GRAND DORSETT SUBANG BUAT PROMOSI HEBAT SEHINGGA HUJUNG TAHUN 2021
GRAND DORSETT SUBANG BUAT PROMOSI HEBAT SEHINGGA HUJUNG TAHUN 2021 | Patik yakin antara tarikan yang menarik untuk korang pilih bagi menginap disesebuah hotel adalah promosi hebat yang mereka buat bukan? Untuk entri kali ini patik nak kongsikan pengalaman patik menginap disebuah hotel bertaraf 5 bintang iaitu Grand Dorsett Subang.
Kenapa patik memilih Grand Dorsett Subang ini kerana mereka ada buat promosi hilang akal yang boleh patik katakan bermula 1 April 2019 sehingga 31 Disember 2021. Haaa lama bukan? Jadi peluang macam ni laa yang patik akan sambar. Hehehe.
GRAND DORSETT SUBANG BUAT PROMSOI HEBAT
![]() |
Promosi penginapan selama 26 jam |
PROMOSI MENGINAP SELAMA 26 JAM
Seperti kebiasaan hotel biasa menawarkan penginapan bermula jam 2 petang sehingga jam 12 tengahari keesokkannya kan? Tapi untuk promosi menginap selama 26 jam di Grand Dorsett Subang, mereka akan membenarkan korang boleh menginap selama 26 jam. Yang lebih menarik korang berpeluang untuk daftar masuk ke hotel secara flexible time mengikut kekosongan bilik yang mereka sediakan. Korang nak masuk tengah malam ke, pagi buta ke terpulang pada korang dan akhirnya korang akan menginap selama 26 jam. Hehehe.
Untuk mendapatkan promosi ini, korang kena ikuti langkah ini sebelum menikmati semua yang patik ceritakan tadi.
- Tempahan hanya SAH melalui laman web SAHAJA
- Tempahan hendaklah dibuat 72 jam SEBELUM menginap
Untuk maklumat lanjut, korang boleh ke laman web dibawah:
>> WEBSITE BOOKING <<
DORSETT 3 WISHES
Selain promosi menginap selama 26 jam di Grand Dorsett Subang, mereka juga mengadakan promosi yang dipanggil "Dorsett 3 Wishes" dimana korang yang membuat tempahan untuk bilik jenis Dorsett Room SAHAJA dapat menikmati promosi ini.
Promosi "Dorsett 3 Wishes" ini memberi peluang kepada pengunjung untuk memilih 3 daripada 6 senarai perminataan yang mereka sediakan. 6 permintaan yang diberikan adalah:
- Menaik taraf Bilik Dorsett ke Bilik Deluxe untuk setiap penginapan
- Satu botol Dorsett Signature Cookies untuk setiap penginapan
- Sarapan Pagi untuk 2 orang di Terazza Brasserie (Harian)
- Perkhidmatan Iron untuk 2 pakaian untuk setiap penginapan
- Dorsett Mocktail untuk 2 orang di Piano Lounge bermula dari jam 5.00 petang - 8.00 malam
- Perkhidmatan Set Minibar untuk setiap penginapan. (*tertakluk kepada minimum 2 malam menginap)
- Satu botol Dorsett Signature Cookies untuk setiap penginapan
- Perkhidmatan Iron untuk 2 pakaian untuk setiap penginapan
- Dorsett Mocktail untuk 2 orang di Piano Lounge
![]() |
Satu botol Dorsett Signature Cookies untuk setiap penginapan |
![]() |
Dorsett Mocktail untuk 2 orang di Piano Lounge |
![]() |
Perkhidmatan Iron untuk 2 pakaian untuk setiap penginapan |
Untuk lebih lanjut mengenai promosi ini, korang boleh lawati laman web mereka seperti dibawah ini.
>> PROMOSI DORSETT 3 WISHES <<
DIMSUM HALAL DI RESTORAN THE EMPEROR
![]() |
Restoran The Emperor |
Sebenarnya patik dan rakan-rakan blogger lain sering kali makan di Restoran The Emperor, Grand Dorsett Subang ini untuk menikmati buffet dimsum yang mereka tawarkan. Ya Allah memang semuanya memang sedap dan disediakan secara segar dari dapur.
![]() |
Dimsum halal di Restoran The Emperor |
Yang lebih menarik, dimsum disini semuanya adalah HALAL dan tidak perlu diragui lagi. Sebab itulah kami sering datang kesini untuk menikmati dimsum mereka disini.
![]() |
Dimsum halal di Restoran The Emperor |
Jadi apa tunggu lagi untuk datang ke Restoran The Emperor, Grand Dorsett Subang bagi menikmati keenakkan hidangan dimsum HALAL yang mereka sediakan.
Comments
Post a Comment