KESEDAPAN ROTI JOHN PAROI TIADA TANDINGAN

KESEDAPAN ROTI JOHN PAROI TIADA TANDINGAN | Hai korang. Korang penggemar roti john? Sebenarnya patik adalah salah seorang penggemar roti john. Tempat yang selalu patik lepak adalah di Putrajaya. Alaaa kawasan kejiranan precient berape tu patik tak ingat. Tapi dekat medan selera yang dekat kawasan kejiranan tu haaa. Selain pada tu patik agak kureng sikit. Jadi untuk kali ni patik nak kongsikan dengan korang suatu tempat dimana menu utama dia adalah roti john

KESEDAPAN ROTI JOHN PAROI TIADA TANDINGAN
KESEDAPAN ROTI JOHN PAROI TIADA TANDINGAN
Tadaaaa. Ini dia Roti John Paroi, lokasi yang nak patik kongsikan dengan korang. Sebenarnya lokasi ini menjadi tumpuan geng-geng motor besar untuk lepak pada hujung minggu. Kebetulan ayah mertua patik jenis geng-geng motor besar, jadi banyak laa lokasi yang dia selalu sharekan dengan patik since dia macam tau patik ni jenis kaki makan kan. Hehehehe

MENARIKNYA ROTI JOHN PAROI 

Bagi korang yang bertanya apa menariknya tentang Roti John Paroi ni? Haaaa selain roti john, mereka juga menyediakan menu lain seperi burger dan juga oblong. Tapi kebanyakan akan datang kesini dengan menempah roti john mereka. 

KESEDAPAN ROTI JOHN PAROI TIADA TANDINGAN
KESEDAPAN ROTI JOHN PAROI TIADA TANDINGAN
Menariknya roti john mereka ini adalah pada isi dan juga sos dan juga topping dia. Macam patik yang gemarkan roti john ayam, korang akan rasakan ketulan-ketulan daging ayam yang diracik halus didalamnya. Rasa dia memang rasa mewah dan bukan rasa semata-mata salutan telur yang nipis jeee yee. 

KESEDAPAN ROTI JOHN PAROI TIADA TANDINGAN
KESEDAPAN ROTI JOHN PAROI TIADA TANDINGAN
Kalau korang tengok gambar ni sudah membayangkan bagaimana patik rasa semasa mengunyahnye yeee. Dengan hirisan ayam yang memang banyak sangat berbaloi dengan harganya. Bila sebut harga, patik pernah cuba makan roti john dibeberapa tempat pada harga yang sama dan memang tidak berbaloi. Kiranya di Roti John Paroi ni memang berbaloi pada harga yang dikenakan. 

KESEDAPAN ROTI JOHN PAROI TIADA TANDINGAN
KESEDAPAN ROTI JOHN PAROI TIADA TANDINGAN
Seperti patik ceritakan tadi, bukan roti john jee mereka menyediakan menu, terdapat menu-menu lain yang boleh korang cuba disini. Bagi korang yang ingin mencuba roti john yang patik ceritakan tadi, korang boleh waze terus kelokasi yang tertera dibawah. 


ROTI JOHN PAROI
Jalan Senawang, Taman Seri Paroi, 
70450 Seremban, 
Negeri Sembilan

Waktu Operasi: 4.30 petang - 3.00 pagi


Telefon: 017-848 2622


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN