RETRO KLANG 2019: TINGKATKAN NILAI BUDAYA MALAYSIA MELALUI PEMAKAIAN

RETRO KLANG 2019: TINGKATKAN NILAI BUDAYA MALAYSIA MELALUI PEMAKAIAN

RETRO KLANG 2019: TINGKATKAN NILAI BUDAYA MALAYSIA MELALUI PEMAKAIAN | Tempoh hari patik dan rakan lain telah menyertai program yang sangat unik bagi patik kerana penganjur telah menaikkan semula tradisi pemakaian orang lama atau dengan kata lain, pemakaian berkonsep retro yang dinamakan RETRO KLANG.

Retro Klang 2019
Retro Klang 2019
Retro Klang adalah sebuah program 'flash mob" awam yang julung kali diadakan di Negeri Selangor dengan tujuan memperkenalkan lagi keindahan Negeri Selangor khasnya Klang Bandar DiRaja bersempena tibanya bulan kemerdekaan Malaysia

Koc sewa khas Keretapi Tanah Melayu
Koc sewa khas Keretapi Tanah Melayu
Kalau korang pernah mengikuti program Keretapi Sarong, Retro Klang ini adalah kesinambungan program daripada program Keretapi Sarong yang sudah dikenali orang ramai dan sudah semestinya memang menarik. 

Retro Klang 2019
Retro Klang 2019
Menariknya program ini, korang akan bergerak dari satu tempat ke tempat lain hanya menggunakan kenderaan awam seperti Komuter, LRT, MRT dan sebagainya. Seperti yang diberitahu, semua peserta Retro Klang akan berkumpul di KL Sentral tepat jam 8.30 pagi dan kami semua disediakan koc sewa khas daripada Keretapi Tanah Melayu dibawakan oleh KTM Holiday yang telah diubahsuai menjadi sebuah koc yang berkonsep yang sangat menarik sesuai dengan konsep retro. 

Busana Melayu
Busana Melayu
Untuk program Retro Klang ini, patik dan rakan patik telah memilih pemakaian berkonsep Busana Melayu lengkap dengan tanjak dan juga pemakaian seperti masyarakat melayu dahulu. Ini adalah kali pertama patik mengenakan pemakaian seperti ini dan patik rasa aura bila memakainya. 

Persembahan gamelan
Persembahan gamelan
Pelbagai aktiviti dirancang sepanjang Retro Klang
Pelbagai aktiviti dirancang sepanjang Retro Klang
Pelbagai aktiviti yang dilakukan setibanya di Pekan Klang Bandar DiRaja seperti tarian joget Selangor, permainan rakyat dan banyak lagi aktiviti yang dirancang sepanjang seharian program disana.

Retro Klang 2019
Tahniah buat penganjur yang menganjurkan program Retro Klang 2019 yang bagi patik sesuatu yang menarik dan sekalibus boleh meningkatkan pengetahuan rakyat Malaysia tentang sejarah kita Malaysia dan akhirnya menghargai keamanan sebuah negara yang dinamakan Malaysia.

Kredit foto: www.mawardiyunus.com


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN