KEMERIAHAN HARI KELUARGA HAJI HAMZAH 2019

KEMERIAHAN HARI KELUARGA HAJI HAMZAH 2019 | Setiap tahun keluarga besar patik akan meganjurkan hari keluarga yang kami namakan sebagai Hari Keluarga Haji Hamzah dimana program ini adalah program tahunan bagi mengumpulkan semua anak cucu Haji Hamzah. 

Menjadi kebiasaan kami, setiap tahun giliran menjadi penganjur akan bertukar mengikut turutan pangkat didalam keluarga Haji Hamzah. 

HARI KELUARGA HAJI HAMZAH 2019
HARI KELUARGA HAJI HAMZAH 2019
Untuk tahun ini, keluar pakcik patik telah diberi mandat untuk menganjurkan Hari Keluarga Haji Hamzah yang berlokasi di kediaman beliau yang terletak di Kampung Sungai Lang Baru, Banting, Selangor. 

HARI KELUARGA HAJI HAMZAH 2019
HARI KELUARGA HAJI HAMZAH 2019
Yang menariknya bila buat dikawasan kampung, kawasan untuk penganjuran memang sangat luas dan tidak mengganggu orang lain sekiranya keramaian atau apa jua majlis diadakan dirumah masing-masing. Korang boleh tengok betapa luasnya kawasan rumah pakcik patik sampaikan boleh buat ruang sukaneka dihadapan rumah beliau. Luas bukan? Beginilah keadaan rumah kampung.

HARI KELUARGA HAJI HAMZAH 2019
HARI KELUARGA HAJI HAMZAH 2019
Terima kasih kepada anak beranak pakcik patik yang begitu kreatif dan komited sebagai penganjur dengan mengadakan pelbagai jenis aktiviti bagi memeriahkan program sehari ini. Pelbagai aktiviti dirancang bagi memenuhi kehendak semua yang turut serta.

HARI KELUARGA HAJI HAMZAH 2019
HARI KELUARGA HAJI HAMZAH 2019
Antara aktiviti yang dilakukan adalah perlawanan Bay Blade, Treasure Hunt, Sukaneka dan yang paling patik suka adalah cabutan bertuah sebab dekat sini jeee patik yakin, patik akan sangat bertuah untuk mendapat sesuatu. Hehehe.

Apa pun bagi patik program seperti ini seharusnya diamalkan oleh semua keluarga besar bagi mengeratkan silaturahim sesame sepupu, sedara-mara, anak pinak dan sebagainya. Rasanya kalau tak buat program seperti ini, patik mungkin tidak mengenali anak-anak buah sedara yang baru lahir.

Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN