ISU KEBOLEHPASARAN GRADUAN DIBENGKELKAN DIPRIMULA BEACH HOTEL KUALA TERENGGANU

ISU KEBOLEHPASARAN GRADUAN DIBENGKELKAN DIPRIMULA BEACH HOTEL KUALA TERENGGANU | Tempoh hari patik berpeluang untuk menghadiri bengkel bersama pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk perancangan strategi bagi tahun 2020 yang berlokasi di Primula Beach Hotel. 

ISU KEBOLEHPASARAN GRADUAN DIBENGKELKAN DIPRIMULA BEACH HOTEL KUALA TERENGGANU

Jujur patik boleh katakan, sejak patik bertukar lokasi bertugas banyak ilmu baru yang patik belajar. Isu Kebolehpasaran Graduan adalah suatu isu yang menjadi permainan patik sekarang untuk portfolio kerja patik di UPM. Berurusan dengan pihak kementerian terus juga adalah suatu peluang yang tidak pernah patik bayangkan. Yaaaa ini adalah sebuah pengalaman baru bagi patik.

Berbalik kepada kisah bengkel yang patik ceritakan pada mula tadi, yaaa patik berpeluang melihat sendiri isi Kebolehpasaran Graduan dibincangkan diperingkat lebih tinggi dan patik sebagai orang yang terlibat secara langsung berkesempatan dijemput untuk melihat dengan lebih global apa yang berlaku diperingkat atasan. 

ISU KEBOLEHPASARAN GRADUAN DIBENGKELKAN DIPRIMULA BEACH HOTEL KUALA TERENGGANU
ISU KEBOLEHPASARAN GRADUAN DIBENGKELKAN DIPRIMULA BEACH HOTEL KUALA TERENGGANU

Pada mulanya patik nak bawak wife dan anak patik ke Kuala Terengganu ni, tapi apakan daya tentatif yang begitu padat dan juga bengkel ini berlangsung pada waktu kerja yang memerlukan wife patik korbankan cuti beliau sebanyak 4 hati, maka cadangan ini terpaksa dibatalkan dan beranggapan 4 hari cuti boleh digunakan oleh wife patik sekiranya anak kami tidak sihat. 

ISU KEBOLEHPASARAN GRADUAN DIBENGKELKAN DIPRIMULA BEACH HOTEL KUALA TERENGGANU

Terima kasih berbanyak patik ucapkan kepada Pengarah, Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Ali, yang sangat menyokong kerjaya patik dan memberi peluang untuk mengembangkan pengetahuan patik pada ruang kerja patik. Beliau bagi patik majikan yang banyak memberi patik peluang untuk membesar disini. Banyak yang patik belajar. 

Berbalik kepada bengkel ini, bengkel ini adalah bertujuan melihat pencapaian 2019 dan merancang agenda kebolehpasaran graduan pada tahun 2020. Bengkel ini dibahagi kepada 3 peringkat. Pertama adalah sesi pemilihan kertas cadangan yang boleh dibawa keperingkat nasional dan kedua adalah membuat presentation kertas cadangan diperingat IPT dan akhir sekali adalah berkongsian berkenaan isu kebolehpasaran graduan secara menyeluruh. 

ISU KEBOLEHPASARAN GRADUAN DIBENGKELKAN DIPRIMULA BEACH HOTEL KUALA TERENGGANU
ISU KEBOLEHPASARAN GRADUAN DIBENGKELKAN DIPRIMULA BEACH HOTEL KUALA TERENGGANU

Untuk membawa kertas cadangan keperingkat nasional, kami perlu bersama-sama berbincang bagaimana untuk disatukan idea daripada Universiti Awam yang sedia ada. Yaaaa ianya memerlukan pengorbanan dan dengan pengorbanan ini akan kita kongsikan kemanisan dengan semua. Itu yang boleh patik katakan apabila ada kertas cadangan idea daripada universiti lain terpaksa dikorbankan dan disatukan semua menjadi satu yang lebih berimpak tinggi. 

ISU KEBOLEHPASARAN GRADUAN DIBENGKELKAN DIPRIMULA BEACH HOTEL KUALA TERENGGANU

Lebihan daripada kertas cadangan yang telah dibawa diperingkat nasional akan dihakimi diperingat ini. Pada peringkat ini kertas cadangan yang sedia ada akan dibentangkan dihadapan panel daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dengan tujuan memohon dana bagi penganjuran program yang difikirkan boleh membantu kearah kebolehpasaran graduan. 

Disinilah patik bagaikan berada dibilik semasa viva masa patik buat master dahulu. Memang seram sejuk sebab apa idea yang dibentangkan akan ditanya secara terperinci. Yaaaaa patik dan Pengarah patik telah membentangkan 2 kertas cadangan untuk diadakan di UPM sendiri. 

ISU KEBOLEHPASARAN GRADUAN DIBENGKELKAN DIPRIMULA BEACH HOTEL KUALA TERENGGANU

Perkongsian daripada mereka yang lebih berpengalaman didalam mengendalikan isu kebolehpasaran ini juga sangat membantu. Disini patik dapat kenal badan-badan yang boleh patik bekerjasama dimasa hadapan bagi penganjuran program di UPM sendiri. Pihak-pihak ini bagi patik sangat sesuai untuk dibawa dan diperkenalkan kepada pelajar bagi menyedarkan semua pelajar berkenaan isu kebolehpasaran graduan. 

ISU KEBOLEHPASARAN GRADUAN DIBENGKELKAN DIPRIMULA BEACH HOTEL KUALA TERENGGANU

Akhir sekali patik begitu teruja bila patik bertemu dengan orang yang boleh patik katakan yang memberi patikinspirasi iaitu En. Nik daripada Career Cube dimana beliau banyak menghasilkan video tips yang boleh membantu pelajar diluar sana.

Impian patik juga ingin menyumbang sedikit ilmu kepada pelajar UPM sendiri berkenaan isu kebolehpasaran graduan yang makin dipandang serius diperingkat kementerian sendiri. 

Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN