PENGALAMAN SUNAT BAYI PEREMPUAN DI KLINIK AS-SALAM BANDAR BARU BANGI

PENGALAMAN SUNAT BAYI PEREMPUAN DI KLINIK AS-SALAM BANDAR BARU BANGI | Sebebanrnya patik sudah lama bercadang untuk menyunatkan anak perempuan patik yang sorang ni haaa. Tapi benda yang patik sangat mengambil perhatian adalah tempat dekat dengan rumah patik dan semestinya perkhidmatan yang sangat memuaskan.

Patik sempat membuat semakkan pada google untuk lokasi sunat anak perempuan di sekitar Bandar Baru Bangi dan dalam banyak-banyak maklumat yang tertera, patik terpandang sebuah Klinik As-Salam yang terletak di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi yang kebetulan agak dekat dengan rumah patik.

Puan Isteri terus membuat panggilan ke klinik tersebut untuk bertanya dan sekiranya ok nak terus buat tempahan. Nak jadi kisah memang klinik tersebut ada membuat procedur sunat bayi perempuan dengan kos yang boleh dikatakan mampu milik. 

Sunat Bayi Perempuan di Klinik As-Salam
Sunat Bayi Perempuan di Klinik As-Salam
Ini adalah kali pertama patik dan Puan Isteri akan melihat sendiri procedur sunat itu berlaku. Melangkah masuk ke Klinik As-Salam ini, 1 jeee patik nak katakan CANTIK, BERSIH dan KEMAS, sesuai dengan moto mereka Klinik Keluarga No. 1.

Sunat Bayi Perempuan di Klinik As-Salam
Sunat Bayi Perempuan di Klinik As-Salam
Sebelummembuat tempahan, patik dan Puan Isteri telah membuat rujukan pada beberapa klinik lain dan akhirnya kami memilih Klinik As-Salam sebagai lokasi untuk menyunat anak patik. 

Sunat Bayi Perempuan di Klinik As-Salam
Sunat Bayi Perempuan di Klinik As-Salam
Sepertibiasa sebelum procedur bersunat, doktor yang akan membuat procedur itu terlebih dahulu menceritakan bagaimana procedur ini dilakukan dan bagaimana cara menjaga dan proses penyembuhan. Semuanya jelas diceritakan kepada kami.

Sunat Bayi Perempuan di Klinik As-Salam
Sunat Bayi Perempuan di Klinik As-Salam
Maka procedur sunat dilakukan dengan begitu teliti oleh pihak Doktor dan juga Jururawat sambil dibantu oleh Puan Isteri. Patik? Patik hanya mampu melihat dari jauh sebab patik rasa seriau pula bila procedur ini dilakukan dihadapan patik. Bagai disiat-siat rasanya. Padahal ianya adalah procedur yang sangat ringkas dan cepat.

Sunat Bayi Perempuan di Klinik As-Salam
Sunat Bayi Perempuan di Klinik As-Salam
Boleh patik katakan, procedur yang pejam mata jeee sudah siap. Haaa memang sangat sekejap rupanya. Selepas procedur sunat bayu perempuan patik,doktor juga memberi nasihat bagaimana untuk menjaga dan cara sapuan ubat pada bahagian yang telah disuantkan itu. 

Apa pun ianya adalah pengalaman yang boleh patik coretkan dan kongsikan disini bagaimana rasanya menjadi seorang ayah dengan memiliki anak perempuan sulung. Terima kasih kepada Klinik As-Salam Bandar Baru Bangi yang menyediakan kemudahan seperti ini bagai kemudahan orang ramai.

Bagi korang yang mencari lokasi sunat bayi perempuan disekitar Bandar Baru Bangi, patik cadangkan korang datang kesini dan lakukan apa jua rawatan disini. 

KLINIK AS-SALAM BANDAR BARU BANGI
69-71, Jalan 7/7 C, 
Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan [ 24 JAM ]

Telefon: 03-89129969

Email: klinik.assalam24jam@gmail.com

>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM <<

Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

MASJID 1000 SELAWAT MERCU TANDA PULAU PANGKOR