HANYA BAYAR RM 1 UNTUK UJIAN SARINGAN HIV DI KLINIK KERAJAAN BAGI BAKAL PENGANTIN
HANYA BAYAR RM 1 UNTUK UJIAN SARINGAN HIV DI KLINIK KERAJAAN BAGI BAKAL PENGANTIN | Bagi korang yang mengikuti perkembangan patik, patik akan melangsungkan majlis pernikahan patik dengan Cik Tunang insyaAllah pada bulan November 2018 nanti. Untuk persiapan kearah itu, beberapa keperluan perlu patik siapkan sebelum tiba waktunya bermula dengan kursus pra-perkahwinan dan kemudian adalah ujian saringan HIV bagi bakal pengantin.
Sebagai perkongsian kali ini, patik akan kongsikan bagaimana patik melalui langkah-langkah untuk membuat ujian saringan HIV bagi bakal pengantin di Malaysia.
1. BUAT SEMAKAN LOKASI UJIAN SARIANGAN HIV DILAKUKAN
Untuk membuat ujian saringan HIV ini, korang hanya dibenarkan untuk membuat ujian di Klinik Kesihatan dan juga Hospital Kerajaan SAHAJA. Seperti patik yang bermustautin di Bandar Baru Bangi, Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi adalah klinik milik kerajaan yang paling dekat dengan kediaman patik.
Untuk pengetahuan korang, masa untuk ujian saringan berlain mengikut tempat. Seperti di Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi, mereka hanya membuka laluan bagi ujian saringan HIV bagi bakal pengantin pada hari SELASA-KHAMIS dari JAM 2.00-4.00 petang.
Untuk lebih selamat, patik cadangkan korang hubungi tempat ujian pilihan korang terlebih dahulu untuk memastikan sama ada pusat perubatan tersebut menawarkan servis ujian saringan HIV atau sebaliknya.
2. HANYA BAYARAN RM 1 DIPERLUKAN
Sebenarnya patik tidak tahu berapa yuran yang dikenakan untuk ujian saringan HIV ini sebab patik sudah membayangkan ujian ini seperti macam kita buat ujian X-RAY yang akan dikenakan caj sebanyak lebih kurang RM80-RM100 mengikut tempat.
Tetapi bagi ujian saringan HIV ini, patik hanya dikenakan caj sebanyak RM1 SAHAJA untuk perkhidmatan ini. Ya Allah terkejut patik sebab terlalu murah dan alhamdulillah semuanya mudah.
Selesai membuat pendaftaran, korang akan diberikan borang dan soal selidik untuk korang isi. Selesai semua borang tadi korang boleh serahkan terus ke bilik mengambil darah untuk ujian dilakukan.
3. UJIAN SARINGAN HIV
Untuk membuat semakan, hanya sedikit darah korang akan diambil dengan menggunakan jarum khas. Tak sakit mana pun, hanya seperti digigit semut api jeee rasa dia. Kemudian darah korang akan diletakkan diatas sejenis alat khas untuk menentukan samada korang adalah negatif atau positif penghidap HIV.
Ujian ini mengambil masa lebih kurang 30 minit sebelum keputusan dikeluarkan. Korang boleh tunggu diluar sementara keputusan disiapkan oleh petugas perubatan.
4. KEPUTUSAN UJIAN
Selepas lebih kurang 30 minit, mama korang akan dipanggil oleh staf nurse dimana disini akan menentukan samada korang adalah positif atau negatif kepada HIV. Ya Allah, masa ni patik rasakan bagai menunggu untuk terima keputusan SPM dulu haaa. Tapi alhamdulillah patik telah menerima kertas berwarna merah jambu menandakan itu adalah NEGATIF.
Untuk pengetahuan korang, simbol pada gambar diatas ini akan menentukan samada korang adalah HIV positif atau negatif. Bagi yang HIV negatif, korang dan pasangan boleh pulang selepas mendapat keputusan. Namun jika ada yang HIV positif, kebenaran anda diperlukan untuk membuat ujian pengesahan. Anda juga akan diberikan sesi bimbingan kaunseling dan sebagainya.
Diharap perkongsian patik untuk kali ini berguna untuk korang bakal-bakal pengantin batru yang akan berumahtangga tidak lama lagi. Alhamdulillah semuanya selesai dan masa untuk menyediakan borang nikah dan sebagainya.
Diharap perkongsian patik untuk kali ini berguna untuk korang bakal-bakal pengantin batru yang akan berumahtangga tidak lama lagi. Alhamdulillah semuanya selesai dan masa untuk menyediakan borang nikah dan sebagainya.
Comments
Post a Comment