CARA MENGURUSKAN URI BAYI BARU LAHIR
CARA MENGURUSKAN URI BAYI BARU LAHIR | Ini adalah pengalaman patik pertama kali didalam hidup apabila menjadi tanggungjawab patik untuk menguruskan uri anak patik yang baru lahir. Memang agak kekok dan sedikit gugup. Tapi alhamdulillah patik pernah melihat ayah patik memcuci uri anak buah patik yang lain dan mujur ada ibu mertua patik yang memberi sokongan untuk melakukan sendiri.
Untuk menguruskan uri yang baru lahir, ianya sesuatu yang agak mudah, cuma memerlukan sedikit kesabaran dan juga mulut disunatkan untuk selawat keatas nabi dan mendoakan kehidupan bayi yang baru lahir ini akan sentiasa diberikan semua kebaikan.
CARA MENYEMPURNAKAN URI BAYI YANG BARU LAHIR
Seperti yang patik ceritakan pada awal, entri ini adalah perkongsian patik berkenaan cara menyempurnakan uri anak patik yang baru lahir tempoh hari dan ini adalah cara yang mudah patik lakukan.
URI DARI HOSPITAL
Uri yang dibungkus itu kalau korang nak terus sempurnakan dia lagi bagus atau boleh simpan didalam peti sejuk dibahagia
Kebetulan baby patik lahir jam 3.38 pagi, dalam keadaan mengantuk patik bergegas ke hospital, maka uri yang patik dapat daripada hospital patik simpankan sekejap didalam bahagian sejuk beku sementara untuk menguruskannya nanti. Jadi patik sempat melelapkan mata sekejap.
MENCUCI URI
Ini adalah proses yang agak tragis kerana ini adalah pengalaman patik pertama kali. Uri ini adalah boleh patik katakan 'peneman' bayi korang sepanjang didalam perut dan melalui uri jugalah segala zat makanan dan bahan kumuhan juga melaluinya.
Cara mencuci uri adalah sangat mudah.
1. Alirkan air dengan perlahan
2. Cuci darah yang ada pada uri sehingga basuhan menjadi jernih dari warna merah
3. Cuci dengan menggunakan garam dan juga asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir darah pada uri
4. Toskan lebihan air cucian dan kemudian bungkus uri dengan kain putih
TANAM URI
URI DARI HOSPITAL
![]() |
Uri dari hospital |
Kalau bersalin secara normal, korang akan diberikan sebungkus yang mana didalamnya sudah terisi uri anak korang. Alhamdulillah isteri patik melahirkan baby secara normal. Kalau melalui pembedahan tu patik tidak tahu bila korang akan terima uri tu nanti yee.
Uri yang dibungkus itu kalau korang nak terus sempurnakan dia lagi bagus atau boleh simpan didalam peti sejuk dibahagia
Kebetulan baby patik lahir jam 3.38 pagi, dalam keadaan mengantuk patik bergegas ke hospital, maka uri yang patik dapat daripada hospital patik simpankan sekejap didalam bahagian sejuk beku sementara untuk menguruskannya nanti. Jadi patik sempat melelapkan mata sekejap.
MENCUCI URI
Ini adalah proses yang agak tragis kerana ini adalah pengalaman patik pertama kali. Uri ini adalah boleh patik katakan 'peneman' bayi korang sepanjang didalam perut dan melalui uri jugalah segala zat makanan dan bahan kumuhan juga melaluinya.
Cara mencuci uri adalah sangat mudah.
1. Alirkan air dengan perlahan
2. Cuci darah yang ada pada uri sehingga basuhan menjadi jernih dari warna merah
3. Cuci dengan menggunakan garam dan juga asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir darah pada uri
4. Toskan lebihan air cucian dan kemudian bungkus uri dengan kain putih
TANAM URI
Selesai mencuci uri, uri tadi korang boleh tanam dengan cara yang terhormat dimana setiap bahagian yang ada pada badan hendaklah disempurnakan dengan cara yang elok dan baik. Jadi uri juga adalah sebahagian daripada badan juga hendaklah disempurnakan dengan cara yang baik.
Cara yang akan patik kongsikan ini adalah cara biasa yang dilakukan untuk menyempurnakan uri. Untuk menanam uri adalah seperti berikut:
1. Lubang galian hendaklah agak dalam supaya tidak dapat digali oleh binatang lain
2. Uri yang telah dicuci dan dibungkus diletakkan didalam lubang yang telah digali tadi sambil berselawat dan berniat semua yang baik-baik untuk bayi yang akan terus hidup.
3. Kambus tanah dan kejapkan tanah supaya ianya padan dan letakkanlah seketul batu sebagai pemberat supaya binatang lain boleh menggalinya.
Demikanlah sedikit perkongsian patik untuk korang semua. Ini adalah pengalaman patik untuk kelahiran anak patik yang pertama ini. Semoga perkongsian patik ini dapat digunakan dimasa hadapan.

Comments
Post a Comment