PANTAI BUATAN DI PUTRAJAYA TARIK PENGUNJUNG DATANG BERSANTAI PADA HUJUNG MINGGU

PANTAI BUATAN DI PUTRAJAYA TARIK PENGUNJUNG DATANG BERSANTAI PADA HUJUNG MINGGU | Bagi korang yang gemarkan bersantai ditepi pantai, patik yakin korang akan memilih pantai-pantai yang berdekatan untuk meluangkan masa bersama keluarga kan?

Tapi bagi korang yang berada disekitar Putrajaya, Bangi, Kajang dan sewaktu dengannya, patik boleh cadangkan korang untuk datang ke suatu kawasan yang bagi patik sangat menarik untuk korang luangkan masa hujung minggu bersama keluarga ataupun rakan taulan.

PANTAI BUATAN DI PUTRAJAYA TARIK PENGUNJUNG DATANG BERSANTAI PADA HUJUNG MINGGU
PANTAI BUATAN DI PUTRAJAYA TARIK PENGUNJUNG DATANG BERSANTAI PADA HUJUNG MINGGU
Tempat yang patik nk kongsikan dengan korang kali ini adalah di pantai buatan yang ada di Putrajaya berhampiran dengan Pullman Hotel Putrajaya (kini bertukar menjadi Double Tree by Hilton Putrajaya).

Pantai buatan yang mengadap dengan Tasik Putrajaya ini memang sangat santai dan yang paling menarik ianya kurang dengan manusia. Hahaha, Jadi patik gemarkan tempat seperti ini supaya tidak konsep berebut untuk memilih lokasi lepak masing-masing. 

PANTAI BUATAN DI PUTRAJAYA TARIK PENGUNJUNG DATANG BERSANTAI PADA HUJUNG MINGGU
PANTAI BUATAN DI PUTRAJAYA TARIK PENGUNJUNG DATANG BERSANTAI PADA HUJUNG MINGGU 
Tempoh hari patik dan rakan zaman belajar patik telah berluangkan masa bersama keluarga masing-masing dekat pantai buatan Putajaya ini. Maklumlah masing-masing sudah berkeluarga dan sudah beranak pinak. Jadi, masa ini adalah sangat sesuai untuk kita eratkan silaturahim sesama kita. Sebenarnya cadangan ini memang sangat last minit sebab kami yakin kalau kita cadang punyalah lama, ianya berkemungkinan tidak akan jadi. So kita plan jee last minit dan akhirnya terhasillah sesi lepak-lepak hujung minggu. 

PANTAI BUATAN DI PUTRAJAYA TARIK PENGUNJUNG DATANG BERSANTAI PADA HUJUNG MINGGU
PANTAI BUATAN DI PUTRAJAYA TARIK PENGUNJUNG DATANG BERSANTAI PADA HUJUNG MINGGU
Apa yang menariknya disini selain pantai buatan dan juga tasik, korang yang jenis suka jogging dan membuat aktiviti berbasikal sangat sesuai untuk datang kesini bersama anak-anak dan keluarga. Kawasan yang bagi patik selamat dan memang cukup dengan kemudahan tandas dan kemudahan lain yang boleh korang gunakan.

PANTAI BUATAN DI PUTRAJAYA TARIK PENGUNJUNG DATANG BERSANTAI PADA HUJUNG MINGGU
PANTAI BUATAN DI PUTRAJAYA TARIK PENGUNJUNG DATANG BERSANTAI PADA HUJUNG MINGGU
Ini adalah kunjungan pertama patik kesini dan patik rasakan patik akan ajak rakan lain untuk lepak santai sambil sembang-sembang pada hujung minggu sambil menikmati suasana tenang disini. 

Bagi korang yang mungkin mencari kawasan "pantai" didalam bandar, patik sangat cadangkan korang untuk datang kesini dengan membawa tikar dan sedikit makanan sambil luangkan masa bersama. Orang kata, biar sikit tapi kualiti yang kita bersama keluarga itu sangat penting. 

Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

MASJID 1000 SELAWAT MERCU TANDA PULAU PANGKOR