NCIG PRODUK ALTERNATIF BANTU RAKYAT MALAYSIA BERHENTI MEROKOK DALAM TEMPOH KURANG EMPAT BULAN

NCIG PRODUK ALTERNATIF BANTU RAKYAT MALAYSIA BERHENTI MEROKOK DALAM TEMPOH KURANG EMPAT BULAN

NCIG PRODUK ALTERNATIF BANTU RAKYAT MALAYSIA BERHENTI MEROKOK DALAM TEMPOH KURANG EMPAT BULAN | Tahun demi tahun patik yakin jumlah perokok di Malaysia adalah meningkat dan mengikut statistik Kementerian Kesihatan, sejumlah 10,000 orang rakyat Malaysia mati akibat daripada rokok dan jumlah ini sangat membimbangkan. Daripada jumlah itu apa yang patik terbaca, sebanyak 27.3 billion batang setahun telah direkodkan. Nampak agak seram bukan?

Pelbagai inisiatif telah dilakukan pihak kerajaan termasuklah dengan meningkatkan harga rokok kepada 1 harga yang bagi patik agak tinggi dengan harapan dapat mengurangkan bilangan rokok yang dihisap oleh perokok. Tapi malangnya semuanya bagaikan tidak berhasil. 

Shariffuddin Bujang ketika memberi penerangan produk di perasmian NCIG di Kuala Lumpur Performing Arts Centre, Sentul Malaysia
Shariffuddin Bujang ketika memberi penerangan produk di perasmian NCIG di Kuala Lumpur Performing Arts Centre, Sentul Malaysia 
Terbaru NCIG khabarnya telah berjaya membantu 60,000 rakyat Malaysia untuk berhenti merokok dalam tempoh kurang 4 bulan. Lebih menarik lagi, produk dalam bentuk peranti ini telah mencetuskan fenomena luar biasa dalam kalangan rakyat Malaysia apabila menjadi buah mulut bagi perokok tegar yang berjaya menhilangkan ketagihan merokok sejurus beralih kepada NCIG.

Menurut pengasas NCIG, Shariffuddin Bujang, beliau adalah pengguna pertama NCIG memandangkan dirinya seorang perokok tegar sejak di bangku sekolah. “Saya adalah pengguna pertama NCIG. Selepas berjaya berhenti merokok lebih setahun dengan menggunakan peranti ini, barulah saya yakin untuk menjual produk ini kepada umum." 

Suasana booth NCIG ketika di acara Malaysia International Vape Summit 2019, awal minggu lalu
Suasana booth NCIG ketika di acara Malaysia International Vape Summit 2019, awal minggu lalu 
 “Pihak kami sangat bersyukur dan berterima kasih dengan maklum balas dan sambutan luar biasa yang diterima. Dalam tempoh kurang empat bulan NCIG sudah berjaya terjual lebih 60,000 unit di Malaysia. 

“Kejayaan NCIG ini adalah hasil sokongan anda semua. Malah kualiti produk yang dibawakan ini memang dicipta khas untuk menjamin kepuasan seorang perokok. Seterusnya, membantu mereka untuk berhenti merokok secara total. 

“Saya juga amat teruja apabila sambutan baik turut diterima dalam kalangan selebriti dan salah satu maklum balas positif yang saya dapat adalah daripada seorang   warga emas berumur 70 tahun yang kini  sudah meninggalkan tabiat  itu selepas 20 tahun menjadi perokok tegar,” katanya. 

Tambah Shariffuddin atau lebih mesra disapa sebagai Pakdin, peranti yang kini hadir dengan dua warna iaitu hitam dan merah itu dibangunkan sepenuhnya di tempat kelahirannya iaitu Tampin, Negeri Sembilan manakala pemasangannya dilakukan di China.

Media Social Media Influencer Majlis Perasmian NCIG
Media Social Media Influencer Majlis Perasmian NCIG
Menyimpan segudang impian, Pakdin berharap produk ini berjaya membantu masyarakat untuk berhenti merokok selain menjadi satu trend baharu. 

“Harapan saya sangatlah besar iaitu ingin melihat lebih 1 juta perokok berubah kepada NCIG dan menjalani gaya hidup sihat sebelum menjelang tahun 2020. 

“Kami sangat optimis untuk membantu masyarakat Malaysia dan seluruh dunia untuk berhenti merokok dan mencuba peranti yang sudah membantu ramai masyarakat hari ini,” katanya. 

Dalam pada itu, NCIG akan membuka cawangan pertama di Malaysia yang terletak di Desa Sri Hartamas pada 27th April 2019.

NCIG LEBAR SAYAP KE INDONESIA 

Pengarah Urusan NCIG Malaysia dan Indonesia pada Majlis Perasmian NCIG di Balai Kartini, Indonesia
Pengarah Urusan NCIG Malaysia dan Indonesia pada Majlis Perasmian NCIG di Balai Kartini, Indonesia
Selepas kejayaan demi kejayaan dilakar, NCIG tidak menunggu lama untuk melebarkan sayap ke Indonesia. Sehingga kini, lebih 10,000 peranti NCIG sudah dipasarkan ke Indonesia pada fasa pertama dan rata-rata memberi respon yang sangat baik.

NCIG di Indonesia adalah peranti  elektrik bercukai pertama yang mendapat persetujuan dari Direktorat Jenderal Bea dan Cukai ( DBJC) di Indonesia kerana mereka menjelaskan bahawa 1.2 juta penduduk Indonesia menggunakan rokok elektrik.

Sesi percubaan NCIG pertama di Indonesia pada Majlis Perasmian NCIG di Balai Kartini, Indonesia
Sesi percubaan NCIG pertama di Indonesia pada Majlis Perasmian NCIG di Balai Kartini, Indonesia 
“Target kami di Indonesia juga menjangkau 1 juta unit starter kit kerana permintaan pasaran yang tinggi terutama bagi mereka yang ingin berhenti merokok.

“Kami sangat berkomitmen tinggi demi membangun produk ini. Kami kini dalam perancangan untuk membangunkan kilang di Bandung. 

Kepada anda yang masih mencari alternatif untuk berhenti merokok boleh layari website www.ncig.com.my/shop ataupun mengikuti di Instagram @ncigmy

Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN