MZ GARDEN HALL BANGI LOKASI PILIHAN ADAKAN PELBAGAI JENIS MAJLIS

MZ GARDEN HALL BANGI LOKASI PILIHAN ADAKAN PELBAGAI JENIS MAJLIS

MZ GARDEN HALL LOKASI PILIHAN ADAKAN PELBAGAI JENIS MAJLIS | Siapa yang mengikuti perjalanan hidup patik dan isteri patik, pasti mereka tahu bagai keadaan majlis patik yang patik lakukan tempoh hari. 

MZ GARDEN HALL BANGI LOKASI PILIHAN ADAKAN PELBAGAI JENIS MAJLIS

Untuk entri perkongsian kali ini, ni adalah perkongsian jujur yang mana patik telah menggunakan khidmat mereka untuk majlis persandingan patik dan isteri di MZ Garden Hall yang terletak di Kampung Abu Bakar Baginda, Bangi. Memang tidak jauh dari rumah patik menjadikan lokasi ini strategik untuk patik. 

MENARIKNYA MZ GARDEN HALL BANGI 

Ada orang bertanya dekat patik kenapa memilih MZ Garden Hall ni untuk majlis patik? Semuanya bermula apabila mereka mengadakan hari terbuka dan disana semuanya bermula. Patik sebenarnya telah membuat survey beberapa lokasi sebelum membuat keputusan. Ada yang harganya bagai nak terpelanting dan bagi patik, bersederhana adalah lebih baik.

MZ GARDEN HALL BANGI LOKASI PILIHAN ADAKAN PELBAGAI JENIS MAJLIS

Melangkah masuk kedalam ruang dewan korang akan berasa teruja dengan dekorasinya yang sangat indah. Ini adalah apa yang patik ambil perhatian. Biar orang kata tidak berapa mahal, tetapi keadaan dan suasananya nampak gah dimata masyarakat. Konsep didalam "taman syurga" mungkin diadaptasikan didalam perhiasan mereka. 

MZ GARDEN HALL BANGI LOKASI PILIHAN ADAKAN PELBAGAI JENIS MAJLIS

Kiranya apa yang mereka sediakan ini lengkap dan cukup dengan persiapan sebuah majlis. Kadang tu kalau buat majlis dekat rumah, korang kena fikir pula bagaimana perhiasan supaya suasana sebuah majlis akan menjadi lebih meriah. Tetapi di MZ Garden Hall ini semuanya sudah tersedia. Cumanya korang perlu berbincang dengan pihak dewan konsep bagaimana majlis korang akan berlangsung. 

MZ GARDEN HALL BANGI LOKASI PILIHAN ADAKAN PELBAGAI JENIS MAJLIS

Konsep terbuka di dewan MZ Garden Hall ini. memberi keselesaan kerana ruangan yang luas dan terbuka ini orang kata luas mata memandang dan tidak rasa terkepung laa kan. Jangan risau dengan panas kerana didalam dewan ini, mereka menyediakan air cooler yang akan memberi kedinginan kepada korang apabila datang berkunjung kesini. 

MZ GARDEN HALL BANGI LOKASI PILIHAN ADAKAN PELBAGAI JENIS MAJLIS

Macam majlis patik aritu, siap persembahan tarian kebudayaan patik sajikan kepada tetamu yang datang ke majlis patik. Sebenarnya patik inginkan sesuatu yang lain dari yang lain dan semua ini adalah perancangan yang tidak sengaja memandangkan konsep yang patik bayangkan adalah majlis didalam sebuah istana yang siap dengan tarian dan pengiring bagai anak raja. 

 KEMUDAHAN DI DEWAN MZ GARDEN HALL BANGI

Di Dewan MZ Garden Hall ini, mereka mengamalkan konsep semua pada 1 harga. Untuk majlis yang patik lakukan disana, perbincangan dengan Pengurus Majlis, Cik Asyikin sangatlah mudah yeee. Apa yang diberitahu kesemua harga yang akan patik langsaikan adalah termasuk:
  • Makanan tetamu
  • Makanan beradap pengantin
  • Hiasan pelamin termasuklah baju pengantin & makeup
  • Bilik bersiap untuk pengantin
  • Hiasan dewan
  • Pelayan
  • Pengacara majlis & DJ
  • Ruang parking yang luas
MZ GARDEN HALL BANGI LOKASI PILIHAN ADAKAN PELBAGAI JENIS MAJLIS

Melihat apa yang akan diberikan, patik bersetuju memandangkan bila patik fikir balik, kos untuk buat majlis dirumah adalah lebih kurang sama dan mungkin lebih senang dan mudah untuk patik buat majlis disini. 

MZ GARDEN HALL BANGI LOKASI PILIHAN ADAKAN PELBAGAI JENIS MAJLIS

Bila menyebut bab menu yang ditawarkan disini, patik secara jujurnya tertarik dengan menu yang diberikan disini. Bukan tempat lain tidak sedap. Tapi bila melihat menu dan pakej yang diberikan kepada patik, patik dalam hati "ambil yang ni jeeee laaa". Makan sedap & semuanya memang sedap. 

MZ GARDEN HALL BANGI LOKASI PILIHAN ADAKAN PELBAGAI JENIS MAJLIS
MZ GARDEN HALL BANGI LOKASI PILIHAN ADAKAN PELBAGAI JENIS MAJLIS

Selesai segala perbincangan dengan pihak pengurusan, akhirnya majlis yang patik rancangkan telah menjadi realiti. Sebuah majlis yang sederhana tetapi meriah penuh dengan konsep tradisional termasuklah dayang-dayang, bendahara yang gagah serta tarian yang melengkapkan suasana. Alhamdulillah sangat dengan segala persiapan yang diberikan oleh pihak MZ Garden Hall kepada patik dan keluarga. 

MZ GARDEN HALL BANGI LOKASI PILIHAN ADAKAN PELBAGAI JENIS MAJLIS

Bagi korang yang masih mencari lokasi untuk sebarang majlis seperti majlis perkahwinan, majlis makan malam atau apa jua majlis, korang boleh dapatkan khidmat mereka di MZ Garden Hall, Bangi. Patik sangat berpuas hati dengan perkhidmatan mereka !!

MZ GARDEN HALL BANGI LOKASI PILIHAN ADAKAN PELBAGAI JENIS MAJLIS

LOKASI: 
MZ GARDEN HALL
Lot 5057, Jalan Utama,
Kampung Dato Abu Bakar Baginda, 
43650 Bangi, 

TELEFON:
+60 14-318 0070 - Syazwan

>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM <<


Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN