MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

Makan di Mashigetta Korean Food Bandar Baru Bangi

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL |  Sebenarnya patik ni jenis yang suka mencuba menu makanan yang dicadangkan oleh rakan sekerja patik. Restoran Mashigetta Korean Food yang terletak di Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi. Memandangkan lokasi restoran ini berdekatan dengan rumah patik, jadi apa kata kita cuba apa yang menarik disini. 

Melangkah masuk ke restoran ini, persekitaran yang menarik boleh patik rasakan. Kebiasaan restoran seperti ini akan disambut oleh pekerja yang bukan warga Malaysia. Tetapi di Mashigetta Korean Food ini, korang akan disambut oleh pekerja muslim dan ini membuatkan pandangan patik mengatakan "mungkin pengendalinya juga mungkin orang muslim".

MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI
Makan di Mashigetta Korean Food Bandar Baru Bangi

Bila patik melihat Facebook restoran ini, rupanya pemilik restoran ini pernah menetap di Korea selama 11 tahun dan rasa asli Korea daripada semestinya halal 100%. Ia juga dimiliki oleh orang Muslim dan pekerja-pekerjanta adalah 100% orang muslim. Jadi patik yakin mesti rasanya mesti serupa dengan menu di Korea.                             

MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI
Makan di Mashigetta Korean Food Bandar Baru Bangi

Bila patik selak satu persatu muka surat di dalam menu ini, tak tahu nak cakap. Terlalu banyak menu yang semuanya sedap-sedap belaka (berdasarkan gambar yang dipaparkan). Yang menarik, menu yang dipaparkan diterangkan sekali kandungan setiap menu dan ianya di dalam bahasa melayu yang santai. Sangat menarik perhatian patik.

MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI
MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI
MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI

Bila dan terlalu banyak menu yang dilihat, mata mulalah tak tahu nak memilih mana 1 yang menarik. Jadi ini adalah yang patik, wife dan anak patik nikmati untuk hidangan kami. Tak sabar untuk patik rasa sendiri rasa asli dari Korea seperti yang digambarkan. 

MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI
Makan di Mashigetta Korean Food Bandar Baru Bangi

Mujurlah patik dan wife tak tamak membuat pilihan makanan kerana hidangan yang dihidangkan adalah sangat besar yaa dan yang penting hujungnya terpaksa kami bungkus kerana tidak habis. Lebih-lebih lagi ayam goreng tu haa. Memang sangat banyak yeee 1 hidangannya. 

MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI
Makan di Mashigetta Korean Food Bandar Baru Bangi

Secara keseluruhan, patik suka dengan persekitaran dan juga menu yang dihidangkan dekat Mashigetta Korean Food ni haa. Rasanya akan datang lagi untuk cuba menu lain dari mereka. Cuma kena beringat sebab hidangan dia memang besar dan jangan tamak. Haha.

MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI
Makan di Mashigetta Korean Food Bandar Baru Bangi

Kalau korang mencari lokasi makanan Korea disekitar Bandar Baru Bangi. patik cadangkan korang datang Restoran Mashigetta Korean Food dan rasai sendiri menu yang ditawarkan dekat sini. 

Telefon:
011-2652 6813

Alamat:
Restoran Mashigetta Korean Food
No. 20, Jalan 4/12B, 
Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi, 
43650 Bandar Baru Bangi, 
Selangor Darul Ehsan

| WEBSITEFACEBOOK| INSTAGRAM |

Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN