IBU 2018 DI DORSETT PUTRAJAYA MERIAH
SAMBUTAN HARI IBU 2018 DI DORSETT PUTRAJAYA MERIAH | Saban tahun apabila tibanya 13 Mei pasti korang yang mempunyai ibu atau korang yang sudah kehilangan ibu juga mesti mengingati tarikh keramat ini dimana Sambutan Hari Ibu diadakan setiap tahun.
Kemeriahan ini juga hangat terasa apabila Dorsett Putrajaya telah mengadakan Sambutan Hari Ibu kali ini yang bertemakan #SayangIbu dihotel mereka. Patik sempat menjengah datang even patik sudah tidak mempunyai ibu. Tapi patik berkongsi rasa dengan ibu-ibu yang datang bersama anak-anak mereka meraikan Hari Ibu disini. Sangat meriah sambutan disana.
AKTIVITI YANG DILAKUKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI IBU
Selain makan-makan yang sudah pasti menyeronokkan, pelbagai aktiviti turut diadakan sebagai menghargai hari bahagia buat ibu di Malaysia antaranya demonstrasi masakan daripada Eksekutif Chef Dorsett Putrajaya, iaitu Chef Shamsul, aktiviti dekorasi kek dan juga bengkel membuat arca sabun yang patik pasti akan menjadi aktiviti yang meriah.
Untuk Sambutan Hari Ibu kali ini, Dorsett Putrajaya Hotel telah bekerjasama dengan beberapa organisasi seperti Pantai Hospital Ampang untuk sesi pemeriksaan kesihatan kepada orang ramai, pemerikasaan mata oleh ZEISS Vission Centre dan juga pemeriksaan kesihatan kulit dan juga makeover yang dibawakan oleh Perunding Kecantikan daripada Mary Kay.
PILIHAN MENU UNTUK IBU TERSAYANG
Bila sebut sambutan, sudah pasti akan terhidang pelbagai jenis menu dan untuk kali ini pihak Dorsett Putrajaya Hotel telah memilih konsep hi-tea dimana menu yang sesuai dengan konsep hi-tea disediakan
Korang boleh tengok pelbagai jenis menu yang ditawarkan kepada pengunjung yang turut serta didalam Sambutan Hari Ibu di Dorsett Putrajaya. Kalau patik kongsikan untuk setiap menu makanan, memang sangat banyak menu hi-tea disini.
Dan yang menarik perhatian patik adalah pada pencuci mulut ini yang bagi patik even ianya adalah sebiji kek yang dihias dengan potongan pisang dan nampak agak "kampung", tapi ianya sangat menterjemahkan erti pengorbanan sebagai seorang ibu.
Apa pun ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua pembaca blog patik khususnya korang yang sudah bergelar IBU. Ramai kawan-kawan patik kata, kalau sudah menjadi ibu ni, apa yang penting adalah keperluan anak-anak dan keperluan sendiri kadang kala terlupa dan terabai.
Jadi hargailah jasa ibu bagi korang yang masih mempunyai ibu lagi. Macam patik yang sudah kehilangan ibu selama 2 tahun ini hanya mampu menghadiahkan ibu patik dengan surah Al-Fatihah semoaga ibu patik gembira disana bersama orang-orang yang baik belaka.
Sekali lagi terima kasih kepada pihak Dorsett Putrajaya atas jemputan yang diberikan kepada patik untuk berkongsi rasa dengan ibu-ibu lain yang datang bersama dalam meraikan Sambutan Hari Ibu yang jatuh pada 13 Mei setiap tahun.
Jadi hargailah jasa ibu bagi korang yang masih mempunyai ibu lagi. Macam patik yang sudah kehilangan ibu selama 2 tahun ini hanya mampu menghadiahkan ibu patik dengan surah Al-Fatihah semoaga ibu patik gembira disana bersama orang-orang yang baik belaka.
Sekali lagi terima kasih kepada pihak Dorsett Putrajaya atas jemputan yang diberikan kepada patik untuk berkongsi rasa dengan ibu-ibu lain yang datang bersama dalam meraikan Sambutan Hari Ibu yang jatuh pada 13 Mei setiap tahun.
Comments
Post a Comment