SERONOK BERBUKA PUASA BERSAMA RAKAN BLOGGER DI RESTORAN DISAJI TITIWANGSA
SERONOK BERBUKA PUASA BERSAMA RAKAN BLOGGER DI RESTORAN DISAJI TITIWANGSA | Peluang untuk berbuka puasa bersama rakan blogger yang sekepala dengan patik adalah suatu yang ditunggu-tunggu oleh kami semua. Sebenarnya untuk berbuka puasa ini telah dirancang oleh rakan blogger patik iaitu Khai Artzfar dimana beliau nak sangat mengajak kami geng yang sekepala ni berbuka puasa bersama.
Seperti yang telah dibincangkan didalam group whatsapp kami akhirnya kami semua rakan blogger Amir Nawawi (www.amirnawawi.com), Khai Artzfar (www.budakpacak.com), Diya Nadia (www.pinkymomma.com) dan juga Suzai (www.sizzlingsuzai.com) akhirnya berkumpul di Restoran D'Saji Titiwangsa.
![]() | |
|
Apa yang menarik di Restoran D'Saji Titiwangsan ini adalah kerana restoran ini terapung di atas Tasik Titiwangsa. Kiranya konsep restoran terapung ini diterjemahkan didalam persekitaran disini. Selalunya patik berbuka puasa dihotel dan juga dewan yang tertutup, tapi kali ni patik berpeluang berbuka di ruang yang lebih terbuka dan dikelilingi air tasik. Memang sangat menyamankan.
![]() | |
|
Negara seperti Indonesia, Philippine, Brunei, Kembodia, Vietnam, Myanmar, Singapore dan banyak lagi, semuanya mempunyai keunikkan dalam penyediaan makanan mereka masing-masing sepeeti negara.
![]() | |
|
Sebenarnya terlalu banyak menu yang dihidangkan disini tetapi patik sempat mencuba menu daripada beberapa negara seperti Vietnam (popia Vietnam), Singapore (Murtabak Singapura), Indonesia (Bakso) dan banyak lagi. Patik yakin korang yang datang kesini memang sangat berpuas hati dengan kepelbagaian menu yang disediakan disini.
Tempat yang disediakan di Restoran D'Saji Titiwangsan memang sangat selesa dan semasa patik sampai, boleh dikatakan tempat yang disediakan semuanya dipenuhi dengan pengunjung yang datang untuk berbuka disini. Kiranya restoran ini menjadi pilihan warga kota untuk datang berbuka puasa bersama keluarga dan juga sahabat taulan.
Selain tempat yang selesa, korang jangan risau kerana disini juga mereka menyediakan ruangan solat supaya memudahkan korang semua menunaikan solat maghrib dan isyak.
Seronok jugak sekali sekala dapat lepak jumpa dengan diorang ni. Bukan saja menikmati makanan yang sedap dari Restoran D'Saji Titiwangsan, malah sempat jugalah kami melepaskan rasa hati dengan mengumpat dan mengeji sesama kami. Itu yang lebih nikmat. Heheheh.
Apa pun patik seronok datang berbuka disini dan patik mencadangkan ditahun-tahun hadapan, Restoran D'Saji Titiwangsan ini boleh menjadi lokasi berbuka puasa yang menarik untuk berbuka puasa.
![]() | |
|
Selain tempat yang selesa, korang jangan risau kerana disini juga mereka menyediakan ruangan solat supaya memudahkan korang semua menunaikan solat maghrib dan isyak.
![]() |
Kredit foto: www.sizzlingsuzai.com |
Apa pun patik seronok datang berbuka disini dan patik mencadangkan ditahun-tahun hadapan, Restoran D'Saji Titiwangsan ini boleh menjadi lokasi berbuka puasa yang menarik untuk berbuka puasa.
HARGA
Dewasa = RM85
Kanak-kanak 4-12 tahun = RM51
TELEFON
03 4021 0098
Comments
Post a Comment