SAMBUTAN HARI LAHIR ATOK DAN FIRASH PADA TARIKH YANG SAMA

SAMBUTAN HARI LAHIR ATOK DAN FIRASH PADA TARIKH YANG SAMA | Setiap tahun bila tiba 1 Januari, 2 insan ini akan menyambut hari lahir pada tarikh yang sama iaitu ayah patik dan juga anak buah patik yang mana hari kelahiran mereka jatuh pada tarikh yang sama. Agak unik bagi keluarga kami bilamana atok dan cucu menyambut hari lahir pada hari yang sama. 

SAMBUTAN HARI LAHIR ATOK DAN FIRASH PADA TARIKH YANG SAMA
SAMBUTAN HARI LAHIR ATOK DAN FIRASH PADA TARIKH YANG SAMA
Baiklah, berbalik kisah yang patik ceritakan tadi, tempoh hari patik dan adik beradik patik yang lain telah merancang untuk buat sedikit aktiviti makna-makan keluarga sekaligus menyambut hari kelahiran 2 insan ini dirumah abang patik di Nilai, Negeri Sembilan.

Kami sama-sama telah berbincang apa yang perlu dibawa dan sebagainya dan patik telah ditugaskan untuk membawa kek hari jadi. Kek yang patik beli ini mengikut tekak raa patik jeeee ni. Tapi patik yakin kek ini mesti disukai anak buah patik yang lain. 

Perjalanan dari Bangi ke Nilai memakan masa lebih kurang 30 minit dan patik sampai kerumah abang patik dalam jam 3 lebih petang. Adik beradik patik yang lain telah selamat sampai dan patik merupakan orang terakhir bersamaayah patik.

SAMBUTAN HARI LAHIR ATOK DAN FIRASH PADA TARIKH YANG SAMA
SAMBUTAN HARI LAHIR ATOK DAN FIRASH PADA TARIKH YANG SAMA
Macam-macam jugalah menu yang disediakan. Dengan KFC nye, dengan kuih gorengannya,dengan lauk pauk lain. Memang meriah dengan makanan. Alhamdulillah semuanya sedap-sedap belaka. 

SAMBUTAN HARI LAHIR ATOK DAN FIRASH PADA TARIKH YANG SAMA
SAMBUTAN HARI LAHIR ATOK DAN FIRASH PADA TARIKH YANG SAMA
Masa yang ditunggu untuk 2 insan ini menyambut sekali kek yang patik beli sebagai simbolik meraikan hari lahir mereka. Hari lahir atok dan cucunya Firash jatuh pada tarikh yang sama iaitu 1 Januari.

Akiviti kekeluargaan ini seronok kalau dilakukan sekerap mungkin tetapi memadailah kalau dapat dilakukan sekali-sekala kan. Orang kata boleh mengeratkan silaturahim sesama kita dan sekaligus boleh menyambung ukhwah sesama keluarga. 

Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

MASJID 1000 SELAWAT MERCU TANDA PULAU PANGKOR