FOOD MONGER PORT MAKAN BARU DI CYBERJAYA
FOOD MONGER PORT MAKAN BARU DI CYBERJAYA | Bagi kaki makan, patik yakin korang mesti jenis yang akan memburu lokasi viral yang menjadi lokasi makanan menarik bukan? Ni patik nak kongsikan lokasi baru di Cyberjaya yang mungkin boleh menjadi lokasi lepak korang bersama keluarga dan juga sahabat handai.
FOOD MONGER LOKASI TARIKAN TERBARU DI CYBERJAYA
Food Monger yang terletak di Cyberjaya ini boleh patik katakan lokasi terbaru bagi pemburu makanan yang gemarkan sesuatu yang baru dan ini mungkin antara senarai lokasi yang wajib korang cuba.
Tempoh hari patik telah datang sendiri ke Food Monger sendiri yang terletak di Tamarind Square. Sebuah tempat yang boleh patik kelaskan sebagai mini food court ini dibuka seawal 8 pagi dan akan ditutup pada jam 2 pagi. Jadi korang boleh luangkan masa untuk makan santai disini dengan lebih lama sehingga lewat malam.
MENU MENARIK DI FOOD MONGER
Apa yang menarik di Food Monger ni korang boleh menikmati pelbagai jenis menu makanan dan minuman termasuklah makanan daripada beberapa selebriti yang turut serta meniaga dilokasi ini. Food Monger mula beroperasi bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 2.00 pagi. Jadi korang punya banyak masa untuk datang kesini bagi menikmati pelbagai jenis menu yang terdapat disini.
Yang menariknya di Food Monger ini,menu mereka bermula daripada menu ekonomi sehinggalah yang lebih eksklusif seperti stick, lobster dan sebagainya. Kiranya korang dari pelbagai lapisan masyarakat boleh menikmati hidangan yang lebih ekslusif pada harga yang berpatutuan. Selain makanan yang sedia ada, terdapat vendor lain yang turut menjadi penambah menu disini seperti Ayo Fried Chicken, Fam Fries Kitchen dan juga 311 Satay.
AYO FRIED CHICKEN
Pasti korang aneh dengan fried chicken yang ada dengan Ayo Fried Chicken ini. Apa yang dikongsikan oleh pemilik jenama ini iaitu saudara Zahirudin Ariffin, Ayo Fried Chicken ini lain dari yang lain adalah terletak pada tepung gorengan dan juga pada cheese (resepi rahsia) yang melimpah ini.
Hari demi hari, jenama Ayo Fried Chicken menjadi Ayam Goreng Cheese yang cukup popular. Mereka ada jual 3 jenis set Ayo Fried Chicken di Food Monger ni iaitu set 12 ketuls, set 9 ketul dan set 6 ketul.
>> INSTAGRAM <<
FAM FRIES KITCHEN
Selain Ayo Fried Chicken, menu lain seperti juga agak menarik bagi patik. Apa yang menariknya apabila kentang goreng digabung dengan topping yang menarik bagi menambahkan lagi rasa Fam Fries Kitchen ini.
Siapa sangka, jenama Fam Fries Kitchen ini adalah dimiliki oleh seorang pelakon iaitu Aedy Ashraf dimana beliau telah menjadikan perniagaan ini salah satu mata pencairan beliau selain bidang lakonan yang menjadi antara keutamaan Aedy Ashraf.
>> INSTAGRAM <<
311 SATAY
311 Satay juga menyediakan pelbagai jenis satay seperti ayam, daging, rusa, kambing dan banyak lagi pilihan yang boleh pelanggan di Food Monger buat pilihan. Selepas ini 311 Satay boleh menjadi alternatif rasa satay kepada jenama-jenama lain yang ada dipasaran.
>> INSTAGRAM <<
Jadi apa tunggu lagi, kalau korang mencari tempat lepak di Cyberjaya, patik cadangkan korang datang lepak di Food Monger. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang tempat ini, korang boleh dapatkan seperti berikut:
Food Monger Cyberjaya
C-01-03, Tamarind Square,
Persiaran Multimedia, Cyberjaya,
63000 Cyberjaya, Selangor
Comments
Post a Comment