BUSANA MELAYU KLASIK DARI BIN MANSUR
BUSANA MELAYU KLASIK DARI BIN MANSUR | Bila sebut busana melayu klasik, patik memang sangat sukakan konsep busana ini bila tiba pada temanya. Patik teringat bila melihat busana melayu ini akan patik teringat drama melayu yang pernah ditayangkan di TV3 ke kalau tidak silap patik.
Bermula dengan itu, patik pernah menyimpan angan-angan untuk mengenakan busana melayu ini untuk digunakan bersempena program Retro Klang yang akan berlangsung bersempena dengan Hari Malaysia 2019.
![]() |
Busana Melayu dari Bin Mansur |
Patik dengan rakan blogger patik bercadang untuk memakai pakaian berbentuk busana melayu lama. Tetapi ada masalah dimanakah busana melayu untuk patik dapatkan pakaian seperti ini untuk kami gayakan semasa Retro Klang nanti.
Sebelum itu, meh sini patik ceritakan apa itu Retro Klang. Retro Klang adalah sebuah program berkumpulan dimana semua warga Malaysia dialukan untuk ramai-ramai berkumpul di Bandar Diraja Klang untuk mengembalikan kenangan zaman dahulu.
![]() |
Busana Melayu dari Bin Mansur |
Berbalik dengan permasalahan patik dengan busana melayu ini, patik telah membuat status di Facebook dan salah seorang rakan patik telah mencadangkan Butik Bin Mansur. Kebetulan Butik Bin Mansur ini terletak di Kajang, Selangor, ianya memudahkan patik untuk sampai kelokasinya.
Apa yang menariknya bila patik sampai ke rumah En. Herin. pemilik Butik Bin Mansur apabila beliau banyak berkongsi dengan kami cerita disebalik busana melayu. Patik sebagai anak muda yang ingin mencuba busana melayu dan memang berminat dengan kisah busana melayu ini sangat hebat yeee.
![]() |
Busana Melayu dari Bin Mansur |
Baru patik tahu bagaimana jenis busana yang sesuai serta konsep yang sesuai digayakan untuk sesebuah majlis. Untuk program Retro Klang yang berkonsep santai, En. Herin mencadangkan cara pemakainan yang lebih santai dan bukan jenis yang meriah-meriah
![]() |
Busana Melayu dari Bin Mansur |
Kalau korang lihat koleksi busanan yang patik kongsikan ini, korang boleh lihat memang pelbagai jenis koleksi yang boleh digunakan mengikut konsep apa yang korang inginkan. Patik sendiri bagai nak pitam melihat koleksi yang memang cantik sangat.
![]() |
Busana Melayu dari Bin Mansur |
Bagi patik, En. Herin ni merupakan seorang yang begitu aktif dalam menonjolkan lagi kehebatan busana melayu setanding dengan pakaian biasa. Kalau korang ikuti media sosial En. Herin, korang boleh dapati yang beliau sering mengikuti program berkumpul dengan rakan-rakan yang aktif berbusana melayu. Seronok patik tengok.
![]() |
Busana Melayu dari Bin Mansur |
Jadi ini adalah rupa pemakaian busana patik yang telah patik dapati di Butik Bin Mansur. Bagi korang yang berminat dan mencari busana melayu, korang boleh datang sendiri ke Butik Bin Mansur dan korang akan dibantu dari segi khidmat nasihat sehinggalah korang berjaya menggayakan busana melayu itu sendiri.
Bagi korang yang inginkan maklumat lanjut berkenaan busana melayu ini, korang boleh dapatkan maklumat seperti berikut:
Butik Bin Mansur
018- 6642 568 (En. Herin)
Comments
Post a Comment