RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER' | Sebenarnya pelan nak datang ke Restoran Jibril ni dah lama memandangkan dahulu Restoran Jibril ni hanya berlokasi Subang Jaya dan 1 lagi cawangan di Publika & ianya agak jauh bagi abang. 

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

Untuk pengetahuan korang semua. Restoran Jibril sekarang telah beroperasi di Seksyen 3 Tambahan, Bandar Baru Bangi & menjadi kelebihan kepada warga Bandar Baru Bangi dan sekitarnya termasuklah paik untuk datang merasai menu mereka yang pernah viral dengan menu berkonsepkan 'butter'. 

Sedikit kisah lucu sebelum abang masuk kedalam restoran ni. Kalau korang tengok gambar pintu masuk, korang mesti tidak tahu dekat mana pintu masuk kerestoran ni bukan? Sama laa dengan abang. Abang sampai jee dekat kawasan pintu masuk ni abang jadi pelik. Macam mana abang nak masuk ni? Tak lama lepas tu staf mereka keluar dari sebalik susuanan batu yang merupakan pintu masuk kedalam restoran ini. Agak lucu pengalaman patik masa tu. 

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

Memasuki kawasan restoran, apa yang boleh abang katakan adalah lebih kurang abang berada disebuah kelab malam tetapi konsep HALAL disini. Pencahayaan yang sedikit suram & seksi membuatkan pengalaman abang di sini agak menarik. 

Seperti yang abang kongsikan dari awal, menu mereka yang lebih kepada 'butter' menjadi pilihan abang & wife. Jadi untuk perkongsian abang kalini, abang akan kongsikan menu Chiken Butter & Spicy Chiken Aglio Olio serta Goreng Pisang XL sebagai pencuci mulut. 

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

Seperti banyak hidangan yang dicadangkan di Restoran Jibril, Chiken Butter adalah menu wajib yang perlu korang rasa sekiranya datang kesini. Jadi abang & wife terus menempah satu hidangan ini. Nasi putih dihidangkan dengan chiken butter & semangkuk kecil kuah kari seperti butter milk. Rasa yang berlemak manis dan sedikit pedas memberi fantasi nikmat bila korang mula menjamah.

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

Hidangan seterusnya adalah Spicy Aglio Olio yang menjadi pilihan abang. Rasa pedas berlemak dengan limpahan bahan lain seperti cendawan dan juga ayam yang banyak memberikan rasa berbaloi antara rasa dan juga harga yang ditawarkan. 

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

Jangan korang gelak sebab abang order menu Goreng Pisang XL ni yee sebab mesti korang kata dekat tepi jalan boleh jee dapat goreng pisang. Kenapa abang order dekat sini adalah sebab abang nak rasa portion makan tu sesuai ke dengan harga dan sebagainya. 

Bagi abang, pisang XL yang dihidangkan kiranya sesuailah dengan harga. Pisang yang memang bersaiz XL dan juga gabungan panas dari pisang goreng & sejuk dari ais krim memang menjadikan menu ini sempurna. 

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

Secara keseluruhan abang dan wife sangat berpuas hati dengan 3 menu yang kami order dan bila ditanya akan datang semula atau tidak? Jawapannya adalah YA. Ada rezeki kami akan sampai lagi. InsyaAllah. 

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

Bagi korang yang tinggal disekitar Bandar Baru Bangi, Kajang dan sewaktu denganya & mencari cawangan mana laaa Restoran Jibril ni, abang cadangkan korang datang kesini dan nikmati hidangan yang menjadi pilihan semua orang yang datang kesini. 

Alamat:
RESTORAN JIBRIL 
26A, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 
43650 Bandar Baru Bangi, 
Selangor Darul Ehsan. 

Telefon:
010-260 4145

Comments

Popular posts from this blog

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN