IBUMANJA SEMENYIH LOKASI PILIHAN KELENGKAPAN IBU DAN BAYI

IBUMANJA SEMENYIH LOKASI PILIHAN KELENGKAPAN IBU DAN BAYI | Tempoh hari abang bersama wife sempat menyinggah untuk melihat-lihat keperluan bayi kami yang kedua yang dijangka akan dilahirkan pada September nanti. 

IBUMANJA SEMENYIH LOKASI PILIHAN KELENGKAPAN IBU DAN BAYI

Tempat yang menjadi pilihan kami adalah IBUMANJA Semenyih yang terletak di Setia Ecohill Taipan, Semenyih. Kawasan baru membangun dan sangat menarik untuk aktiviti perniagaan. Macam-macam jenama kedai patik tengok sedang naik bagai cendawan tumbuh. 

Berbalik perkongsian tadi, tujuan abang kesini adalah untuk mencari sedikit kelengkapan tambahan untuk anak kedua abang. Maklumlah barang untuk anak pertama masih boleh digunakan lagi, jadi kita cari barang tambahan. 

IBUMANJA SEMENYIH LOKASI PILIHAN KELENGKAPAN IBU DAN BAYI

Melangkat masuk jee kedalam premis ini abang sangat teruja kerana presmis ini menyediakan semua kelengkapan bagi ibu dan juga bayi. Korang sebut jee barang apa yang diperlukan, semuanya ada disini. 

Keperluan dari mengandung sampailah berpantang dan keperluan bayi semuanya ada didalam premis ini. Untuk anak kedua abang, kami bercadang mencari barang tambahan untuk bayi yang akan dilahirkan nanti. Kesian pula kalau tiada barang baru. 

IBUMANJA SEMENYIH LOKASI PILIHAN KELENGKAPAN IBU DAN BAYI

Seronok rupanya masuk kesini yee sebab semuanya abang rasa teruja. Maklumlah lepas usia 3 tahun Aleesa abang akan dapat lagi seorang cahaya mata. Teringat mula-mula abang nak menunggu kehadiran Aleesa, teruja tu masih sama yee. Korang tengok jee laaa keperluan yang disediakan disini semuanya sangat comel dan berwarna-warni. 

IBUMANJA SEMENYIH LOKASI PILIHAN KELENGKAPAN IBU DAN BAYI

Selain pakaian dan keperluan bayi dan ibu berpantang, dekat sini abang perasa ada juga dijual produk-produk masakan untuk anak-anak yang akan masuk kedunia makanan pepejal. Abang teringat masa aleesa, wife abang akan beli pelbagai produk masakan yang tiada garam & tiada gula sebagai penambah perasa dalam masakan Aleesa. 

IBUMANJA SEMENYIH LOKASI PILIHAN KELENGKAPAN IBU DAN BAYI

Secara keseluruhan abang suka datang ke IBUMANJA Semenyih ni memandang semua keperluan ada dijual disini. Bak kata orang, korang hanya perlukan duit jee untuk membeli. Jika diberi peluang untuk kembali lagi kesini, abang yakin untuk kembali semula kerana semuanya ada disini dan sangat mudah. 

Bagi korang yang mencari barang keperluan ibu dan bayi, abang cadangkan korang datang kesini untuk mencari semua keperluan yang korang perlukan. 


Alamat:
NO 35, JALAN ECOHILL 1/5B, 
SETIA ECOHILL TAIPAN, 
43500 Semenyih, 
Selangor Darul Ehsan

Masa:
SETIAP HARI: 10:00 pagi – 9:00 malam

Telefon: 
018-326 9901

Comments

Popular posts from this blog

TIPS MEMBAWA ANAK KECIL KE ZOO NEGARA

HOUSE OF KAMBING MAEPS, SERDANG SEDIAKAN KAMBING BAKAR TERBAIK

ROTI KAYA JUNUS DIKATAKAN ROTI PALING SEDAP DAN LEMBUT