KUMPULAN GEMERSIK JUARA PERTANDINGAN KOIR HKIP UPM 2019

KUMPULAN GEMERSIK JUARA PERTANDINGAN KOIR HKIP UPM 2019 | Setiap tahun akan diadakan pertandingan koir didalam UPM ini dan kumpulan patik iaitu Kumpulan Gemersik tidak ketinggalan turut serta didalam menyertai pertandingan ini. 

Untuk pengetahuan korang, Kumpulan Gemersik ini telah ditubuhkan pada tahun 2018 bersempena dengan pertandingan koir yang sama pada tahun lepas. Malangnya atas sebab tertentu, kumpulan kami tidak berjaya memenangi pertandingan tersebut.

KUMPULAN GEMERSIK JUARA PERTANDINGAN KOIR HKIP UPM 2019
KUMPULAN GEMERSIK JUARA PERTANDINGAN KOIR HKIP UPM 2019
Berbalik kepada kekalahan kami pada tahun 2018, pihak pengurusan fakulti patik telah sebut suara untuk mencari cikgu yang boleh melatih kami menjadi sebuah kumpulan koir yang boleh dibawa kemana-mana majlis dan sekaligus boleh mengikuti mana-mana jua pertandingan.

KUMPULAN GEMERSIK JUARA PERTANDINGAN KOIR HKIP UPM 2019
KUMPULAN GEMERSIK JUARA PERTANDINGAN KOIR HKIP UPM 2019
Sejujurnya pada mulanya patik turut serta kumpulan koir ini atas dasar minat yang biasa jeee. Tapi selepas kumpulan patik mempunyai cikgu vokal, minat terhadap seni koir ini sangat mendalam. Setiap kelas kami akan diajar dengan teknik menyanyi dengan betul bagi menghasilkan bunyi yang harmoni.

KUMPULAN GEMERSIK JUARA PERTANDINGAN KOIR HKIP UPM 2019
KUMPULAN GEMERSIK JUARA PERTANDINGAN KOIR HKIP UPM 2019
Patik sebagai rakan didalam kumpulan ini cuba membawa Kumpulan Gemersik ini sejauh yang mungkin. Banyak persembahan yang patik dengan tanpa segan silu menawarkan diri untuk turut serta sebagai mengutip pengalaman untuk berada dipentas dan sekaligus boleh menghilangkan ketakutan diatas pentas. 

Sebut jeeee apa majlis yang tidak pernah kami sertai? Majlis fakulti, majlis universiti semua akan kami serta dengan rasa segan silu dan patik yakin dengan inisiatif ini menjadikan kami melangkah kesatu tahap yang lain. 

KUMPULAN GEMERSIK JUARA PERTANDINGAN KOIR HKIP UPM 2019
KUMPULAN GEMERSIK JUARA PERTANDINGAN KOIR HKIP UPM 2019
Atas komitmen cikgu, rakan didalam Kumpulan Gemersik ini akhirnya kami dinobatkan sebagai Johan bagi pertandingan koir di UPM pada tahun 2019. Boleh dikatakan selama setahun juga untuk kami berada ditahap ini. 

KUMPULAN GEMERSIK JUARA PERTANDINGAN KOIR HKIP UPM 2019
KUMPULAN GEMERSIK JUARA PERTANDINGAN KOIR HKIP UPM 2019
Terima kasih kepada pihak pengurusan fakulti, cikgu vokal kami, rakan-rakan yang banyak menyokong dengan menjadi penonton tatkala kami membuat persembahan dan semua yang menyumbang kearah kejayaan kami. Patik secara peribadi menganggap ini adalah sumbangan luar yang boleh patik sumbangkan bagi menaikkan nama tempat patik bekerja. 




Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN