MASJID 1000 SELAWAT MERCU TANDA PULAU PANGKOR

MASJID 1000 SELAWAT MERCU TANDA PULAU PANGKOR | Lawatan ke Pulau Pangkor rupanya telah menemukan patik dengan sesuatu yang menarik untuk diabadikan di blog patik ini. Masjid 1000 Selawat atau lebih dikenali sebagai Masjid Al-Badr Seribu Selawat yang terletak di Kampung Teluk Gedong bagi patik adalah sebuah masjid yang cukup indah dan sangat unik. 

Gambar sekadar hiasan

KEUNIKAN MASJID 1000 SELAWAT PULAU PANGKOR

Menariknya Masjid 1000 Selawat ini adalah ianya adalah sebuah masjid terapung dan ada yang mengatakan ianya masjid terapung pertama di Negeri Perak. Tidak cukup dengan keadaanya yang terapung, masjid ini dihiasi dengan 1000 kalimah selawat yang diukir khas pada dinding masjid ini. Korang boleh tengok pada setiap perincian pada dinding masjid ini. Sangat menakjubkan. 

Keadaan di dalam ruang solat utama

Mula dibina pada 7 Mac 2014, masjid yang melibatkan kos perbelanjaan sebanyak RM11.7 juta ini, mula dibuka kepada orang ramai sekitar Oktober 2016. Pelancarannya telah disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 8 Jun 2017 yang lalu.

Penerangan daripada penjaga Masjid 1000 Selawat

Patik sempat mendengar perkongsian daripada penjaga masjid ini yang telah dipertanggungjawabkan menjaga masjid ini berkata masjid ini adalah masjid yang dibina khas dan ianya dilakukan oleh orang Malaysia sendiri. 

Ukiran yang sangat indah

KEINDAHAN MASJID TERLETAK PADA UKIRAN SELAWAT

Kalau korang perasan pada gambar yang patik kongsikan, setiap inci dinding masjid ini diukir dengan selawat yang menjadi sebutan umat islam. Kiranya di mana korang berhenti, ukiran selawat tidak pernah lekang disetiap ruang masjid ini. 

Tiang-tiang di luar juga dihias dengan ukiran selawat

Selain itu, ia turut mengetengahkan identiti negeri Perak yang tercinta pada setiap geometri hiasan dalaman pada dindingnya. Ukiran bunga yang menyerikan setiap ruang di masjid ini diilhamkan daripada bunga tekat atau lebih dikenali sebagai bunga Perak yang juga bunga warisan dan simbol bagi negeri ini.

Setiap pandangan penuh dengan ukiran selawat
Mimbar masjid yang sangat indah dengan hiasan ukiran selawat
Setiap dinding di ukir dengan kemas
Ukiran pada pintu masuk ruang solat utama

Korang boleh lihat sendiri betapa halus ukiran yang diilhamkan untuk masjid ini. Boleh patik katakan Masjid 1000 Selawat ini adalah masjid yang paling unik dan cantik pernah patik lihat sendiri. 

Ruang solat utama

Menariknya lagi, pembinaan masjid unik ini telah diilhamkan oleh menteri besar negeri Perak yang ke 11 iaitu Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang merupakan anak jati kelahiran Pulau Pangkor.

Di hadapan pintu masuk ke ruang solat utama

Sekiranya korang datang ke Pulau Pangkor, luangkanlah sedikit masa untuk menunaikan solat di Masjid Al-Badr Seribu Selawat ini dan nikmatilah keindahan dan keunikan seni bina masjid tersebut!

Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN