VOLUNTEER MVM APPRECIATION AWARDS 2018 ANJURAN PERTUBUHAN SUKARELAWAN MUSLIM MALAYSIA (MVM) MERIAH !!

Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM)

VOLUNTEER MVM APPRECIATION AWARDS 2018 ANJURAN PERTUBUHAN SUKARELAWAN MUSLIM MALAYSIA (MVM) MERIAH !! | Bila sebut persatuan sukarelawan yang ada di Malaysia, patik yakin korang mesti mengenali banyak nama-nama persatuan di Malaysia. Tapi adakah korang kenal Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM)?

Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM)

Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) ini bertindak sebagai platform membantu menghubungkan NGO-NGO lain dengan kerajaan, menghantar sukarelawan-sukarelawan yang ada ke NGO-NGO yang memerlukan, membantu golongan keluarga fakir miskin, anak-anak yatim, belia malah peniaga kecilan. Kiranya MVM bertindak sebagai pusat sehenti bagi membantu menyalurkan bantuan kepada orang ramai.

Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM)

Tempoh hari, patik telah berkesempatan ke majlis Volunteer MVM Appreciation Awards 2018 (VAA) yang telah diadakan dengan meriahnya di The Royal Ballroom, Bizmilla Wedding Centre, One City, Subang . Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk menyambut ulang tahun penubuhan MVM yang ke-4 dan juga memberi penghargaan kepada sukarelawan, keluarga asnaf, pekerja, penaja, rakan NGO dan rakan Media yang telah memberi sokongan penuh kepada pembangunan jenama MVM.

PENGISIAN MAJLIS VOLUNTEER MVM APPRECIATION AWARDS 2018

Pelbagai acara menarik yang disusun baik sepanjang majlis berlangsung. Untuk permulaan, majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Presiden MVM, Encik Muhammad bin Jantan dan sekaligus merasmikan VAA 2018. Yang menariknya, Encik Muhammad telah memperkenalkan 3 inisiatif baru MVM untuk tahun 2019 iaitu Pusat Tuisyen Salam, Sistem Auto debit sumbangan, dan projek penulisan #PenaMVM. Nampak agak menarik selepas mendengar informasi yang diberikan oleh Encik Muhammad itu.

Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM)


PUSAT TUISYEN SALAM

Pusat Tuisyen Salam merupakan satu inisiatif untuk memberi pendidikan percuma kepada anak-anak asnaf Pure Heart dan juga dibuka untuk orang awam dengan bayaran yang berpatutan. Ia juga merupakan salah satu inisiatif bagi menjana ekonomi MVM untuk menampung kos operasi.

SUMBANGAN DENGAN MENGGUNAKAN SISTEM AUTO DEBIT

Sistem Auto debit pula merupakan salah satu alternatif lain yang diusahakan untuk memudahkan orang awam menghulurkan sumbangan untuk program-program kebajikan dan misi kemanusiaan anjuran MVM secara tetap setiap bulan. Sistem auto debit ini boleh digunakan melalui website donation MVM iaitu www.donation.mvm.org.my dengan memilih tetapan monthly donation.

PROJEK #PENAMVM

Projek #PenaMVM pula merupakan satu projek penulisan bagi mencungkil bakat-bakat penulisan dalam kalangan sukarelawan MVM. Sukarelawan MVM yang berminat untuk menyertai projek #PenaMVM hanya perlu menghantar artikel atau cerita mereka berdasarkan topik yang dikeluarkan setiap bulan.

KEMUNCAK MAJLIS VOLUNTEER MVM APPRECIATION AWARDS 2018

Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM)

Sebagai kemuncak kepada majlis ini adalah majlis penyampaian anugerah kepada mereka yang berjasa kepada pertubuhan ini. Antara anugerah yang dipertandingkan adalah anugerah Jasa Bakti, Inspirasi, Sukarelawan Harapan, Institusi Harapan, Sukarelawan Siswa dan Di Sebalik Tabir.

Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM)

Selain itu, 5 anugerah khas telah diberikan kepada sukarelawan yang begitu komited didalam kerja yang dilakukan, keluarga asnaf MVM dan anugerah Sukarelawan MVM iaitu anugerah Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah, anugerah Prof. Dr. Muhaya, anugerah Inspirasi Pure Heart, anugerah Inspirasi Keluarga Mithali, anugerah Top Seller Jualan Tiket VAA dan anugerah Tokoh Kemanusiaan.

Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM)

Sambil-sambil melihat penerima anugerah, majlis ini tidak lupa bagi mereka yang tidak bernasib baik di Syria sana. Dengan itu mereka telah melancarkan kutipan yang dinamakan slot “5 minutes that counts” di mana kutipan dana dijalankan untuk kempen Misi Bantuan Musim Sejuk : Syria, Kami Datang 3.0. Pada penghujung majlis, dana yang berjaya dikumpulkan pada malam VAA 2018 ini telah mencapai RM 4694.70. 

PERSEMBAHAN ARTIS DI MAJLIS VAA 2018

Bagi memeriahkan malam VAA 2018, artis popular seperti Lah Ahmad dan juga Kumpulan INTEAM tampil memeriahkan majlis pada malam tersebut. 

Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM)
Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM)

Sesiapa yang membesar dengan lagu-lagu nyanyian Lah Ahmad & Kumpulan INTEAM pasti boleh menyanyi bersama lagu-lagu alunan mereka. Meriah sangat malam tersebut. 

Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM)

Apa pun terima kasih diucapkan kepada pihak Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) kerana menjemput patik dan rakan blogger lain ke majlis yang indah ini. Bagi korang yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pertubuhan ini dan ingin memberikan sumbangan kepada pertubuhan ini, berikut adalah infromasi yang boleh korang gunakan. 

Email: 
salam@mvm.org.my

Telefon: 
+603-8074 0434

Alamat: 
Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia
No 12-1, Jalan Merbah 2, 
Bandar Puchong Jaya, 
47170 Puchong, Selangor

Akaun Sumbangan:
Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia:
Maybank (56480 164 7699)
CIMB (8602 5378 07)
Bank Islam (1230 0010 0030 65)
Emel : account@mvm.org.my

>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM | TWITTER <<


Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN