RESTORAN 3 RAHSIA BANDAR BARU BANGI SAJI MENU NEGERI JOHOR

RESTORAN 3 RAHSIA BANDAR BARU BANGI SAJI MENU NEGERI JOHOR | Tempoh hari abang, wife dan anak dara abang bercadang nak sarapan pagi diluar memandangkan terasa sangat malas untuk mengadap dapur. Seperti biasa kami selalunya tidak ada kedai yang spesific untuk kami tuju. Jadi untuk kalini abang ajak wife abang untuk ke Seksyen 15, Bandar Baru Bangi kot-kot kalau ada restoran atau kedai yang boleh kita cuba.  

RESTORAN 3 RAHSIA BANDAR BARU BANGI SAJI MENU NEGERI JOHOR

Pusing-punya pusing abang ternampak suatu kedai yang rasanya dahulu dibuka dengan menjual burger viral yang pemiliknya adalah seorang pelawak suatu ketika dahulu. Jadi tanpa membuang masa abang pun cadangkan dekat wife abang untuk kita cuba rasa menu apa yang ada dekat Restoran 3 Rahsia yang terletak di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.  

RESTORAN 3 RAHSIA BANDAR BARU BANGI SAJI MENU NEGERI JOHOR

Abang tak tahu nak kongsikan kenapa restoran ini diberi nama 3 Rahsia. Mungkin ada 3 pemilik yang memilik restoran ini yang setiap seorang punya resepi rahsia untuk disajikan kepada pelanggan di sini. Hehe. Ini adalah telahan abang saja jee ye. 

RESTORAN 3 RAHSIA BANDAR BARU BANGI SAJI MENU NEGERI JOHOR

Konsep restoran ini lebih kurang konsep kopitiam yang mana susunan dekorasi, penggunaan kerusi meja juga lebih kurang macam kopitiam lama. 

Untuk pengetahuan korang semua, menu yang disajikan di sini boleh abang kata menu yang asalnya dari Negeri Johor. Menuya tidak banyak dan bagi abang ianya lebih berfokus yang menjadi menu popular di Johor. 

RESTORAN 3 RAHSIA BANDAR BARU BANGI SAJI MENU NEGERI JOHOR

Ini adalah menu yang disajikan disini yang kalau korang tengok sendiri semuanya memang popular di Negeri Johor. Jadi untuk cubaan kali pertama ni, abang nak cuba roti bakar, mee bandung muar dan lotong kering. Jadi laa sekadar 3 menu untuk keluarga kecil abang ni. 

RESTORAN 3 RAHSIA BANDAR BARU BANGI SAJI MENU NEGERI JOHOR

Menjadi kelaziman, abang suka mencuba roti bakar kalau nak makan jenis ringan-ringan. Komen patik untuk roti bakar ni adalah SEDAP. Sungguh patik suka tekstur rotinya yang gebu dibakar rangup dan juga kombinasi kaya & planta yang disapu pada permukaan roti menjadikan ianya lengkap sempurna. 

RESTORAN 3 RAHSIA BANDAR BARU BANGI SAJI MENU NEGERI JOHOR

Mee Bandung Muar ni juga adalah menjadi pilihan abang untuk dicuba. Kuahnya yang pekat, pedas, manis memang terasa bila abang mula menjamah dimulut. Dihidangkan sekali dengan telur yang meleleh dan juga udang segar yang bagi abang sangat cukup sifat sebagai Mee Bandung Muar. 

RESTORAN 3 RAHSIA BANDAR BARU BANGI SAJI MENU NEGERI JOHOR

Menu kegemaran abang yang abang teringin nak rasa adalah Lontong Kering. Ehhh tak tahu laa abang nak khabar kesedapan dia. Kombinasi sambal kelapa, sambal tempe, kuah kacang dan yang paling terbaik dihidangkan dengan seketul rendang ayam bersama nasi impit menjadikan menu ini sangat patik suka. 

RESTORAN 3 RAHSIA BANDAR BARU BANGI SAJI MENU NEGERI JOHOR

Secara keseluruhan, kami suke dengan hidangan pilihan kami kalini. InsyaAllah ada rezeki pasti kami akan singgah lagi kesini. 

Kalau korang mencari menu orang Johor, korang boleh singgah ke Restoran 3 Rahsia, Seksyen 15 Bandar Baru Bangi ni yee. 

ALAMAT:
Restoran 3 Rahsia
No 11-GF, Jalan 15/1D, 
Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, 
Selangor Darul Ehsan

Comments

Popular posts from this blog

TIPS MEMBAWA ANAK KECIL KE ZOO NEGARA

HOUSE OF KAMBING MAEPS, SERDANG SEDIAKAN KAMBING BAKAR TERBAIK

ROTI KAYA JUNUS DIKATAKAN ROTI PALING SEDAP DAN LEMBUT