PERTAMA KALI DI RESORTS WORLD KIJAL TERENGGANU

PERTAMA KALI DI RESORTS WORLD KIJAL TERENGGANU

PERTAMA KALI DI RESORTS WORLD KIJAL TERENGGANU | Bila sebut Negeri Terengganu, patik sangat suka dengan persekitaran disana. Kalau diberi peluang untuk bercuti, patik lebih seronok untuk memilih Negeri Terengganu sebagai lokasi percutian.

Bila sebut percutian dan Negeri Terengganu, patik teringat yang patik belum kongsikan lokasi percutian yang terdapat di Negeri Terengganu iaitu Resorts World Kijal yang terletak di daerah Dungun Terengganu.

Sebenarnya ini adalah kali pertama patik sampai ke Resorts World Kijal Terengganu. Berbanyak terima kasih patik ucapakan buat rakan blogger patik PenaBerkala kerana mengajak patik untuk sama-sama bercuti disana.

Percutian patik kali ini dibawakan oleh pihak Resorts World Genting dengan menariki kenderaan mereka yang sangat selesa. Perjalanan memakan masa lebih kurang 6 jam memang menyeronokkan sebab yang joint trip kali ini adalah dikalangan rakan blogger juga. Jadi memang seronokkk sangat !

PERTAMA KALI DI RESORTS WORLD KIJAL TERENGGANU

Patik sangat suka dengan dekorasi resort ini yang membuatkan patik teringat akan sebuah hotel yang terdapat di Melaka. Bila melihat anjung atap bangunan ini memang sangat menakjubkan. Mana tidaknya kalau korang tengok, bangunan gah ini menggunakan kekisi besi untuk menyambungkan besi-besi menjadi atap. Sangat wowww.

Memasuki bilik tidur patik, patik sangat suka dekorasi bilik ini yang memang berkonsepkan tepi pantai dengan cadar katil yang bermotifkan cengkerang yang berwarna-warni.

PERTAMA KALI DI RESORTS WORLD KIJAL TERENGGANU
PERTAMA KALI DI RESORTS WORLD KIJAL TERENGGANU

Korang yang datang untuk berbulan madu memang sesuai untuk datang kesini. Bukan sahaja sangat selesa tapi suasananya memang sangat mendamaikan. Patik secara peribadi memang suka dengan dekorasi yang sangat santai dan memang IN laaa dengan konsep pantai. 

PERTAMA KALI DI RESORTS WORLD KIJAL TERENGGANU

Beralih kebahagian luar Resorts World Kijal ini, apa yang korang boleh lihat adalah kolam renang yang sangat besar dan memang cantik. Melihat bangunan ini mengingatkan patik dengan sebuah kapal cruise iaitu Superstar Libra Starcruise. 

PERTAMA KALI DI RESORTS WORLD KIJAL TERENGGANU

Bila dah berada dipantai, patik rasa sangat rugi kalau korang tidak meluangkan masa untuk lepak-leoak ditepi pantai sambil menghirup udara segar. Memang sangat berlain tau korang lepak ditepi pantai dengan tempat lain. Sapa yang orang kata "orang laut" akan menggemari suasana seperti ini.

PERTAMA KALI DI RESORTS WORLD KIJAL TERENGGANU

Berbalik kepada tujuan patik sampai kesini yang dibawakan oleh Resort World Genting, sebenarnya kami kesini atas tujuan untuk melihat dan berkongsi dengan semua rakan maya apa yang menarik yang korang boleh korang lakukan di Resorts World  Kijal ini.

Untuk pengetahuan korang yang mencari tempat untuk melakukan program "team buiding", patik boleh cadangkan korang boleh datang ke Resorts World Kijal ini kerana mereka memang menyediakan perkhidmatan "team buiding".

Patik sempat mencuba beberapa permaian yang disediakan yang memang agak menguji kesabaran dan yang menariknya semua aktiviti ini dilakukan berhadapan dengan laut. Sejukkk woii mata memandang bila menghadap laut ni.

PERTAMA KALI DI RESORTS WORLD KIJAL TERENGGANU

Bila dah hati tu memang sukakan laut, setiap inci nak diabadikan didalam gambar. Mujur laa 2 manusia ni jenis yang suka melayan dan sama naik bergambar disana sini. Memang cantik laaa pantai dipersisiran Resorts World Kijal ni haa. 

Selain aktiviti "team buiding" yang korang boleh lakukan disana, mereka juga menyediakan aktiviti selain itu seperti aktiviti menanam telur penyu dan juga melepaskan anak penyu kelaut. 

PERTAMA KALI DI RESORTS WORLD KIJAL TERENGGANU

Patik sempat merasai pengalaman melepaskan anak penyu keluat. Ya ampunnn sangat comel anak-anak penyu yang kecil ini dan terbayang dikepala patik bagaimana mereka ni bila berada dilautan yang luas.

PERTAMA KALI DI RESORTS WORLD KIJAL TERENGGANU

Apa pun pengalaman yang seronok yang akan patik tinggalkan didalam blog maya ini untuk perkongsian korang nanti. Bukan sahaja bilik yang indah, fasiliti terbaik, makan yang sedap dan segalanya bagi patik adalah cukup untuk korang datang menginap di Resorts World Kijal, Terengganu ini. 



Ini ada sedikit video yang patik ambil daripada channel You Tube Pena Berkala untuk korang dapat gambaran secara jelas bagaimana aktiviti yang kami lakukan disana.

Bagi korang yang terasa nak menginap di Resorts World Awana Genting, Terengganu ini, ini ada informasi yang mungkin berguna untuk korang.


Resorts World Kijal,
KM 28, 24210, Jalan Kemaman,
Dungun, Kampung Meraga Beris,
24100, Kijal Terengganu, Malaysia






Selamat bercuti!



Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

PERCUTIAN DI CAMERON HIGHLAND BERSAMA KELUARGA PASCA COVID 19 (PART 1)