ROTI KAYA JUNUS DIKATAKAN ROTI PALING SEDAP DAN LEMBUT

ROTI KAYA JUNUS DIKATAKAN ROTI PALING SEDAP DAN LEMBUT | Patik kalau mamak yang naik motor tu lalu depan rumah patik, perasaan seronok tu akan muncul sebab macam-macam jenis roti yang boleh korang pilih daripada susunan roti yang dipamerkan pada motorsikalnya. Paling patik suka adalah roti yang berinti kaya. 


Sebut roti kaya ni, patik nak kongsikan dengan korang yang patik telah jumpa satu jenama roti kaya yang boleh menjadi kegemaran patik mulai hari ini. Hehehe. 

Tempoh hari patik sempat singgah ke bazar yang terletak di UNITEN. Siapa warga sekitar Bandar Baru Bangi, Kajang, Serdang patik yakin korang mesti pernah membeli belah disana bukan? Dekat sana merupakan syurga buat mereka yang suka makan kerana pelbagai makanan dijual seawal jam 12 tenghari sehingga lewat petang. 


Roti Kaya Junus

Menariknya sedang sibuk melihat makanan yang ingin dicari, patik ternampak ROTI KAYA JUNUS ni haaa. Dengan hanya menggunakan van sebagai ruang niaga, ianya nampak sangat unik. Tidak perlu membuka tapak niaga seperti peniaga lain. 

Roti Kaya Junus

Ini adalah senarai roti yang terdapat di ROTI KAYA JUNUS ini dan yang menjadi perhatian orang ramai apabila patik membuat carian di Google adalah roti kaya mereka. Dalam bayangan patik nanti gabungan roti, kaya dan mentega akan memberi sesuatu yang padu. Padu atau tidak jom kita buat tempahan. 

Roti Kaya Junus

Patik telah membuat tempahan roti benggali dengan kaya dengan harga RM7 (tambah RM2.50 untuk mentega) dan juga roti kaya (bersaiz roti oblong) dengan harga Rm5 untuk 3 biji. Jadi patik ambil roti benggali & roti kaya. Tak sabar rasanya untuk bawa balik dan makan bersama keluarga. 

Roti Kaya Junus

Sekarang patik telah dapat apa yang patik nak iaitu roti kaya yang dikatakan sedap tu. Jadi jom balik untuk kita rasa sendiri bagaimana raya dia. Apapun patik sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan selain penyediaan yang sangat bersih dan nampak kemas dan tidak perlu diragui. 

Oh yaaa lupa patik nak beritahu, sebenarnya ROTI KAYA JUNUS ini sudah popular di Teluk Intan Perak. Melalui pencarian di Google, memang benar resepi asal ROTI KAYA JUNUS ditubuhkan pada tahun 1970 di Jalan Maharakalela Teluk Intan, Perak. Perniagaan ini pada awalnya dijalankan secara perseorangan oleh Tuan Haji Junus dengan menggunakan basikal/ motorsikal dan roti kaya dan roti banggali adalah menu utama jualan mereka. 

Tak lama selepas itu perniagaan beliau semakin popular dan menjadi ikutan kepada penjaja roti diluar sana kerana konsepnya yang mudah dan ringkas, selain dari kos perniagaan yang rendah. Kini, Tuan Haji Junus yang telah pun berusia lebih 75 TAHUN dan beliau masih lagi giat meneruskan perniagaan roti ini bersama ahli keluarga dan sanak saudara mereka.

Roti Kaya Junus

KOMEN JUJUR:

Apa yang boleh patik komen terhadap ROTI KAYA JUNUS ini adalah memang padu dan terbaik. Tekstur roti memang lembut sangat ditambah dengan gabungan kaya yang memang lain dari lain dan mentega menjadikan roti kaya ini adalah yang tersedap pernah patik makan.

Kiranya selepas ini bolehlah patik mencari lagi ROTI KAYA JUNUS ni haa.

Bagi korang disekitar Bandar Baru Bangi, Kajang, Serdang dan seangkatan dengannya yang ingin merasai roti yang patik kongsikan ini, korang boleh datang ke bazar harian di UNITEN, Bangi tu haaa dan sila cari van ROTI KAYA JUNUS ni haaa atau korang boleh hubungi nombor seperti tertera untuk pertanyaan. 

CIKO - 014-2961994


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

PERCUTIAN DI CAMERON HIGHLAND BERSAMA KELUARGA PASCA COVID 19 (PART 1)