SERVIS PENGHANTARAN BARANG LEBIH MUDAH DENGAN APLIKASI LALAMOVE

PENGHANTARAN BARANG LEBIH MUDAH DENGAN APLIKASI LALAMOVE

SERVIS PENGHANTARAN BARANG LEBIH MUDAH DENGAN APLIKASI LALAMOVE | Bila sebut syarikat yang membuat servis penghataran di Malaysia, patik yakin korang sering menggunakan servis yang sedia ada. Servis yang mereka berikan kadangkala

Terbaru, syarikat servis penghantaran terbaru yang berasal dari Hong Kong telah mula menjengah masuk ke Malaysia. Servis yang patik makudkan adalah aplikasi Lalamove, sebuah jenama pembekal perkhidmatan penghantaran atas permintaan yang telah berada di Malaysia selama 2 bulan. 

PENGHANTARAN BARANG LEBIH MUDAH DENGAN APLIKASI LALAMOVE

Tempoh hari patik sempat menghadiri dan melihat sendiri majlis pelancaran perkhidmatan ini dengan jayanya. Untuk pengetahuan korang, Aplilasi Lalamove diwujudkan seiring dengan pertumbuhan sektor belian atas talian dimana semua sedia maklum Malaysia mempunyai ekonomi yang sedang berkembang pesat dengan kadar penggunaan teknologi yang tinggi.


MENARIKNYA APLIKASI LALAMOVE UNTUK PENGGUNA

Yang menariknya, dengan aplikasi Lalamove ini, ia bukan sahaja boleh membantu peniagaan kecil dan sederhana, malah membantu penghataran barangan korang disekitar Kuala Lumpur dan juga seluruh Malaysia. 

Sekiranya korang mempunyai barangan yang perlu dihantar dengan jarak dekat, mereka akan menghantar barangan yang korang ingin dalam tempoh 1 jam jeee. Dengan adanya aplikasi Lalamove ini, penghantaran barangan bolah dihantar dalam beberapa minit dan bukan seperti penghantaran biasa yang mungkin memakan masa sehari dua bergantung kepada keadaan semasa. 

PENGHANTARAN BARANG LEBIH MUDAH DENGAN APLIKASI LALAMOVE

Sehingga kini, aplikasi Lalamove telah melalukan penghantaran sebanyak 300 penghantaran setiap hari dengan menggunakan kenderaan mereka samada kereta atau motorsikal. Sebanyak 200 jenama syarikat IKS telah menggunakan perkhidmatan mereka dengan dengan adaanya seramai 1800 orang pemandu yang berdaftar, aplikasi Lalamove boleh digunakan secara meluas diseluruh Malaysia. 

CAJ PERKHIDMATAN PENGHANTARAN BARANG BAGI APLIKASI LALAMOVE

Bagi korang yang ingin menggunakan perkhidmatan penghantaran barang bagi aplikasi Lalamove ini, mereka mengenakan caj bermula RM5 untuk motorsikal dan RM10 untuk kereta dan setiap kilometer yang dilalui, caj akan dikenakan mengikut kilometer dan bukan pada berat barang yang dihantar. 

PENGHANTARAN BARANG LEBIH MUDAH DENGAN APLIKASI LALAMOVE

Dengan menggunakan sistem pengiraan seperti ini, patik yakin kos overhead yang ditanggung oleh syarikat yang memberi perkhidmatan dapat dikurangkan sekaligus dapat membantu peniaga lebih berjimat sehingga lebih 70% dari segi kos penghantaran  dan pada masa yang sama ianya boleh menjana ekonomi kepada para pemandu dan juga penunggang Lalamove mendapat pendapatan sampingan melalui perkhidmatan penghantaran ini. 

PENGHANTARAN BARANG LEBIH MUDAH DENGAN APLIKASI LALAMOVE

Berita baik bagi korang diluar sana, korang boleh menggunakan promo kod GOODNEWS dimana dengan promo kod ini, korang boleh jimat sehingga RM8 untuk sekali penghantaran dan kos ini boleh digunakan sah sehingga 31 Ogos 2018.

PENGHANTARAN BARANG LEBIH MUDAH DENGAN APLIKASI LALAMOVE

Jadi apa tunggu lagi? Sekarang ini korang sudah mempunyai pilihan yang boleh korang buat sekiranya ingin menggunakan perkhidmatan penghantaran barangan dengan kadar segera pada harga yang murah dan patik yakin ianya sangat berbaloi untuk korang. Aplikasi Lalamove adalah jawapan untuk alternatif bagi penghataran korang ini.  

Untuk sebarang maklumat lanjut, korang boleh dapatkan informasi seperti dibawah:


>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM <<

Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN