HOUSE OF KAMBING MAEPS, SERDANG SEDIAKAN KAMBING BAKAR TERBAIK
HOUSE OF KAMBING MAEPS, SERDANG SEDIAKAN KAMBING BAKAR TERBAIK | Tempoh hari kebetulan mesyuarat patik habis agak awal dan masa makan tengahari pula sampai. jadi jom cari makan. Patik sempat singgah ke suatu tempat makan yang bagi patik agak unik yang berlokasi di MAEPS, Serdang. Siapa yang kaki kambing atau yang jenis suka makan menu berasaskan daging kambing mesti suka dengan lokasi yang bakal patik kongsikan sebentar lagi.
Memasuki kawasan MAEPS, Serdang rupanya didalamnya tersimpan suatu 'permata' yang sangat bernilai bagi mereka yang gemar menu yang berasaskan daging kambing. Restoran House of Kambing ini adalah lokasi yang patik nak kongsikan kepada korang.
Sebelum memasuki kawasan ruang makan, korang dihidangkan dengan pemandangan hijau berhadapan dengan Restoran House of Kambing ni haaa yang terdapat beberapa ekor kambing yang dibela untuk tujuan jualan. Patik tengok kambing-kambing ni memang sihat dan segar. Korang tengok jee laa padang ragut dia yang hijau segar. Memang cantik bukan?
Apa yang boleh patik katakan, konsep yang cuba dibawakan oleh Restoran House of Kambing ini adalah rustic dan kayu yang sangat santai. Korang bagai berada disebuah restoran pada zaman koboi. Haaaa cantik konsepnya.
![]() |
House of Kambing |
Since tujuan saya adalah untuk merasai hidangan kambing disini, jadi jom kita lihat apa yang dihidangkan disini. Melihat pada menu ini kebanyakkan menu yang dihidangkan adalah berasakan kambing seperti contoh, set kambing grill, nasi goreng kambing, mee goreng kambing, sup kambing, dan banyak lagi.
![]() |
Nasi Kukus Kambing Bakar |
Untuk hari ini patik nak mencuba menu Nasi Kukus Kambing Bakar. Untuk hidangan seperti ini harganya adalah RM10 yang khabarnya mengandungi nasi kukus putih, kambing bakar, kuah kari yang istimewa dan dihidangkan bersama sayur serta sambal belacan. Jadi ini pilihan patik untuk hari ini.
![]() |
House of Kambing sedia kambing yang sedap |
Sebenarnya patik ni agak kurang gemar dengan kambing bakar disebabkan baunya yang kurang sedap ditekak bila menjamahnya. Tapi berlainan di House of Kambing ini, kambing yang dimasak dengan lada hitam dan kicap mungkin menyebabkan rasa hamis pada kambing itu hilang.
![]() |
Nasi Kukus Kambing Bakar |
Kesedapan menu ini ditambah dengan kuah kari yang pekat dan memang cukup rasa. Siapa sangka menu yang dihidangkan sangat ringkas tapi memang sedap. Orang kata boleh ulang datang laaa bila kena sekali dengan menu ini.
Bagi korang yang ingin merasai menu kambing bakar di House of Kambing yang terletak di MAEPS Serdang ni, korang boleh dapatkan informasi seperti berikut:
HOUSE OF KAMBING
Jalan MAEPS 4/1, 43000 Kajang, Selangor
Masa Operasi:
Ahad - Khamis
11.00 pagi - 6.30 petang
Jumaat - TUTUP
Telefon:
016-880 2421
Comments
Post a Comment